was successfully added to your cart.
Monthly Archives

January 2019

Sarapan Berkhasiat Untuk Anak-Anak

By | Resepi Aafiyat | One Comment

Sebagai ibubapa, penyediaan sarapan untuk anak-anak merupakan suatu perkara penting dalam memastikan persekolahan mereka berlangsung dengan baik. Anak-anak yang mendapat makanan yang baik seawal pagi membantu mereka untuk lebih fokus dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Mungkin ada ibubapa yang berkerja perlu bangun seawal sebelum subuh untuk siapkan anak-anak dan sediakan sarapan seisi keluarga. Dengan masa yang begitu terbatas, ada yang mengambil jalan pintas dengan ‘ready made’ breakfast seperti cereals, roti, biskut dan sebagainya. Makanan berproses ini merupakan suatu benda wajib yang perlu ada kepada majority masyarakat kerana ia mudah dan cepat untuk di makan.

Namun begitu, ianya bukanlah pilihan yang baik untuk jangka masa panjang. Kerana makanan yang diproses ini majoritinya telah kehilangan khasiat semulajadi kerana melalui proses-proses sebelum terhasilnya sesuatu produk.

Dalam menyediakan hidangan kepada anak-anak, ianya perlu lebih menarik dan ‘nampak sedap’ untuk pikat perhatian mereka makan makanan berkhasiat. Warna dan potongan mestilah sesuai dengan minat mereka. Sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna. Ini akan membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi kepada mereka.

Berikut adalah salah satu resepi makanan sihat untuk anak-anak yang kita boleh sediakan dalam masa yang singkat. Bahan-bahannya adalah:

  • 1/4 Nasi (beras parboiled)
  • sayur potong: lobak merah, jagung, brokoli, bawang putih, bawang besar
  • telur ayam kampung
  • buah oren, kurma ajwah

Sebelum mereka ke sekolah, berikan mereka segelas air kosong, 1 sudu minyak zaitun sebagai sumber tenaga awal mereka. Bagus untuk usus, otak dan seluruh tubuh mereka. Zaitun itu makanan yang berkat. Khasiat minyak zaitun tidak boleh dinafikan di mana banyak kajian saintifik yang membuktikan kebaikannya kepada kesihatan.

Mudah-mudahan kesihatan mereka terpelihara, lebih cergas, cerdas dan bertenaga.

Lihat minyak zaitun [di sini]

Penkek Oat Pisang Sarapan Berkhasiat Seisi Keluarga

By | Madu Gunung Kyrgyzstan, Resepi Aafiyat | No Comments

Penkek Oat Pisang Bersama Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan

Menyediakan sarapan boleh menjadi suatu perkara yang menyeronokkan apabila kita punyai idea dan masa yang mencukupi untuk sediakannya. Ianya lagi bermakna apabila kita dapat sediakan makanan yang berkhasiat buat seisi keluarga.

Nasi lemak, roti, kuih-muih tempatan sering dikaitkan dengan karbohidrat ringkas yang memberi kesan tidak baik kepada kesihatan untuk jangkamasa panjang. Kerana penggunaan bahan seperti beras putih biasa dan tepung putih biasa tidak mempunyai serat yang akhirnya menjadikan karbohidrat yang kita makan cepat ditukarkan menjadi gula yang berlebihan di dalam badan.

Makanan biasa harian kita bukanlah tidak baik, tetapi kita perlu melihat jenis bahan-bahan yang digunakan agar ianya mempunyai nutrisi yang baik lengkap berserat.

Di hari minggu anda boleh cuba resepi penkek oat pisang untuk dijadikan salah satu menu berkhasiat untuk persediaan anak-anak ke sekolah.

Bahan-bahan:
• 2 biji pisang
• 1/3 mangkuk oat organik
• 2 biji telur ayam kampung
• 1/2 sudu baking powder
• Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan Olive House

Cara penyediaan:
• kisarkan pisang, oat, telur dan baking powder

Dengan menggunakan non-stick pan;
• renjiskan minyak masak
• tuangkan adunan bentuk bulat
• Sediakan 6 keping penkek
• Ratakan madu di atas penkek
• Adunkan dengan buah-buahan

Sedia untuk dimakan.
Ianya satu hidangan yang sarat dengan nutrisi dan boleh jadikan sarapaan seisi keluarga.

Selamat mencuba.

#resepiaafiyat

Lihat Madu Asli Kyrgyzstan

Eczema Bernanah Sembuh Dengan Olivie Plus 30x

By | Artikel, Eczema, Olivie Plus 30x | No Comments

BUNTU MELIHAT ANAK DERITA PEDIH DAN TIDAK SELESA AKIBAT ECZEMA?

Bukan anda seorang sahaja yang alami. Dah bermacam ikhtiar dah tetapi semuanya tidak berhasil. Sis nak share sikit bab eczema ni.

Apa sebenarnya eczema ni? Bahasa mudahnya adalah badan terlalu sensitif akan sesuatu bahan dan bertindak melawannya. Maka terhasillah reaksi dari tindakbalas ini yang salah satunya memberi tanda pada kulit.

