Mari bersama kami dengan perjuangan bagi membudayakan pemakanan sihat.
Ustaz Aidil Azwal bin Zainudin, yang kini merupakan Presiden kepada Aafiyat Group.
Berkelulusan dalam Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Asia School of Business, dengan kerjasama MIT Sloan School of Management, dari tahun 2019 hingga 2021.
Juga mendapat kelulusan dalam LLB Undang-undang dan Syariah (kelas 1) dari Universiti Al-Azhar yang berprestij di Kaherah, Mesir (2003).
Berpengalaman dalam perancangan strategik, pembangunan bakat dan perbelanjaan modal dan operasi, Ustaz Aidil Azwal Zainudin menggerakkan sebuah organisasi (Olive House) yang berjaya menyalurkan produk semula jadi dan organik.
Ustaz Aidil Azwal merupakan pengasas dan pencetus kepada kewujudan jenama OLIVE HOUSE.
Beliau merupakan seorang yang cerdik pandai berjaya untuk menzahirkan idea yang bernas untuk mewujudkan Olive House.
Walaupun bergelar seorang graduan dalam bidang undang-undang dari Al-Azhar, Mesir beliau juga adalah seorang usahawan yang berkaliber.
Pengalaman menjalani kehidupan di sana membuatkan beliau amat tertarik dengan budaya amalan pemakanan buah zaitun dan diet pemakanan masyarakat di sana yang dikenali sebagai diet Mediterranean.
Hasil pemerhatian dan kajian beliau, pengambilan pati minyak zaitun memberikan impak kesihatan yang amat baik bagi masyarakat di Timur Tengah terutamanya dalam membantu menghindar penyakit berkaitan dengan jantung.
Sejak itu, beliau bertekad untuk membawa produk pati minyak zaitun yang tinggi khasiatnya pulang ke Malaysia bagi berkongsi manfaatnya kepada semua.
“Menjadi Peneraju Pembekal Terpilih Produk Semulajadi & Organik Yang Terbukti Dari Kajian Saintifik.”
Semua produk dibawah rangkaian Olive House telah mendapat pelbagai pensijilan yang diiktiraf dan diterima oleh semua peringkat.
— Rangkaian Produk Olive House —
Olive House – Aafiyat turut berkerjasama dengan pelbagai agensi serta jabatan- jabatan dalam mengukuhkan kerjasama terutama dalam kajian dan penyelidikan bagi memastikan kualiti serta kebersanan produk organik mencapai tahap yang diperakui.
Melalui Usahawan Aafiyat ditawarkan 2 pakej utama untuk mereka yang berminat menjadi Usahawan Aafiyat. Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Layak menerima 30% margin sebagai Senior Ejen Rasmi Olive House
PERCUMA Wang Tunai bonus pencapaian dan juga bonus peribadi
PERCUMA Pelancongan Antarabangsa ke Arab, Asia, Eropah, Amerika dan lain-lain
Kelayakan adalah melalui data jualan yang direkodkan di dalam sistem Acore. Mengikut kategori pencapaian seperti gambaran di bawah:
— Perjalanan Seorang Affiliate Plus —
Copyright © 2023 Olive House2u. All Rights Reserved.
Powered by Aafiyat Digital