Berikut adalah peluang kerjaya yang ditawarkan. Sila hantarkan resume anda bersama sijil atau portfolio berkaitan melalui borang pendaftaran yang disediakan.
Jawatan: Kerani
Jabatan: Operasi
Jenis Ambilan: Tetap
Gaji: RM 1,500 minimum
Lokasi:
– HQ Central
– Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Skop Kerja:
- Menjawab pertanyaan prospek yang berminat menjadi usahawan Olive House.
- Mengemaskini data dan membantu menyediakan laporan prospek bulanan.
- Membantu proses pendaftaran Usahawan baru.
- Memeriksa dan mengesahkan pesanan produk daripada ejen.
- Membantu pengurus membimbing dan memantau prestasi jualan ejen baru.
- Mengatur dan menyediakan jadual follow-up dan penyertaan ejen ke dalam seminar dan latihan yang diaturkan.
Kemahiran:
- Microsoft Office.
- Mempunyai pengetahuan dalam mana-mana sistem.
- Boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua pihak yang terlibat dan mempunyai keperibadian yang menarik.
- Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam menguruskan latihan serta pemilihan dan pengambilan ejen.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam industri akan diutamakan.
- Mempunyai Sijil Diploma adalah satu kelebihan.
Jawatan: Jurujual
Jenis Ambilan: Tetap
Gaji: RM 1,200 (basic) + Insentif Jualan
Lokasi:
– Outlet (Norfa Nature Shop | OHK Global Enterprise)
– Metropoint Kajang, Selangor.
Skop Kerja:
- Memulakan waktu perniagaan pada pukul 9 pagi dah berakhir pada 8 malam.
- Memastikan kiosk sentiasa bersih & berada dalam keadaan rapi.
- Menyantuni pelanggan dengan berhemah.
- Membantu pelanggan berkaitan pengamalan produk yang betul.
- Merekod data pelanggan secara tersusun.
- Mengemaskini rekod pelanggan.
- Mengemaskini lama sosial seperti FB,IG dll dengan info berkaitan.
Kemahiran:
- Microsoft Office.
- Mempunyai asas menguruskan media sosial.
- Boleh berkomunikasi dengan baik dan mempunyai keperibadian yang menarik.
- Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam jualan.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam industri akan diutamakan.