
Keunikan, Kebaikan & Khasiat Delima
Bagi penggemar delima, pasti sudah ketahui akan khasiat buah dan jus delima. Bagi mereka yang belum pernah minum jus delima, artikel ini mungkin menarik minat anda setelah mengetahui betapa banyaknya manfaat dari jus delima asli.
Jus delima dikatakan mengandungi lebih 100 phytochemicals semulajadi dan apa yang mengejutkan, ada yang menjadikan delima sebagai remedi untuk perubatan sejak beribu tahun dahulu.
Apakah Manfaat Mengamalkan Jus Delima?
Antara kebaikan dan khasiat jus delima yang dipetik dari laman Medical News Today adalah:
- Mengandungi anitoksida yang dapat membantu mengawal radikal bebas, melindungi sel dari kerosakan, dan mengurangkan keradangan yang menjadi punca peyakit.
- Vitamin C Jus dari sebiji buah delima dianggarkan mempunyai lebih daripada 40 peratus keperluan vitamin C harian kita.
- Mengurangkan Risiko Kanser. Terdapat kajian awal yang menunjukan ianya membantu merencatkan pertumbuhan sel kanser prostat.
”Perbezaan Antara Jus Delima dan Pati Delima Olive House
Perbezaan yang ketara antara pati delima dan jus delima Olive House ialah tahap khasiat dalamnya.
Antioksida yang merupakan salah satu khasiat pati delima telah berkurangan sedikit berbanding Jus Delima. Ini terjadi hasil daripada kerana kesan dari proses evaporation. Ianya merupakan jus delima yang direbus menjadi pekat, 100% organik tanpa sebarang perasa, gula, dan warna tambahan. Process ini bagi menjadikan Jus delima tersebut lalu menjadikan ia lebih pekat dan menjadi pati.
Walau bagaimanapun, pati delima masih lagi tetap baik dan berkhasiat untuk diamalkan. Pengambilan bergantung kepada keperluan badan seseorang.
Di sisi lain, pati delima mempunyai kadar Potassium yang lebih tinggi berbanding jus delima. Proses penyejatan akan melikatkan lagi nilai potassium didalam Pati Delima. Khasiat Pati Delima ini menjadikan ianya diminati sesetengah pengamal Permakanan Qurani.
Antioksida (Punicalagin) ada banyak dalam Pati Delima berbanding Jus Delima. Khasiat Pati Delima ini bertindak sebagai antikeradangan dan membantu merawat sengal-sengal di badan, sakit pinggang, lutut dan sebagainya. Khasiat Pati Delima ini juga menjadikannya sebagai antibiotik organik atau semula jadi yakni ketahanan tubuh badan yang sangat baik.
Khasiat Jus Delima
Jus delima organik yang tidak ditapis dengan menggunakan teknologi ‘direct extraction’ bagi mengelakkan penapisan tambahan dan meminimumkan kesan pempasturan. Ini menjadikannya kaya dengan kandungan vitamin dan mikro elemen serta memberikan rasa masam semulajadi.
Sangat kaya dengan kandungan tannin asid yang baik untuk merawat cirit-birit (diarrhea) dan membantu menyembuhkan sakit tekak serta stomatitis (keradangan membran mukus di dalam mulut).
Jus delima organik juga mempunyai 15 asid amino yang terdiri daripada 6 asid amino penting yang tidak dihasilkan oleh badan.
Khasiat Pati Delima
Kaya dengan potassium yang memberi kesan positif kepada jantung dan sistem kardiovaskular.
Pati delima juga membantu meningkatkan jumlah hemoglobin di dalam darah. Disyorkan bagi mereka yang menghidap anemia, darah tinggi, dan mengalami masalah pada sistem urinary.
Mana yang Bagus untuk Diamalkan?
Bergantung kepada keperluan individu dan bagaimana keserasian pengguna antara jus ataupun pati delima. Kedua duanya menjanjikan khasiat semulajadi yang tinggi. Jus disarankan untuk diminum terus tanpa mencampurkan air, sukatan umum adalah 1/3 cawan sekali ambilan. Manakala pati delima pula disarankan untuk dibancuh air. 1~2 sudu besar dibancuh bersama 200ml air.
Pesanan Penting Dalam Penjagaan Jus dan Pati Delima
Kedua-dua jus dan pati delima telah melalui proses pasteurization. Setelah penutup botol dibuka, jus dan pati delima akan terdedah kepada udara dan oleh kerana ianya tidak mempunyai sebarang pengawet, ianya haruslah disimpan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan ianya rosak dan memelihara khasiat jus dan pati delima.
Jom Baca Antara Pengalaman Pengguna Yang Mengamalkan Pati Delima dan Jus Delima.
Penafian: Penafian ini adalah bagi menyatakan bahawa hasil pengambilan makanan ini bagi setiap individu adalah berbeza. Amalkan secara konsisten dan pelihara aspek keseimbangan gaya hidup.