Your cart is currently empty!
Author: Hj Firdaus
Sistem Imun Yang Kuat Cegah Daripada Jangkitan dan Penyakit
Sistem imun adalah gabungan kompleks terdiri daripada sel-sel dan proses biologi yang bertindak melindungi dan mempertahankan badan kita dari serangan seperti patogen, virus, toksin dan bakteria.
Memastikan sistem imun kita sentiasa dalam keadaan yag terbaik adalah kunci utama sebagai langkah untuk mencegah badan dari sebarang jangkitan dan penyakit.
Amalkan 6 Rukun Aafiyat
Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, seorang pengamal perubatan yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan, beliau menyarankan setiap dari kita untuk mengamalkan 6 Rukun Aafiyat, iaitu langkah-langkah yang membantu kita memelihara kesihatan secara holistic.
Ianya terdiri daripada:- Pemakanan sihat
- Tidur yang berkualiti
- Minum air secukupnya
- Aktiviti fizikal yang sederhana
- Mengawal stress
- Pengambilan makanan tambahan (supplement) yang perlu
Sebenarnya banyak kajian yang dibuat menunjukkan pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien seperti vitamin, mineral, herba dan fitokimia yang lain boleh membantu meningkatkan daya ketahanan badan (sistem imun) dan berpotensi melawan penyakit.
Harus kita faham antara makanan semula jadi bernutrisi tinggi dan supplement. Kedua-dua ini mempunyai kebaikan dan fungsi tersendiri. Terlebih dahulu kita harus mengutamakan pemakanan semula jadi yang lengkap mengandungi nutrisi, yang juga dikenali sebagai Essential Nutrients. Ianya adalah makanan yang terdiri daripada karbohidrat lengkap, lemak sihat, protein, vitamin, mineral, serat dan air. Ini kerana makanan yang lengkap nutrisi merupakan makanan yang sepatutnya diambil sama ada seseorang itu sakit mahupun dalam kesihatan yang baik.
Bagi sesetengah orang yang mengalami kekurangan zat atau nutrisi, di sinilah fungsinya supplement untuk menampung jurang keperluan yang besar bagi seseorang. Namun terlebih dahulu perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan akan sukatan yang diperlukan setelah melalui proses pengesahan. Supplement biasanya mengandungi satu-satu element sahaja hasil dari proses pengekstrakan atau proses-proses tertentu.
Di dalam artikel ini akan dikongsikan tentang makanan semulajadi atau dikenali sebagai superfoods dalam usaha kita memelihara sistem imun terutamanya ketika musim pandemik Covid-19 ini.
Minyak zaitun asli dikenali sebagai lemak paling sihat kerana komposisinya mengandungi lebih 73% lemak jenis mono-unsaturated fatty acid (MUFA). Selain itu, di dalam minyak zaitun juga mengandungi vitamin D dan E yang dikaitkan dalam fungsi membantu sistem imun.
Vitamin D berfungsi dalam meningkatkan daya melawan patogen bagi sel darah putih. Kekurangan Vitamin D dikaitkan dengan risiko jangkitan pernafasan seperti influenza dan asma. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan supplement Vitamin D membantu kadar melawan virus sesetengah jangkitan termasuk Hepatitis C dan HIV. (Rujukan 1,2,3)
Kadar kekuatan sistem imun mungkin berkurang dengan peningkatan usia. Ini juga dipengaruhi oleh tahap kesihatan seseorang di mana orang yang berusia dengan pelbagai komplikasi penyakit merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk terkena sesuatu jangkitan. Penyakit-penyakit seperti kencing manis, kolestrol, darah tinggi dan masalah jantung berpunca salah satunya dari keradangan dalam tempoh yang panjang.
Keradangan ini berlaku hasil daripada tekanan oksidatif yang menyebabkan terlalu banyak radikal bebas di dalam badan. Situasi ini dapat dikawal melalui dengan adanya ejen antioksida. Antioksidan yang terdapat dalam miyak zaitun iaitu hydroxytyrosol merupakan antioksidan paling berkuasa di kalangan tumbuhan lain dan ianya hanya terdapat dalam zaitun sahaja.
