was successfully added to your cart.

Cart

MERAWAT DENGAN HABBATUSSAUDA’

By February 13, 2019 Artikel, Habbatussauda'

Habbatussauda’ - Black Seed / Black Cumin, nama melayunya Jintan Hitam atau nama saintifiknya Nigella Sativa merupakan herba yang terkenal mampu merawat pelbagai penyakit. Banyak kajian dijalankan sejak zaman berzaman membuktikan kebenaran manfaat tumbuhan ini bagi kesihatan manusia.

Khasiat dan manfaatnya juga telah terbukti pada kajian sains moden. Justeru tidak hairan ianya sering digunakan untuk tujuan perubatan sejak ribuan tahun dahulu lagi. Hal ini diperkuatkan lagi dengan adanya hadis yang menyebutkan tentang kelebihan Habbatussauda’ itu sendiri di sisi Rasulullah (SAW) sejak hampir 1500 tahun dahulu lagi.

HURAIAN DALIL, KHASIAT DAN MANFAATNYA PADA PERSPEKTIF ISLAM & SAINS MODEN

Ustaz Fakhrulrazi IbrahimMubassyir OLIVE HOUSE

Hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi (SAW) bersabda :

“في الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا السّامّ”

“Pada Habbatas Sauda’ itu adanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

[HR Bukhari – Kitab Al-Thibb No. 5687 & HR Muslim No. 2215]

Sabda Nabi (SAW) :

“عليكم بهذه الحبّة السّوداء فإن فيها شفاء لكلّ داء إلا السّامّ”

“Hendaklah kamu (sentiasa) mengamalkan Habbatus Sauda’ ini, kerana sesungguhnya terdapat padanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

Daripada Aisyah r.a, Nabi (SAW) bersabda :

إنّ هذه الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا من السّامّ. قلت : وما السّامّ؟ قال : الموت

“Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah kesembuhan (ubat) dari setiap penyakit kecuali as-Sam.” Aku (Aisyah) bertanya: Apa itu as-Sam? Rasulullah menJawab: “Kematian.” [HR Bukhari]

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi (SAW) bersabda :

“ما من داء إلا في الحبّة السّوداء منه شفاء إلا السّامّ”

“Tiada satu pun penyakit melainkan pada Habbatus Sauda’ itu ada penyembuhnya kecuali as-Sam (mati).” [HR Muslim]

KHASIAT DAN MANFAAT HABBATUSSAUDA’

Antara kajian dan penelitian terawal  tentang manfaat Habbatussauda’ ini dibuat oleh ilmuan ulung perubatan Islam, Ibnu Sina. Beliau di dalam penulisannya menyebut : “Habbatussauda’ mampu bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Ia juga bermanfaat bagi merawat masalah sesak nafas (penat), gejala Asma, dan masalah pernafasan lainnya.”

(“Canon Of Medicine” by Abecene(قانون في الطّبّ.

Habbatussauda’ kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan Karbohidrat sebanyak 38%, Protein (21%) dan Asid Lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain ialah Thiamin, Niasin, Kalsium, Folasin, Zink dan Fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.”

(“Canon Of Medicine” by Abecene(قانون في الطّبّ.

Kajian dari Hospital King Fadh University Al-Khobar, Arab Saudi menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ekstrak Habbatussauda’ yang bertindak sebagai perencat aktiviti Helicobacterpylori, sejenis bakteria yang mengakibatkan gastrik, ulser perut dan kanser perut. Kelebihan pati minyak Habbatussauda’ dalam melawan serangan virus atau bakteria apabila ia mampu memusnahkan struktur membran sel pembunuh dan melumpuhkan aktiviti sel tersebut.

Jabatan Fisiologi, Pusat Perubatan Ghaem & Universiti Perubatan Mashhad :

Nigella Sativa dipercayai membantu penyembuhan penyakit asma apabila diambil secara berterusan.”

Antara kajian dan penelitian terawal  tentang manfaat Habbatussauda’ ini dibuat oleh ilmuan ulung perubatan Islam, Ibnu Sina. Beliau di dalam penulisannya menyebut : “Habbatussauda’ mampu bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Ia juga bermanfaat bagi merawat masalah sesak nafas (penat), gejala Asma, dan masalah pernafasan lainnya.”

(“Canon Of Medicine” by Abecene(قانون في الطّبّ.

Habbatussauda’ kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan Karbohidrat sebanyak 38%, Protein (21%) dan Asid Lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain ialah Thiamin, Niasin, Kalsium, Folasin, Zink dan Fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.”

(“Canon Of Medicine” by Abecene(قانون في الطّبّ.

