fbpx

Fat Burner Semulajadi dari Minyak Zaitun dan Cuka Tin

Fat burner semulajadi; Rata-rata dikalangan kita mula mencari sesuatu yang boleh membantu proses menguruskan berat badan dan proses membakar lemak setelah makan macam-macam di musim PKP ini.

Sehinggakan makanan-makanan begini digelar sebagai “fat burner”. Kerana ia memainkan peranan dalam proses badan membakar lemak ataupun kalori dari badan.

Selain daripada pengambilan makanan tinggi protein dan peningkatan aktiviti membakar kalori, pengambilan lemak sihat dari jenis mono-usaturated fats (MUFA) juga dapat membantu proses membakar lemak.

Ini kerana MUFA akan menjadikan seseorang berasa kenyang lebih lama (1). Dalam masa yang sama ianya dapat merendahkan hormon insulin iaitu hormon yang menggalakkan penyimpanan lemak.

Minyak zaitun asli antara kumpulan minyak yang mengandungi tinggi nilai MUFA. Terdapat kajian menunjukkan minyak zaitun asli dapat membantu menurunkan triglyceride, meningkatkan kolestrol baik HDL dan merangsang pelepasan GLP-1, salah satu hormon yang membantu menjadikan seseorang berasa kenyang (1).

Ada juga beberapa kajian menunjukkan minyak zaitun meningkatkan kadar metabolik dan menggalakkan pembakaran lemak (2,3,4).

Namun proses pembakaran lemak badan ini tidak akan efektif sekiranya tabiat pemakanan dan amalan gaya hidup sihat secara holistik tidak diamalkan.

Antara perkara utama yang masih ramai belum ketahui adalah tentang pengambilan karbohirat. Karbohidrat merupakan salah satu nutrient yang diperlukan badan untuk menghasilkan tenaga. Bahasa mudahnya adalah, badan akan baca karbohidrat sebagai gula. Gula ini diuraikan untuk membekalkan tenaga dalam kuantiti yang diperlukan manakala selebihnya akan disimpan sebagai lemak.

Karbohidrat yang baik adalah dari sumber yang mempunyai serat iaitu yang dipanggil complex carbo. Seperti beras perang, roti wholemeal dan banyak lagi. Apa yang perlu dielakkan adalah refined carbo seperti nasi putih, minuman manis, kuih muih, biskut dan banyak lagi. Karbohidrat jenis ini telah dibuang serat dan telah hilang vitamin dan mineral semulajadinya.

Refined carbo sangat cepat ditukar menjadi gula dan jumlah yang berlebihan sudah tentu akan tersimpan sebagai lemak. Ini akan membawa kepada risiko obesiti dan juga penyakit kardiovaskular dalam jangka masa panjang.

Bagi yang sedang fokus untuk membakar lemak dan menguruskan berat badan haruslah memilih sumber karbohidrat, kuantiti dan waktu makan yang betul. Selain daripada itu, makanan berproses dan makanan segera juga perlulah dielakkan.

Dalam masa yang sama aktiviti senaman dengan cara yang betul juga adalah perlu bagi membantu proses pembakaran lemak secara keseluruhan.

Menariknya tentang minyak zaitun ini adalah ianya juga dikenali sebagai lemak paling sihat dengan kehadiran bahan semulajadi yang bersifat antioksida, anti-kanser dan anti-keradangan. Kajian menunjukkan pemakanan yang mengandungi minyak zaitun asli mampu merendahkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular.

Selain daripada itu, pengambilan cuka buah juga dikaitkan dengan proses menguruskan berat badan. Ianya dikategorikan sebagai minuman probiotik yang membantu mengawal selera makan dan gula dalam darah. Pastikan anda memilih cuka buah semulajadi dan mengandungi “mother”.

Harus diingat pengambilan cuka mestilah dibancuh air dan antara kaedah mengamalkan cuka buah adalah selepas makan.

Tidak hairanlah ada yang menjadikan minyak zaitun dan minuman cuka buah sebagai salah satu sinergi makanan fatburner dalam usaha membakar lemak dan menguruskan berat badan.

Fat Burner Semulajadi Olive House

Ianya terdiri daripada kombinasi 2 produk hebat iaitu:

  1. Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Plus 30x; 30 kali ganda khasiat berbanding minyak zaitun biasa.
  2. Cuka Tin (SCT) with ‘mother’; cuka buah semulajadi yang tidak perit.

Minyak Zaitun Olivie Plus 30x

Merupakan sumber lemak sihat iaitu kaya dengan MUFA (mono-unsaturated fatty acid) dan tinggi nilai polifenols seperti hydroxytyrosol, tyrosol dan oleuropein, Vitamin D&E serta mineral lain.

Membantu bekalkan tenaga dan beri rasa kenyang yang lebih lama di mana ia proses penting dalam usaha menguruskan berat badan.

Disamping membekalkan nutrisi penting kepada tubuh, ia juga mempunyai sifat anti-keradangan dan antioksida yang membantu melindungi dari seradangan radikal bebas dan keradangan yang menjadi punca pelbagai penyakit.

Cuka Tin bersama ‘mother’

Cuka semulajadi diperbuat dari buah tin dengan rasa dan bau yang lembut. Tidak tajam seperti cuka lain. Kandungan asid asetik yang rendah sesuai untuk detox dan dengan sifat ‘pro-biotic’ amat membantu membersihkan sistem penghadaman.

Gabungan yang baik antara minyak zaitun dan cuka dalam proses menguruskan berat badan dan detox secara semulajadi tanpa bahan terlarang.

Cara Penggunaan:

– Minyak zaitun – 1 sudu besar setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur
– Cuka tin – 1 sudu besar dibancuh segelas air. Diminum setiap kali lepas makan. Lakukan 2x sehari.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.