Berfungsi sebagai lemak sihat yang kaya Vitamin D dan E, kehadiran antioksidan hydroxytyrosol ini menjadikan minyak zaitun makanan yang baik dalam membekalkan nutrisi asas, menjadi sumber tenaga, meningkatkan sistem imun dan memelihara kesihatan dari penyakit kronik.
Habbatus Sauda juga dipanggil sebagai Black Seed Oil atau nama saintifiknya Nigella Sativa merupakan herba yang terkenal mampu merawat pelbagai penyakit.
Khasiat dan manfaat minyak habbatus sauda telah terbukti pada kajian sains moden. Justeru tidak hairan ianya sering digunakan untuk tujuan perubatan sejak ribuan tahun dahulu lagi. Hal ini dikuatkan lagi dengan adanya hadis yang menyebut tentang kelebihan habbatus sauda itu sendiri.
“Pada habbatussauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati” – Kitab Al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih muslim, kitab as-salam, hadis 2215.
Dalam minyak habbatus sauda terdapat antioksidan yang bernama thymoquinone yang mempunyai kesan anti-keradangan. Kandungan antioksidan ini juga dikaitkan dengan kelebihan dalam menjaga kesihatan otak, merawat kanser, melindungi dari masalah jantung dan Alzheimer.
Minyak habbatus sauda mengandungi Vitamin E yang juga dikenali dengan sifat antikosidannya. Kajian mendapati Vitamin E bertindak melindungi dan memperbaiki kerosakan sel dalam masa yang sama membantu menguatkan sistem imun badan.
Jus delima asli dikatakan mampu membekalkan 40% keperluan harian Vitamin C untuk seseorang. Jus delima juga mengandungi antioksidan yang tinggi berbanding buah lain yang dikatakan mampu melindungi dari radikal bebas dan melindungi seseorang dari risiko kerosakan sel dan mengurangkan keradangan.
Vitamin C sangat popular untuk melawan jangkitan. Ini kita boleh perhatikan apabila kita deman selesema dan pergi mendapatkan rawatan di klinik, pasti kita akan dibekalkan dengan Vitamin C untuk tujuan melwan virus. Jelas ianya berfungsi dalam membantu pelbagai fungsi sel imun dan meningkatkan keupayaan melawan jangkitan.
Makanan yang baik sudah tentu memberikan tubuh kita zat yang diperlukan agar sel, organ dan system berfungsi dengan baik. Gaya hidup yang sihat bukan sahaja melalui bersukan atau aktiviti berpeluh sebaliknya merangkupi dari sudut pemakanan terutamanya.
Pengambilan makanan yang tinggi nilai nutisi semulajadi boleh membantu usaha kita meningkatkan daya ketahanan banan dan system imun yang betindak memelihara daripada jangkitan dan serangan penyakit.
Sama-sama kita “Boost Immunity, Protect Community”
# BIPC #KitaJagaKita
Mari sama-sama kita amalkan gaya hidup yang aafiyat (sihat) dan mengambil pemakanan yang seimbang. Amalkan juga superfood sebagai supplement semulajadi & organik, berkualiti tinggi serta terbukti melalui kajian saintifik sebagai makanan tambahan.
Kuatkan sistem imun dengan Set BIPC TENANG Olive House™. Setiap belian set, PERCUMA facemask eksklusif yang bernilai RM 25.
Klik butang Order Sekarang untuk belian secara online.
- Klik Sini: Untuk beli Minyak Zaitun Olivie Sahaja
- Klik Sini: Untuk beli Minyak Habbatus Sauda Sahaja
- Klik Sini: Untuk beli Pati Buah Delima Sahaja
Mengapa Minyak Zaitun Berasa Kelat dan Pahit
Ada yang bertanya apakah tanda minyak zaitun yang dijual itu minyak yang berkualiti dan terbaik?
Kena faham bahawa yang membuat rasa pahit dan kelat dan pahit dalam minyak zaitun itu disebabkan oleh kandungan minyak zaitun yang mempunyai dua sebatian hydroxytyrosol dan oleuropein.
Kedua-dua sebatian ini adalah dalam kumpulan polyphenol iaitu sebatian antioksida yang ada dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.
Cuma hydroxytyrosol dan oleuropein sangat banyak terdapat pada daun dan buah zaitun. Oleh itu minyak zaitun adalah minyak yang mempunyai sebatian antioksida yang tinggi.
