was successfully added to your cart.

Mengapa Kita Perlu Amalkan Minyak Zaitun Setiap Hari?

By December 20, 2018 Olivie Plus 30x

Dari sudut nutrisi, badan kita perlukan lemak sihat. Majoritinya mestilah jenis unsaturated fats (lemak tidak tepu). Lemak tidak tepu banyak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun.

Istimewanya minyak zaitun ia mengandungi antioksidan (hidroxytyrosol, dll) yang mencegah dari oksidasi yang akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Ianya juga mampu menghalang dari sesuatu penyakit menjadi lebih teruk. Jadi samada orang sihat ataupun orang sakit, ianya menjadi satu makanan keperluan untuk diamalkan setiap hari.

Minyak zaitun adalah sejenis lemak sihat dengan kehadiran antioksidan yang membantu melindungi daripada penyakit dan membantu menghalang penyakit dari terus menjadi teruk

Apakah Manfaat Minyak Zaitun

Minyak zaitun mengandungi lemak tidak tepu yang juga mengandungi vitamin semulajadi. Ianya membekalkan khasiat (omega-3, omega-6, vitamin A,D,E,K)  yang bersifat antioksidan, anti-keradangan dan anti-kanser yang memberi manfaat kepada tubuh seperti:

  • Meningkatkan kolestrol baik (HDL) dan mengawal menurunkan kolestrol jahat (LDL)
  • Menurunkan gula dalam darah
  • Membantu menstabilkan sistem hormon (senggugut, keputihan, period tidak teratur)
  • Melembap dan melembutkan kulit awet muda
  • Membantu masalah kulit kering (eczema, kegatalan, psoriasis)
  • Melancarkan tekanan darah
  • Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan (sembelit)
  • Meningkatkan fungsi otak
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Memberi tenaga dan rasa kenyang yang panjang
  • Mengatasi gastrik

Apakah Jenis Minyak Zaitun yang Paling Baik?

Minyak zaitun terbahagi kepada 5 kelas iaitu;

  • Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
  • Virgin Olive Oil (VOO)
  • Light
  • Extra Light
  • Pomace

Jenis mana yang hendak dipilih adalah bergantung kepada tujuan dan kegunaan setiap individu.

Sekiranya untuk tujuan kesihatan sudah tentu khasiat maksimum yang kita inginkan. Jadi jenis extra virgin (EVOO) amatlah disarankan. Bagi tujuan memaksimumkan penyerapan khasiat kepada tubuh, bentuk minyak adalah lebih baik kerana tindakbalas berlaku bermula dari mulut, melalui tekak kemudian penyerapan dalam usus. Bentuk kapsul atau softgel bukanlah tidak boleh, tetapi sarungnya perlu dihadam terlebih dahulu sebelum minyak dikeluarkan kemudian barulah usus menyerap khasiatnya. Kuantiti minyak dalam softgel tersebut tidaklah sebanyak sesudu minyak zaitun.

Jika kita tengok amalan orang Eropah dan Mediterranean mereka makan begitu sahaja tanpa softgel ataupun kapsul.

Berapa Kuantiti Perlu dan Bila Waktu Sesuai Untuk Diambil?

Minyak zaitun adalah sejenis makanan. Ianya bukanlah ubat yang mana ambil bila perlu, tinggal bila lega. FDA juga menyarankan bahawa 2 sudu sehari boleh menjauhi diri dari penyakit. Secara umumnya untuk orang dewasa adalah 1 hingga 2 sudu semasa perut kosong pada waktu pagi dan malam. Boleh juga ambil selepas makan.

Selain dari makan terus, boleh juga dimasukkan dalam makanan apabila sudah sejuk atau dijadikan ‘salad dressing’. Ianya juga boleh dijadikan sebagai masker sebelum tidur untuk petua kulit lembut dan awet muda.

Bagaimana Memilih Minyak Zaitun yang Baik Untuk Diamalkan?

Berbalik kepada tujuan kita mengamalkan minyak zaitun iaitu untuk kesihatan, sudah tentulah kandungan khasiat dan kualitinya menjadi ukuran utama. Pembungkusan dan keasidan bukanlah sandaran utama kerana ianya boleh direka dan diubah. Kandungan khasiat akan menentukan manfaat yang bakal diperolehi.

Olivie Plus 30x menjadi pilhan utama kerana kandungan khasiat (anitoksidan yang bernama hidroxytyrosol) adalah 30 kali ganda berbanding minyak zaitun biasa yang telah diuji dan terbukti melalui ujian makmal.

Perbandingan telah dijalankan melibatkan 22 sample dari 4 buah negara mediterranian yang lain dan mendapati ianya adalah yang tertinggi dari segi khasiatnya.

Ianya dihasilkan oleh pengeluar yang berpengalaman lebih 125 tahun dan telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan antarabangsa seperti:

  • USDA Organik
  • MARIO SOLINAS organized by the International Olive Oil Council,
  • the GREAT TASTE AWARD of London,
  • The International Olive Oil Competition of Los Angeles in the USA,
  • OIL CHINA in Shanghai,
  • LEONE D’ORO de MAESTRI OLEARI in Milan

Pesanan Untuk Panduan Hidup Anda

Banyak kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa minyak zaitun sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia. Untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan kita disarankan untuk jadikan amalan memakan minyak zaitun sebagai amalan harian. Pastikan memilih minyak zaitun yang betul dan menilai aspek khasiat dan kualiti bagi mendapatkan manfaat yang terbaik.

Dapatkan Olivie Plus 30x Sekarang! Klik Untuk Pembelian

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.