was successfully added to your cart.

Cart

Cuka Epal, Cuka Kurma & Cuka Tin – Khasiat Cuka Kepada Kesihatan

Amalan meminum cuka seakan satu topik kontroversi kerana ada yang mengatakan ianya memberi manfaat dan ada juga sebaliknya. Di dalam pasaran pula terdapat pelbagai jenis cuka seperti cuka epal, cuka delima, cuka kurma, cuka tin dan cuka buatan (berwarna jernih). Sewajarnya kita mencari info yang tepat dan sahih bagi memastikan apa yang kita amalkan benar-benar memberi manfaat.

Penggunaan cuka dalam masakan oleh masyarakat kita bukanlah perkara asing terutama dalam membuat acar timun dan masakan lain. Namun amalan meminum cuka mungkin ada yang belum pernah mendengarnya. Selain dari dijadikan bahan dalam menu masakan, cuka juga boleh diminum tetapi haruslah cuka yang semulajadi bukan dari bahan kimia dan mestilah dibancuh air sebelum diminum.

Terdapat juga hadis yang mengaitkan tentang amalan cuka. Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah;

Ertinya: Bahawa Nabi Muhammad SAW bertanyakan ahli keluarganya tentang hidangan lauk, lalu mereka menjawab, “Kita tidak mempunyai apa-apa pun melainkan cuka. Baginda meminta cuka dibawa, memakannya sambil bersabda, ‘Sebaik-baik hidangan ialah cuka. Sebaik-baik hidangan ialah cuka”

Antara khasiat cuka kepada kesihatan seperti yang diterangkan menerusi kitab Al – Quranfit Tibb (Ibnu Sina) & At-thib An Nabawi (ibnu qoiyyim) adalah:

  • Membantu masalah rahim
  • Membantu merendahkan kadar gula dalam darah
  • Membantu membuang darah kotor
  • Membantu menurunkan tahap kolestrol jahat (LDL)
  • Melancarkan pergerakan usus
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Membantu masalah kerongkong,kahak & batuk yang berpanjangan
  • Memelihara & mencantikkan kulit
  • Mengimbang asid alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam
  • Membersihkan hempedu dari lemak
  • Melancarkan pengeluaran susu ibu
  • Mencegah keracunan dari ubat yang pelbagai

Cuka dihasilkan melalui dua proses ringkas iaitu pembentukan alkohol (etanol) kemudian ditukar kepada asid asetik. Cuka semulajadi bermula daripada perapan buah manakala cuka buatan menggunakan bahan dari penyulingan bahan kimia.

Cuka dikatakan mampu memberi kesan baik kepada kesihatan yang apabila digunakan degan betul kerana ia mengandungi pelbagai jenis polifenol, mikronutrien dan sebatian bioaktif lain yang menyumbang kepada kesan farmakologi.

Sari Cuka Tin

Berbanding cuka epal, sari cuka tin mempunyai kelebihannya tersendiri. Ianya diperbuat daripada buah tin yang segar, ditanam secara organik dan diperah kemudian dibiarkan matang di dalam tong kayu oak bagi bertujuan untuk menggalakkan kualiti peragian semulajadi.

Apabila telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil “mother” dimana kelihatan jelas seperti hampas atau keladak di bawah botol. ‘Mother’ adalah jaringan protein, enzim dan bakteria baik yang menjadikan cuka kelihatan keruh.

Sari cuka tin ini kaya dengan potassium, di mana ramai di antara kita kurang mineral serta menyebabkan gangguan pada hari tua. Jika mineral bernama kalsium menguatkan bahagian keras seperti tulang manakala potassium pula berfungsi untuk bahagian lembut seperti mengawal fungsi urat saraf dan otot. Buah tin yang segar dipilih untuk membuat sari cuka tin. Sudah tentu buah tin yang segar dan organik kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi yang diperlukan tubuh setiap hari.

Selain mempunyai ciri cuka buah semulajadi dan mengandungi ‘mother’, sari cuka tin juga mempunyai bau dan rasa yang lebih lembut berbanding cuka epal. Khasiatnya dikatakan 4-6 kali ganda cuka epal dari segi kandungan mineralnya

Bagi yang tidak boleh menerima cuka epal, mungkin boleh mencuba cuka tin ini. Mulakan dengan kuantiti sedikit atau bancuhan yang nipis sahaja selepas makan.

Cara Pengamalan Sari Cuka Tin

Terlebih dahulu harus diingat bahawa pengambilan cuka sebagai minuman mestilah dibancuh air. Sesetengah individu mempunyai daya toleransi yang tinggi untuk diambil sebelum makan. Bagi mereka yang mempunyai masalah perut sensitif seperti gastrik dan sebagainya boleh boleh campurkan sedikit madu asli dan pati delima, diamalkan selepas makan.

Secara umumnya bancuhan yang disarankan adalah:

Masukkan 1 sudu besar sari cuka tin ke dalam segelas air kosong (200ml) diminum selepas makan. Saranan pengambilan dalam sehari adalah 2 kali sahaja.

Sekiranya seseorang itu mengamalkan pengambilan minyak zaitun, bancuhan ini boleh diminum sebaik selepas memakan minyak zaitun. Pengambilan minyak zaitun dan bersama cuka tin dikatakan gabungan yang baik untuk kesihatan. Ini juga bersempena dengan satu surah di dalam Al-Quran yang menyebut jelas akan dua buah hebat ini iaitu:

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ
Demi buah Tiin dan Zaitun (Surah At-Tin, Ayat 1)

Selain dari itu, boleh gantikan cuka buatan yang digunakan selama ini kepada cuka tin untuk dijadikan bahan dalam masakan. Hidangan paling ringkas adalah dijadikan bahan salad dressing bersama minyak zaitun dan perahan lemon.

Antara perkara yang popular tentang cuka ialah ianya dikatakan dapat mengawal selera makan justeru membantu sesorang dalam proses pengurusan berat badan. Dengan khasiat yang ada pada minyak zaitun, sekiranya diambil bersama cuka tin ia boleh jadi sinergi terbaik dalam proses membakar lemak (fatburning).

Selain dari itu, pengambilan cuka sebelum tidur juga dikaitkan dengan mampu membantu menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

Jelas bahawa pengambilan cuka mampu memberi manfaat kepada kesihatan. Gunakan cuka dari sumber semulajadi seperti cuka tin yang tinggi khasiatnya serta mempunyai ‘mother’, bukan dari cuka buatan hasil dari bahan kimia. Pastikan pengambilan cuka dibancuh dengan air sebelum diminum.

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.