Semakin pahit minyak itu dikatakan lebih asli. Orang yang biasa mengambil minyak zaitun dalam makanan akan rasa seronok dengan rasa pahit dan kelat minyak ini seperti orang yang suka minum kopi, sukakan rasa pahit dan kelat kopi.
Minyak zaitun yang kurang rasa pahit dan kelat biasanya telah diproses (ditapis dan dimasukkan bahan peluntur). Ada minyak zaitun yang dicampur dengan minyak sayuran yang lain (seperti minyak canola) untuk menjadikan harganya lebih murah.
Bagi mengurangkan rasa pahit (terutama bagi mereka yang tak biasa dengan minyak zaitun), ambil satu sudu minyak zaitun, campurkan sedikit madu dan cuka teen.
Ia boleh terus dimasukkan ke dalam mulut atau dicampur dalam air kosong satu gelas.
Bila sudah biasa, boleh ambil terus satu sudu minyak zaitun ke dalam mulut.
Semoga bermanfaat.
Pilihan saya Olivie dan Olivie Power Up.
Artikel oleh:
Dr. Hj. Zubaidi bin Hj. Ahmad.Fat Burner Semulajadi Dari Minyak Zaitun dan Cuka Tin
Fat Burner Semulajadi dari Minyak Zaitun dan Cuka Tin
Fat burner semulajadi; Rata-rata dikalangan kita mula mencari sesuatu yang boleh membantu proses menguruskan berat badan dan proses membakar lemak setelah makan macam-macam di musim PKP ini.
Sehinggakan makanan-makanan begini digelar sebagai “fat burner”. Kerana ia memainkan peranan dalam proses badan membakar lemak ataupun kalori dari badan.
Selain daripada pengambilan makanan tinggi protein dan peningkatan aktiviti membakar kalori, pengambilan lemak sihat dari jenis mono-usaturated fats (MUFA) juga dapat membantu proses membakar lemak.
Ini kerana MUFA akan menjadikan seseorang berasa kenyang lebih lama (1). Dalam masa yang sama ianya dapat merendahkan hormon insulin iaitu hormon yang menggalakkan penyimpanan lemak.
Minyak zaitun asli antara kumpulan minyak yang mengandungi tinggi nilai MUFA. Terdapat kajian menunjukkan minyak zaitun asli dapat membantu menurunkan triglyceride, meningkatkan kolestrol baik HDL dan merangsang pelepasan GLP-1, salah satu hormon yang membantu menjadikan seseorang berasa kenyang (1).
Ada juga beberapa kajian menunjukkan minyak zaitun meningkatkan kadar metabolik dan menggalakkan pembakaran lemak (2,3,4).
Namun proses pembakaran lemak badan ini tidak akan efektif sekiranya tabiat pemakanan dan amalan gaya hidup sihat secara holistik tidak diamalkan.
Antara perkara utama yang masih ramai belum ketahui adalah tentang pengambilan karbohirat. Karbohidrat merupakan salah satu nutrient yang diperlukan badan untuk menghasilkan tenaga. Bahasa mudahnya adalah, badan akan baca karbohidrat sebagai gula. Gula ini diuraikan untuk membekalkan tenaga dalam kuantiti yang diperlukan manakala selebihnya akan disimpan sebagai lemak.
Karbohidrat yang baik adalah dari sumber yang mempunyai serat iaitu yang dipanggil complex carbo. Seperti beras perang, roti wholemeal dan banyak lagi. Apa yang perlu dielakkan adalah refined carbo seperti nasi putih, minuman manis, kuih muih, biskut dan banyak lagi. Karbohidrat jenis ini telah dibuang serat dan telah hilang vitamin dan mineral semulajadinya.
Refined carbo sangat cepat ditukar menjadi gula dan jumlah yang berlebihan sudah tentu akan tersimpan sebagai lemak. Ini akan membawa kepada risiko obesiti dan juga penyakit kardiovaskular dalam jangka masa panjang.
Bagi yang sedang fokus untuk membakar lemak dan menguruskan berat badan haruslah memilih sumber karbohidrat, kuantiti dan waktu makan yang betul. Selain daripada itu, makanan berproses dan makanan segera juga perlulah dielakkan.
Dalam masa yang sama aktiviti senaman dengan cara yang betul juga adalah perlu bagi membantu proses pembakaran lemak secara keseluruhan.