PANDANGAN ULAMA TENTANG HADIS HABBATUSSAUDA’

“Disebutkan bahawa sesungguhnya ucapan Baginda (SAW) berkenaan ayat “seluruh penyakit” itu maksudnya ianya boleh dijadikan ubat dengannya (Habbatussauda’). Sesungguhnya ia bermanfaat bagi penyakit-penyakit sejuk sedangkan penyakit panas maka ianya tidak (berkesan).” [Fath Al-Bari 10/144]

AL-HAFIZ IBN HAJAR AL-ATHQALANI

“Sebahagian ulama mengatakan bahawa lafaz “kullu” (semua – penyakit) di sini ialah lafaz umum yang membawa makna khusus sebagaimana firman Allah (tentang burung yang berkata kepada Nabi Sulaiman). “Sesungguhnya aku mendapati seorang perempuan yang memerintah mereka dan telah diberikan kepadanya semua benda dan dia juga mempunyai singgahsana yang agung.” [An-Naml, 23]. - [Kasyf Al-Mushkil 3/364]

Ayat ini berkaitan seekor burung Hud-hud yang memberitahu kepada Nabi Sulaiman tentang Ratu Balqis di negeri Saba'. Makna lafaz kullu (semua) dalam surah An-Naml tersebut bukanlah bermaksud seluruh benda yang ada di dunia telah dimiliki oleh Ratu Balqis, sebaliknya ia bermaksud dia mempunyai kemewahan dunia yang diperlukannya untuk memerintah sesebuah kerajaan. - [Tafsir Ibn Kathir 6/186]

IMAM IBN QAYYIM AL-JAUZI

“Yang dimaksudkan dalam hadith itu ialah penawar/ubat bagi penyakit-penyakit berkaitan (iklim/suhu) lembap, berkahak, yang mana Habbatussauda’ itu sifatnya panas dan kering (ianya berlawanan).”- [Kasyf Al-Musykil 3/364]

IBNUL QAYYIM AL-JAUZI

Imam An-Nawawi ketika membahaskan hadith ini mengatakan bahawa Habbatussauda’ tidak sesuai pada penyakit tertentu seperti penyakit berkaitan sejuk. Katanya lagi : “Sesungguhnya Rasulullah (SAW) menggambarkan sebegini berdasarkan apa yang disaksikannya pada kebiasaan keadaan para sahabatnya.” - [Syarh An-Nawawi ‘ala Muslim 14/196]

Pada penelitian (pengalaman) bidang nutrisi dan perubatan moden, yang dimaksudkan dengan penyakit sejuk yang dinaqalkan oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani ialah penyakit yang berkaitan dengan cuaca sejuk atau lembap seperti Asma, lelah, sesak nafas, dan apa sahaja masalah berkaitan paru-paru, yang mana penyakit tersebut lebih tepat dan sesuai (keadaan) perawatannya menggunakan Habbatussauda’ kerana sifatnya yang panas.

IMAM AN-NAWAWI

SERBUK (BIJI ATAU MINYAK, MANA YANG LEBIH BAIK?

Umumnya, serbuk atau minyak, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Dalam bentuk minyak, kandungan zat aktif dari Habatussauda’ lebih tersaring dan tidak ada lagi zat yang sudah tidak diperlukan. Inilah sebab utama mengapa banyaknya saranan dari pakar bahawa pengambilan Habatussauda’ dalam bentuk minyak adalah lebih baik berbanding serbuk.

Sebahagian besar zat aktif Habatussauda’ terdapat dalam minyaknya. Namun menurut kajian, terbukti ditemui adanya perbezaan khasiat antara serbuk dan minyak Habatussauda’ terutama untuk menurunkan kadar trigliserida darah. Kelebihan Habatussauda’ dalam bentuk minyak juga sangat bermakna disaat kita memerlukannya (mengamalkannya) dalam bentuk titisan atau sapuan. Di sini jelas kekurangan jika menggunakan serbuk.

Habatussauda’ berbentuk serbuk kaya dengan kandungan serat dan sangat baik untuk pencernaan. Antara kekurangan Habatussauda’ serbuk adalah dos (sukatan) yang diperlukan lebih banyak berbanding minyaknya, kerana jelas Habatussauda’ dalam bentuk serbuk belum diproses ekstraknya (tidak peroleh khasiat penuh).

Dalam soal harga sudah tentu Habatussauda’ dalam bentuk minyak lebih tinggi, kerana memerlukan proses yang lebih teliti dan berperingkat berbanding dalam bentuk serbuk.

BELI PRODUK

Rujukan :

 Sahih Bukhari / Sahih Muslim / Qanun Fi Al-Thibb (Canon Of Medicine) / Fath Al-Bari / Kasf Al-Musykil / Tafsir Ibn Kathir / Thibb An-Nabawi / Pusat Biotech MARDI / Black Cumin “The Magical Egyptian Herb” /

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.