Your cart is currently empty!
Kelebihan Pertama – Seperti yang Disebut Dalam Al-Quran
Madu asli Olive House adalah berasal dari wilayah Chong Kemin, Kyrgyzstan. Daerah ini merupakan kawasan yang dipenuhi gunung ganang dan tidak ada sebarang pembangunan mahupun aktiviti industri. Di kawasan ini juga tumbuhnya pelbagai spesis bunga di mana di sinilah lebah-lebah menghisap sari untuk menghasilkan madu.
Jika kita rujuk ayat Al-Quran iaitu Surah An-Nahl ayat 68 dengan terjemahan seperti berikut:
وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ
Maksud: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Gunung-gunung disebut terlebih dahulu berbanding kawasan lain.
Kemudian dalam ayat ke-69:
ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Bunga-bungaan iaitu lebih dari satu jenis bunga; multifloral
Kaitan yang yang dinyatakan di atas adalah bertujuan berkongsi ilmu tentang bagaimana madu yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan menekankan ciri-ciri pemilihan madu asli Olive House.
Ianya tidak sama sekali menafikan kebaikan dan kelebihan madu lain kerana setiap madu mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri.