was successfully added to your cart.
Category

Madu Gunung Kyrgyzstan

Penkek Oat Pisang Sarapan Berkhasiat Seisi Keluarga

By | Madu Gunung Kyrgyzstan, Resepi Aafiyat | No Comments

Penkek Oat Pisang Bersama Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan

Menyediakan sarapan boleh menjadi suatu perkara yang menyeronokkan apabila kita punyai idea dan masa yang mencukupi untuk sediakannya. Ianya lagi bermakna apabila kita dapat sediakan makanan yang berkhasiat buat seisi keluarga.

Nasi lemak, roti, kuih-muih tempatan sering dikaitkan dengan karbohidrat ringkas yang memberi kesan tidak baik kepada kesihatan untuk jangkamasa panjang. Kerana penggunaan bahan seperti beras putih biasa dan tepung putih biasa tidak mempunyai serat yang akhirnya menjadikan karbohidrat yang kita makan cepat ditukarkan menjadi gula yang berlebihan di dalam badan.

Makanan biasa harian kita bukanlah tidak baik, tetapi kita perlu melihat jenis bahan-bahan yang digunakan agar ianya mempunyai nutrisi yang baik lengkap berserat.

Di hari minggu anda boleh cuba resepi penkek oat pisang untuk dijadikan salah satu menu berkhasiat untuk persediaan anak-anak ke sekolah.

Bahan-bahan:
• 2 biji pisang
• 1/3 mangkuk oat organik
• 2 biji telur ayam kampung
• 1/2 sudu baking powder
• Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan Olive House

Cara penyediaan:
• kisarkan pisang, oat, telur dan baking powder

Dengan menggunakan non-stick pan;
• renjiskan minyak masak
• tuangkan adunan bentuk bulat
• Sediakan 6 keping penkek
• Ratakan madu di atas penkek
• Adunkan dengan buah-buahan

Sedia untuk dimakan.
Ianya satu hidangan yang sarat dengan nutrisi dan boleh jadikan sarapaan seisi keluarga.

Selamat mencuba.

#resepiaafiyat

Lihat Madu Asli Kyrgyzstan