Menariknya tentang minyak zaitun ini adalah ianya juga dikenali sebagai lemak paling sihat dengan kehadiran bahan semulajadi yang bersifat antioksida, anti-kanser dan anti-keradangan. Kajian menunjukkan pemakanan yang mengandungi minyak zaitun asli mampu merendahkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular.
Selain daripada itu, pengambilan cuka buah juga dikaitkan dengan proses menguruskan berat badan. Ianya dikategorikan sebagai minuman probiotik yang membantu mengawal selera makan dan gula dalam darah. Pastikan anda memilih cuka buah semulajadi dan mengandungi “mother”.
Harus diingat pengambilan cuka mestilah dibancuh air dan antara kaedah mengamalkan cuka buah adalah selepas makan.
Tidak hairanlah ada yang menjadikan minyak zaitun dan minuman cuka buah sebagai salah satu sinergi makanan fatburner dalam usaha membakar lemak dan menguruskan berat badan.
Fat Burner Semulajadi Olive House
Ianya terdiri daripada kombinasi 2 produk hebat iaitu:
- Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Plus 30x; 30 kali ganda khasiat berbanding minyak zaitun biasa.
- Cuka Tin (SCT) with ‘mother’; cuka buah semulajadi yang tidak perit.
Minyak Zaitun Olivie Plus 30x
Merupakan sumber lemak sihat iaitu kaya dengan MUFA (mono-unsaturated fatty acid) dan tinggi nilai polifenols seperti hydroxytyrosol, tyrosol dan oleuropein, Vitamin D&E serta mineral lain.
Membantu bekalkan tenaga dan beri rasa kenyang yang lebih lama di mana ia proses penting dalam usaha menguruskan berat badan.
Disamping membekalkan nutrisi penting kepada tubuh, ia juga mempunyai sifat anti-keradangan dan antioksida yang membantu melindungi dari seradangan radikal bebas dan keradangan yang menjadi punca pelbagai penyakit.
Cuka Tin bersama ‘mother’
Cuka semulajadi diperbuat dari buah tin dengan rasa dan bau yang lembut. Tidak tajam seperti cuka lain. Kandungan asid asetik yang rendah sesuai untuk detox dan dengan sifat ‘pro-biotic’ amat membantu membersihkan sistem penghadaman.
Gabungan yang baik antara minyak zaitun dan cuka dalam proses menguruskan berat badan dan detox secara semulajadi tanpa bahan terlarang.
Cara Penggunaan:
– Minyak zaitun – 1 sudu besar setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur
– Cuka tin – 1 sudu besar dibancuh segelas air. Diminum setiap kali lepas makan. Lakukan 2x sehari.9 Manfaat Minyak Kelapa Dara Kepada Kesihatan
Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara (virgin coconut oil) antara minyak yang digelar sebagai ‘superfoods‘ iaitu makanan yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.
Kombinasi asid lemak didalamnya dikatakan antara faktor bagaimana ia memberi manfaat kepada kesihatan seperti menguruskan berat badan, kesihatan jantung dan fungsi otak.
Jom ketahui 9 manfaatnya menurut kajian saintifik.
1. Rambut lebih sihat
Minyak kelapa boleh dijadikan minyak rambut. Ianya akan memberi seri ikal mayang kepada rambut dan mengurangkan kelemumur.
Ia juga boleh bertindak sebagai lapisan nipis yang melindungi rambut menjadi rosak akibat dari kesan sinaran cahaya matahari (UV).
2. Kulit Sihat
Penggunaan minyak kelapa dara pada kulit bukan lagi asing di kalangan masyarakat kita.
Terdapat kajian menunjukkan ia mampu memberi kelembapan kepada kulit dan membantu mengurangkan simptom ekzima (1,2).
Ianya juga sering dijadikan minyak untuk mengurangka kesan regangan pada kulit (stretch mark) bagi ibu mengandug.
3. Mengandungi Asid Lemak Sihat
Minyak kelapa dara baik untuk kesihatan tubuh kerana mengandungi asid lemak tepu (saturated fatty acid) yang terdiri daipada medium-chain triglycerides (MCTs).
Ia dapat meningkatkan sistem metabolisme tubuh untuk membakar lemak dan membekalkan tenaga kepada badan dan otak. Ianya juga mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) yang membantu kesihatan jantung.