Jadi, adakah daya ketahanan badan kita lemah? Tidak. Sebenarnya sistem badan terlalu sensitif dan tindakannya jadi over. Tambah pula kulit kita selalu kering.

So, macam mana nak bantu badan kita mengawalnya?

Jom kita teliti 2 langkah utama ni:

i- Meminimumkan atau hentikan bahan/faktor yang sebabkan alahan (allergens);

Histamin adalah sejenis bahan yang berfungsi untuk menghantar mesej kepada otak, menjana pengeluaran asid perut untuk membantu penghadaman dan dikeluarkan selepas kecederaan sebagai tindakbalas alergi.

Perlu anda ketahui bahawa badan kita mengeluarkan enzim DAO bersama-sama histamin. DAO ini berfungsi untuk menguraikan histamin yang kita ambil dari makanan. Sekiranya pengambilan makanan yang tinggi histamin secara berterusan, ini akan menyebabkan berlaku kekurangan DAO, maka terjadilah reaksi alergi.

Oleh kerana ini makanan mengandungi histamin sebaiknya dielakkan bagi mengatasi keadaan yang dipanggil ‘histamine intolerance’ yang akan menyumbang kepada masalah eczema.

Antara makanan yang mengandungi nilai histamin yang tinggi adalah:

  • Makanan yang diperam/ditapaikan; Kicap
  • Buah Kering
  • Avocado
  • Terung
  • Bayam
  • Makanan berproses
  • Makanan laut

Selain daripada itu, makanan berikut juga perlu diperhatikan kerana ianya boleh menjana pengeluaran histamin oleh badan:

  • Pisang
  • Tomato
  • Kekacang
  • Betik
  • Coklat
  • Buah Oren
  • Makanan berperisa dan berpewarna

Berikut adalah makanan yang boleh membantutkan pengeluaran DAO:

  • Teh Hijau
  • Minuman Bertenaga

Apa yang disenaraikan di atas adalah rujukan di mana setiap individu perlu mengenalpasti makanan yang mana satukah menjadi faktor besar kepada alergi. Ada juga ujian makmal untuk anda kenalpasti secara detail boleh dilakukan di klinik dan hospital.

Namun, berikut adalah pilihan makanan yang baik untuk dicuba sebagai pengganti kepada makanan yang sensitif di atas:

  • Daging/Ikan/Ayam Kampung Segar
  • Telur
  • Bijirin bebas gluten; quinoa, nasi
  • susu kelapa / susu almond
  • Sayuran segar kecuali tomato, avocado, terung
  • Minyak zaitun

ii- Makananan yang bantu badan lawan allergens.

Dalam minyak zaitun mengandungi banyak lemak tak tepu mono (mono un-saturated fats). Disamping itu juga ada vitamin A,D,E,K dan mineral semulajadi.

Dengan sifat antioksidan yang tinggi sangat membantu sistem pertahanan badan. Kuranglah agresif bertindak melawan alergi yang mana banyak dibantu oleh minyak zaitun.

Ianya juga mengandungi emollient yang mebantu memberi kelembapan kepada tubuh. Makan masalah kulit kering dapat diatasi dan mengelakkan kegatalan, menggaru sehingga berdarah. Vitamin yang terdapat di dalamnya juga membantu kepada kesihatan kulit.

Awas! Jangan salah pilih minyak zaitun. Bukan simply pick from shelf dan terus guna. Pastikan cari jenis extra virgin. Pilih yang organik yang mana diiktiraf oleh USDA.

Sangat dicadangkan untuk mencuba Olivie Plus 30x. Ini kerana antioksidan yang ada di dalamnya 30 kali lebih berbanding minyak zaitun biasa dalam pasaran. Ianya dibuktikan hasil ujian lab test dan apabila dibandingkan dengan 22 sample dari 4 buah negara, ternyata ianya paling tinggi. Ketulenan dan kualitinya terjamin.

Ramai dah kes eczema kronik yang dah sembuh. Berapa lama akan ada kesan? Ini bukan soal magik. Tetapi 2 kaedah kat atas itu jika diikuti dengan baik mungkin dalam masa 3 bulan boleh nampak perbezaan yang ketara. Testimoni berikut mungkin boleh dijadikan rujukan.

Yang penting kaedah ni bebas steroid malah membantu anak-anak untuk lebih sihat.

Macam mana nak amalkan?

Since ianya minyak, paling utama kena makan. Untuk 6 tahun ke bawah cukup 1 sudu teh pagi dan malam. Pada kawasan eczema tu boleh sapu nipis Olivie ni. Untuk 6 tahun 7 tahun ke atas boleb beri 1/2 hingga 1 sudu besar.

Macam mana nak beli?

Klik sahaja [di sini] untuk belian secara online.
Atau hubungi Agen kami yang mengendalikan pelanggan seperti di dalam gambar:
Hjh. Salina – 013-6203124.