was successfully added to your cart.
Monthly Archives

November 2018

Manfaat dan Kebaikan Minyak Zaitun Kepada Pesakit Diabetes

By | Olivie Plus 30x | No Comments

Kadar diabetes di negara kita kian meningkat. Terutama kepada golongan muda dan berkerjaya.

Antara faktor utama adalah pemakanan dan kurang aktiviti fizikal.

Pemakanan yang dimaksudkan adalah pemakanan yang tidak seimbang dari keperluan nutrisi. Banyaknya pengambilan karbohidrat ringkas 3P merupakan penyumbang kepada kenaikan gula dalan darah yang menjejaskan fungsi pankreas.

3P = 3 Putih
Nasi Putih
Gula Putih; atau produk-produk dikilangkan yang manis seperti susu pekat, kordial dan banyak lagi.
Tepung Putih; makanan yang dari tepung gandum biasa. Bukan dari gandum yang berserat. Roti biasa, roti canai, kuih muih dan sebagainya.

Perkara 3P ini kebanyakannya telah ditanggalkan seratnya bagi tujuan nampak cantik, nampak bersih. Macam tepung, supaya roti dan kek nampak naik elok. Apabila tiada serat, maka tiadalah vitamin dan mineral yang tinggal.

Tanpa serat, maka cepatlah ianya ditukar menjadi gula dalam badan. Dari situlah naiknya gula dalam darah dengan cepat. Bila kerap sangat dan dalam masa bertahun, pankreas kita jadi penat dan tidak efektif. Maka, gula akan sentiasa tinggi.

Komplikasi lebih teruk akan membawa kepada masalah kesihatan yang lain. Seperti penyakit jantung dan bermacam-macam lagi.

Apa nak diganti sedangkan inilah makanan kita sejak hampir 20 tahun? Baik, persoalab yang patut kita lontarkan semula adalah; Adakah kita makin sihat dengan makanan-makanan tersebut?
Pasti jawapannya tidak. Apatah lagi kurang aktiviti fizikal untuk berpeluh.

Sebagai gantian, kita lihat pilihan yang ada:
– Beras Perang / Beras Rebus
– Gula Melaka, Stevia asli
– Roti wholemeal berserat.

Apatah lagi yang memang ada diabetes, perlu bekad tinggalkan 3P. Apabila lapar, perbanyakkan minum air masak. Bagi yang tak biasa, akan kerap ke tandas, proses itu adalah normal. Sebagai motovasi; Lebih Baik Saya Kerap Ke Tandas Sebab Banyak Minum Air Masak, Daripada Kerap Ke Klinik Sebab Kurang Minum Air”

Adakah makanan yang mampu memperbaiki tahap kesihatan yang dah pungai Diabetes?

Memetik perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad di laman Facebook beliau:

MINYAK ZAITUN MENURUNKAN KADAR PENYERAPAN GULA (GLYCEMIC INDEX)

29 Nov 2018

Minyak Zaitun telah digunakan di pelbagai negara di sekitar Laut Mediteranian selama ribuan tahun. Ia kaya dengan kaya dengan MUFA (Mono Unsaturated Fatty Acid).

Dalam kajian, dibuktikan MUFA memang membantu menurunkan risiko penyakit yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular. Selain itu, MUFA juga dapat membantu untuk menormalkan kadar gula darah.

Bagi pesakit diabetes, menstabilkan bacaan gula dalam darah ke tahap yang normal adalah sangat penting. Masalah ini sebenarnya menjadi agak sukar kerana kebanyakan pesakit diabetes kerana setiap kali mereka mengambil karbohidrat, bacaan gula akan terus meningkat. Walaupun mereka mengambil ubat yang diberikan.

Dalam perkongsian tadi di UTM, saya memberikan beberapa cara terbaik untuk mengawal gula.

Pertama ialah dengan berpuasa secara syarie atau jika tidak mampu, boleh amalkan Intermittent Fasting. Bila berbuka/bersahur atau dalam “eating window” boleh ambil karbohidrat kompleks yang mempunyai Glycemic Index yang rendah.

Dengan ini kemasukan gula dalam darah berlaku secara beransur-ansur. Ini memberikan peluang untuk pankreas bekerja secara lebih efektif dengan bantuan ubat yang diberikan.

Selain itu, saya kongsikan juga bahawa kemasukkan gula dalam darah dapat diperlahankan dengan mengambil lebih banyak fiber dalam bentuk sayur-sayuran dalam hidangan. Kemasukan gula secara perlahan juga boleh dilakukan apabila kita mengambil minyak zaitun sebaik saja selepas makan atau ambil minyak zaitun bersama-sama makanan yang kita makan (kita tuangkan minyak zaitun dalam sayur-sayuran).

Selain menghalang kemasukan gula dengan lebih cepat, minyak zaitun sebagai minyak sihat dapat mencepatkan rasa kenyang dan rasa puas ketika makan. Ini akan menyebabkan pesakit diabetes mungkin dapat mengawal pemakanan mereka.

Dengan itu pengambilan minyak zaitun dapat mengurangkan tahap glukosa dalam darah.

Saya sentiasa mengamalkan minyak zaitun OLIVIE setiap hari.

Credit to: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Anda boleh dapatkan minyak zaitun Olivie Plus 30x dengan klik di sini.

 

Jagalah Pemakanan Harian Untuk Kehidupan Yang Lebih Baik

By | Olivie Plus 30x, Uncategorized | No Comments

“Apa Yang Kisah Sangat Tentang Makan…As Long As Halal Makan Jelah…”

Jangan bimbang..ramai dan majoriti orang sekeliling kita akan berkata begini. Sebab belum kena sakit dan selama ni makan baik2 aje..

Hakikatnya kita tak tahu apa yang berlaku dalam tubuh apabila makanan masuk dalam perut dan sudah tentu sesuatu penyakit tidak berlaku dalam satu malam..

Mungkin ada baiknya kita amik masa sekejap merenung maksud ayat berikut. Bukan saya kata..ini Firman Allah SWT.

PERINTAH ALLAH SWT TENTANG MENJAGA PEMAKANAN

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Maksudnya: 

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Surah Al-Baqarah, Ayat 168.

Maka, carilah yang halal lagi baik.

Baik untuk kesihatan badan. Penuh nutrisi semulajadi.

Contoh mudah makanan yang halal tapi tidak baik adalah susu pekat. Ianya halal, tetapi tidak baik kerana tidak mempunyai khasiat untuk badan. Malah apabila diambil kerap dan dalam kuantiti yang banyak akan mendatangkan penyakit seperti kencing manis kemudian masalah kardiovaskular. Ini kerana kandungan gula yang sangat tinggi yang banyak kajian menunjukkan bahawa ianya punca pelbagai penyakit.

Bila badan sakit sebab tak jaga makan, janganlah pula menyalahkan takdir.

Cegah sebelum terlambat.

Banyaknan makan sayuran, buah2an, lemak baik seperti minyak zaitun..saya dan keluarga pilih Olivie. Kerana kandungan kahsiatnya 30x ganda lebih dari minyak zaitun biasa.

Elakkan makanan proses, makanan segera, makanan berperisa, bergas, berpewarna..

Asuh budaya jaga pemakanan dalam keluarga. Termasuk anak2 kita..

“Eat Natural & Organic Foods”

Oleh:

Hj. Firdaus

#oliviedrzubaidi#lebihsihatdanbertenaga #olivehouse #organic #healthyfood #naturalbeauty #hjfirdaus