Komposisi di dalam 1 sudu besar:
– 121 kalori
– 0 g protein
– 13.5 g lemak, di mana 11.2 g adalah lemak tepu
– 0 miligram (mg) kolesterolInya mengandungi vitamin E, tetapi tidak ada serat dan sedikit atau tidak ada vitamin atau mineral lain.
Ianya hampir 100% lemak, yang kebanyakannya adalah lemak tepu. Walau bagaimanapun, struktur lemaknya berbeza dengan struktur lemak tepu di dalam haiwan, yang kebanyakannya terdiri daripada asid lemak rantai panjang (long-chain triglycerides, LCT).
Oleh kerana ianya tinggi MCTs, ini lebih sukar bagi tubuh untuk menukar menjadi lemak tersimpan dan lebih mudah dibakar daripada LCT.
4. Membantu Proses Bakar Lemak (Fat Burning)
Rantain lemak (MCTs) boleh meningkatkan jumlah pembakaran kalori di dalam badan (3) berbanding long-chain fatty acids. Ini sebahagian mekanisma penting dalam membantu proses menurunkan berat badan.
Dalam satu kajian lain mendapati pengambilan sebanyak 15-30 gram minyak kelapa dara sehari meningkatkan penggunaan tenaga (4).
Lebih banyak kajian diperlukan dalam kumpulan yang besar bagi melihat keberkesanan dan kadar pengambilan yang lebih tepat.
Perlu juga kita berhati-hati di mana penagmbilan yang berlebihan juga boleh meningkatkan berat badan kerana kandungan kalori yang tinggi.
5. Mengurangkan Rasa Lapar
Badan akan memetabolismakan lemak dan menghasilkan keton di mana ia membantu mengurangkan selera makan (5). Ini menyebabkan sesorang kurang berasa lapar sepertimana satu kajian mendapati sekumpulan lelaki yang mengambil MCTs kurang mengambil kalori dalam sehari.
5. Meningkatkan Kolestrol Baik (HDL)
Minyak kelapa dara mengandungi lemak tepu semulajadi yang membantu meningkatkan lemak baik HDL di mana ia dikaitkan dengan peningkatan tahap metabolisma dan menurunkan risiko penyakit jantung. (6)
6. Memelihara Kesihatan Jantung
Oleh kerana minyak kelapa dara terkenal dengan kelebihan meningkatkan kolestrol baik (HDL) ianya secara langsung dikaitkan dengan manfaat memelihara kesihatan jantung.
7. Meningkatkan Fungsi Otak untuk Alzheimer
Nyanyuk dikalangan warga emas bukanlah perkara pelik. Alzheimer menyebabkan otak kurang cekap menggunakan glukosa dalam menghasilkan tenaga.
Kajian medapati MCT mampu meningkatkan fungsi otak di kalangan pesakit Alzheimer biasa. (7)
8. Membantu Kawal Stress
Minyak kelapa dara mengandungi sifat antioksidan. Dalam satu kajian (8) ia membantu mengurangkan stress akibat dari bersenam dan penyelidik percaya bahawa ianya juga dapat membantu situasi kemurungan.
9. Membantu Ibu Hamil
Minyak kelapa mampu membekalkan tenaga bagi ibu hamil. Selain itu juga, menjadi petua turun temurun di mana pengambilan minyak kelapa dara sebelum bersalin akan bertindak sebagai pelincir dan membantu mudah bersalin.
Ianya juga membantu pengeluaran susu ibu dan membantu melancarkan buang air besar selepas bersalin.
Kesimpulan Manfaat Minyak Kelapa Dara
Pengambilan minyak kelapa dara dalam kuantiti yang sesuai akan memberi banyak manfaat kepada kesihatan.
Garis Panduan Pemakanan Amerika 2015-2020 mengesyorkan mengehadkan pengambilan lemak tepu kurang dari 10% kalori sehari. Ini bermaksud seseorang yang mengikuti diet 2000 kalori setiap hari tidak boleh makan tidak lebih daripada 20 gram lemak tepu setiap hari.
Namun pengambilan yang berlebihan terutama mereka yang mempunyai kolestrol LDL tinggi perlu lebih berhat-hati kerana kandungan kalorinya yang tinggi mungkin memberi kesan sebaliknya.
