fbpx
0

Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara (virgin coconut oil) antara minyak yang digelar sebagai ‘superfoods‘ iaitu makanan yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Kombinasi asid lemak didalamnya dikatakan antara faktor bagaimana ia memberi manfaat kepada kesihatan seperti menguruskan berat badan, kesihatan jantung dan fungsi otak.

Jom ketahui 9 manfaatnya menurut kajian saintifik.

1. Rambut lebih sihat

Minyak kelapa boleh dijadikan minyak rambut. Ianya akan memberi seri ikal mayang kepada rambut dan mengurangkan kelemumur.

Ia juga boleh bertindak sebagai lapisan nipis yang melindungi rambut menjadi rosak akibat dari kesan sinaran cahaya matahari (UV).

2. Kulit Sihat

Penggunaan minyak kelapa dara pada kulit bukan lagi asing di kalangan masyarakat kita.

Terdapat kajian menunjukkan ia mampu memberi kelembapan kepada kulit dan membantu mengurangkan simptom ekzima (1,2).

Ianya juga sering dijadikan minyak untuk mengurangka kesan regangan pada kulit (stretch mark) bagi ibu mengandug.

3. Mengandungi Asid Lemak Sihat

Minyak kelapa dara baik untuk kesihatan tubuh kerana mengandungi asid lemak tepu (saturated fatty acid) yang terdiri daipada medium-chain triglycerides (MCTs).

Ia dapat meningkatkan sistem metabolisme tubuh untuk membakar lemak dan membekalkan tenaga kepada badan dan otak. Ianya juga mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) yang membantu kesihatan jantung.

Komposisi di dalam 1 sudu besar:
– 121 kalori
– 0 g protein
– 13.5 g lemak, di mana 11.2 g adalah lemak tepu
– 0 miligram (mg) kolesterol

Inya mengandungi vitamin E, tetapi tidak ada serat dan sedikit atau tidak ada vitamin atau mineral lain.

Ianya hampir 100% lemak, yang kebanyakannya adalah lemak tepu. Walau bagaimanapun, struktur lemaknya berbeza dengan struktur  lemak tepu di dalam haiwan, yang kebanyakannya terdiri daripada asid lemak rantai panjang (long-chain triglycerides, LCT).

Oleh kerana ianya tinggi MCTs, ini lebih sukar bagi tubuh untuk menukar menjadi lemak tersimpan dan lebih mudah dibakar daripada LCT.

4. Membantu Proses Bakar Lemak (Fat Burning)

Rantain lemak (MCTs) boleh meningkatkan jumlah pembakaran kalori di dalam badan (3) berbanding long-chain fatty acids. Ini sebahagian mekanisma penting dalam membantu proses menurunkan berat badan.

Dalam satu kajian lain mendapati pengambilan sebanyak 15-30 gram minyak kelapa dara sehari meningkatkan penggunaan tenaga (4).

Lebih banyak kajian diperlukan dalam kumpulan yang besar bagi melihat keberkesanan dan kadar pengambilan yang lebih tepat.

Perlu juga kita berhati-hati di mana penagmbilan yang berlebihan juga boleh meningkatkan berat badan kerana kandungan kalori yang tinggi.

5. Mengurangkan Rasa Lapar

Badan akan memetabolismakan lemak dan menghasilkan keton di mana ia membantu mengurangkan selera makan (5). Ini menyebabkan sesorang kurang berasa lapar sepertimana satu kajian mendapati sekumpulan lelaki yang mengambil MCTs kurang mengambil kalori dalam sehari.

5. Meningkatkan Kolestrol Baik (HDL)

Minyak kelapa dara mengandungi lemak tepu semulajadi yang membantu meningkatkan lemak baik HDL di mana ia dikaitkan dengan peningkatan tahap metabolisma dan menurunkan risiko penyakit jantung. (6)

6. Memelihara Kesihatan Jantung

Oleh kerana minyak kelapa dara terkenal dengan kelebihan meningkatkan kolestrol baik (HDL) ianya secara langsung dikaitkan dengan manfaat memelihara kesihatan jantung.

7. Meningkatkan Fungsi Otak untuk Alzheimer

Nyanyuk dikalangan warga emas bukanlah perkara pelik. Alzheimer menyebabkan otak kurang cekap menggunakan glukosa dalam menghasilkan tenaga.

Kajian medapati MCT mampu meningkatkan fungsi otak di kalangan pesakit Alzheimer biasa. (7)

8. Membantu Kawal Stress

Minyak kelapa dara mengandungi sifat antioksidan. Dalam satu kajian (8) ia membantu mengurangkan stress akibat dari bersenam dan penyelidik percaya bahawa ianya juga dapat membantu situasi kemurungan.

9. Membantu Ibu Hamil

Minyak kelapa mampu membekalkan tenaga bagi ibu hamil. Selain itu juga, menjadi petua turun temurun di mana pengambilan minyak kelapa dara sebelum bersalin akan bertindak sebagai pelincir dan membantu mudah bersalin.

Ianya juga membantu pengeluaran susu ibu dan membantu melancarkan buang air besar selepas bersalin.

Kesimpulan Manfaat Minyak Kelapa Dara

Pengambilan minyak kelapa dara dalam kuantiti yang sesuai akan memberi banyak manfaat kepada kesihatan.

Garis Panduan Pemakanan Amerika 2015-2020 mengesyorkan mengehadkan pengambilan lemak tepu kurang dari 10% kalori sehari. Ini bermaksud seseorang yang mengikuti diet 2000 kalori setiap hari tidak boleh makan tidak lebih daripada 20 gram lemak tepu setiap hari.

Namun pengambilan yang berlebihan terutama mereka yang mempunyai kolestrol LDL tinggi perlu lebih berhat-hati kerana kandungan kalorinya yang tinggi mungkin memberi kesan sebaliknya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.