7 Kelebihan Madu Asli Olive House
Setiap madu asli punyai ciri-ciri dan kelebihannya dari pelbagai aspek yang menjadikan sesuatu madu itu mempunyai keunikan tersendiri seperti mana Madu Asli Olive House ini.
Kelebihan Pertama – Seperti yang Disebut Dalam Al-Quran
Madu asli Olive House adalah berasal dari wilayah Chong Kemin, Kyrgyzstan. Daerah ini merupakan kawasan yang dipenuhi gunung ganang dan tidak ada sebarang pembangunan mahupun aktiviti industri. Di kawasan ini juga tumbuhnya pelbagai spesis bunga di mana di sinilah lebah-lebah menghisap sari untuk menghasilkan madu.
Jika kita rujuk ayat Al-Quran iaitu Surah An-Nahl ayat 68 dengan terjemahan seperti berikut:
وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ
Maksud: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Gunung-gunung disebut terlebih dahulu berbanding kawasan lain.
Kemudian dalam ayat ke-69:
ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Bunga-bungaan iaitu lebih dari satu jenis bunga; multifloral
Kaitan yang yang dinyatakan di atas adalah bertujuan berkongsi ilmu tentang bagaimana madu yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan menekankan ciri-ciri pemilihan madu asli Olive House.
Ianya tidak sama sekali menafikan kebaikan dan kelebihan madu lain kerana setiap madu mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri.
Kelebihan ke-2 – Madu Asli Olive House; ‘Raw Honey’, ‘Unfiltered’ dan ‘Un-Heated’.
Perlu kita ketahui terdapat dua jenis madu di mana yang membezakan mereka adalah dari segi bagaimana ianya diproses.
- Madu Asli – “Raw Honey”
- Madu Biasa – “Regular Honey”
Madu asli (raw honey) diperolehi secara terus dari sarang lebah di mana lebah yang mati dan ‘beeswax’ akan diasingkan. Kemudian ianya terus melalui proses pembungkusan atau pembotolan.
Manakala madu biasa akan melalui proses tambahan seperti penapisan (filter) dan pempasturan (heating). Proses ini dilakukan bagi meningkatkan jangka luput madu dan rasa yang lebih lembut akan tetapi proses seperti pempasturan dengan haba yang tinggi telah menyebabkan yis yang terdapat di dalam madu akan mati.
Madu yang tinggi nilai khasiat semestinya adalah dari jenis ‘raw honey, tidak dipanaskan (un-heated/un-pastueurized) dan tidak ditapis (unfiltered).
Kelebihan Ke-3 – Madu Asli Olive House; Sarat Nutrisi Semulajadi
Seperti mana dinyatakan bahawa madu asli pergunungan Kyrgyztsan Olive House ini dihasilkan oleh lebah yang menghisap sari dari pelbagai spesis bunga. Oleh kerana labah-lebah ini menghisap sari lebih dari satu jenis bunga, ianya sudah tentu membekalkan kepelbagaian nutrien, enzim, antioksida dan pelbagai zat semulajadi.
Menurut laman healthline.com, secara umumnya kandungan yang terdapat dalam madu asli (‘raw honey’) adalah berbeza dengan madu biasa. Ia mempunyai kira-kira 22 asid amino, 31 mineral yang berbeza dan pelbagai vitamin dan enzim walaupun dalam jumlah yang sedikit. (1,2,3).
Selain dari itu, madu asli juga mengandungi lebih daripada 30 jenis sebatian bioaktif timbuhan seperti polifenols yang mana ianya betindak sebagai antioksidan. (4,5,6)
Banyak juga kajian telah yang menghubungkan antioksidan ini dengan manfaat yang sangat baik kepada kesihatan, termasuk mengurangkan keradangan anti-infalmmation) dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser tertentu. (7,8,9)
Kelebihan Ke-4 – Madu dari Persekitaran Segar & Bebas Dari Pencemaran
Jika dilihat kawasan persekitaran di mana madu ini dihasilkan, ianya adalah kawasan yang tidak ada bangunan tinggi, tiada kawasan industri malah tidak ada kesesakan lalulintas; tiada pencemaran. Dengan persekitaran yang segar, bergunung-ganang dan penuh dengan pelbagai jenis bunga, kualiti madu yang dihasilkan juga dikatakan segar dan bebas dari element pencemaran.
Kelebihan Ke-5 – Rasa, Warna dan Tekstur Istimewa
Madu asli Kyrgyzstan Olive House mempunyai penampilan berbeza terutama pada teksturnya, kepelbagaian warna dan rasanya. Bagi mereka yang tidak biasa atau kurang berpengetahuan tentang madu asli meluahkan rasa keliru akan mendapan yang terkandung dalam botol madu.
Mendapan ini bukanlah gula tambahan seperti yang didakwa sesetengah pihak kerana ianya merupakan “granul” yang terhasil melalui proses pengkritalan kesan daripada perbezaan cuaca, suhu dan kandungan air yang rendah.
Warna yang tidak konsisten juga merupakan salah satu ciri madu asli kerana bergantung kepada beberapa faktor seperti cuaca dan tempat lebah menghisap sari. Ini kerana, pengumpulan madu ini dilakukan secara nomad dengan berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan dalam tempoh tertentu kerana ingin medapatkan sari dari bunga yang segar.
Kelebihan Ke-6 – Memenangi Pingat Emas Anugerah ‘World Bee-Keeping Award‘
Pengusaha madu di Kyrgystan ini merupakan kumpulan yang berpengalaman luas dalam perusahaan madu asli. Mereka telah memenangi pingat emas dalam acara ‘World Bee-Keeping Award’ pada tahun 2015 dan 2017. Ini merupakan anugerah bertaraf antarbangsa sebagai pengiktiranfan kepada perusahaan mereka dari segi kaedah dan kualiti madu yang dihasilkan.
Kelebihan Ke-7 – Diiktiraf Auntentik & MESTI oleh KKM
Dengan ciri-ciri keaslian seperti yang digambarkan mungkin belum cukup untuk meyakinkan bahawa ianya adalah madu yang betul-betul asli dari.
Ini kerana di dalam pasaran, terdapat media melaporkan lebih 80% madu dalam pasaran adalah tidak asli dan telah bercampur. Ini mungkin kerada pelbagai proses yang lakukan serta pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan semata-mata yang mencampurkan madu dengan bahan lain seperti gula.
Madu asli mempunyai rasa dan bau khas seakan-akan tumbuhan dan bunga, manakala madu tiruan berbau air gula dan tengik serta rasanya terlampau manis.
Madu tiruan juga warnanya lebih lutsinar dan jelas tidak seperti madu asli yang lebih keruh sebab mengandungi bahan-bahan aktif.
Justeru pihak Olive House telah mengambil inisiatif untuk madu ini diperiksa dan diuji oleh pihak KKM di mana hasilnya mendapati madu asli Kyrgyzstan Olive House ini layak mendapat pensijilan Autentik & MESTI oleh KKM. Jadi anda tidak perlu ragu akan keasliannya dan amalkanlah madu asli Kyrgyzstan Olive House ini dengan yakin.
Kesimpulan Kelebihan Madu Asli Olive House
Seperti mana kita ketahui bahawa manfaat madu asli kepada kesihatan amat banyak sehingga disebut sebagai salah satu penawar kepada banyak penyakit. Sumber dan keaslian madu amat penting sekiranya kita ingin jadikan amalan harian atau tujuan perawatan.
Setiap madu mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Madu Asli Kyrgyzstan Olive House dengan sumber yang terpilih serta keaslian yang terjamin sudah tentu akan berikan anda pengalaman berbeza dengan keunikannya.
Khasiat Jus Delima dan Perbezaan Antara Pati Dan Jus Delima Olive House
Keunikan, Kebaikan & Khasiat Delima
Bagi penggemar delima, pasti sudah ketahui akan khasiat buah dan jus delima. Bagi mereka yang belum pernah minum jus delima, artikel ini mungkin menarik minat anda setelah mengetahui betapa banyaknya manfaat dari jus delima asli.
Jus delima dikatakan mengandungi lebih 100 phytochemicals semulajadi dan apa yang mengejutkan, ada yang menjadikan delima sebagai remedi untuk perubatan sejak beribu tahun dahulu.
Apakah Manfaat Mengamalkan Jus Delima?
Antara kebaikan dan khasiat jus delima yang dipetik dari laman Medical News Today adalah:
- Mengandungi anitoksida yang dapat membantu mengawal radikal bebas, melindungi sel dari kerosakan, dan mengurangkan keradangan yang menjadi punca peyakit.
- Vitamin C Jus dari sebiji buah delima dianggarkan mempunyai lebih daripada 40 peratus keperluan vitamin C harian kita.
- Mengurangkan Risiko Kanser. Terdapat kajian awal yang menunjukan ianya membantu merencatkan pertumbuhan sel kanser prostat.
”Perbezaan Antara Jus Delima dan Pati Delima Olive House
Perbezaan yang ketara antara pati delima dan jus delima Olive House ialah tahap khasiat dalamnya.
Antioksida yang merupakan salah satu khasiat pati delima telah berkurangan sedikit berbanding Jus Delima. Ini terjadi hasil daripada kerana kesan dari proses evaporation. Ianya merupakan jus delima yang direbus menjadi pekat, 100% organik tanpa sebarang perasa, gula, dan warna tambahan. Process ini bagi menjadikan Jus delima tersebut lalu menjadikan ia lebih pekat dan menjadi pati.
Walau bagaimanapun, pati delima masih lagi tetap baik dan berkhasiat untuk diamalkan. Pengambilan bergantung kepada keperluan badan seseorang.
Di sisi lain, pati delima mempunyai kadar Potassium yang lebih tinggi berbanding jus delima. Proses penyejatan akan melikatkan lagi nilai potassium didalam Pati Delima. Khasiat Pati Delima ini menjadikan ianya diminati sesetengah pengamal Permakanan Qurani.
Antioksida (Punicalagin) ada banyak dalam Pati Delima berbanding Jus Delima. Khasiat Pati Delima ini bertindak sebagai antikeradangan dan membantu merawat sengal-sengal di badan, sakit pinggang, lutut dan sebagainya. Khasiat Pati Delima ini juga menjadikannya sebagai antibiotik organik atau semula jadi yakni ketahanan tubuh badan yang sangat baik.
Khasiat Jus Delima
Jus delima organik yang tidak ditapis dengan menggunakan teknologi ‘direct extraction’ bagi mengelakkan penapisan tambahan dan meminimumkan kesan pempasturan. Ini menjadikannya kaya dengan kandungan vitamin dan mikro elemen serta memberikan rasa masam semulajadi.
Sangat kaya dengan kandungan tannin asid yang baik untuk merawat cirit-birit (diarrhea) dan membantu menyembuhkan sakit tekak serta stomatitis (keradangan membran mukus di dalam mulut).
Jus delima organik juga mempunyai 15 asid amino yang terdiri daripada 6 asid amino penting yang tidak dihasilkan oleh badan.
Khasiat Pati Delima
Kaya dengan potassium yang memberi kesan positif kepada jantung dan sistem kardiovaskular.
Pati delima juga membantu meningkatkan jumlah hemoglobin di dalam darah. Disyorkan bagi mereka yang menghidap anemia, darah tinggi, dan mengalami masalah pada sistem urinary.
Mana yang Bagus untuk Diamalkan?
Bergantung kepada keperluan individu dan bagaimana keserasian pengguna antara jus ataupun pati delima. Kedua duanya menjanjikan khasiat semulajadi yang tinggi. Jus disarankan untuk diminum terus tanpa mencampurkan air, sukatan umum adalah 1/3 cawan sekali ambilan. Manakala pati delima pula disarankan untuk dibancuh air. 1~2 sudu besar dibancuh bersama 200ml air.
Pesanan Penting Dalam Penjagaan Jus dan Pati Delima
Kedua-dua jus dan pati delima telah melalui proses pasteurization. Setelah penutup botol dibuka, jus dan pati delima akan terdedah kepada udara dan oleh kerana ianya tidak mempunyai sebarang pengawet, ianya haruslah disimpan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan ianya rosak dan memelihara khasiat jus dan pati delima.
Jom Baca Antara Pengalaman Pengguna Yang Mengamalkan Pati Delima dan Jus Delima.
Penafian: Penafian ini adalah bagi menyatakan bahawa hasil pengambilan makanan ini bagi setiap individu adalah berbeza. Amalkan secara konsisten dan pelihara aspek keseimbangan gaya hidup.