was successfully added to your cart.

Cart

Khasiat Madu Asli dan Lemon – Apakah Benar-Benar Bermanfaat?

By August 28, 2019 Madu Gunung Kyrgyzstan

Terdapat banyak minuman dalam pasaran yang menggunakan madu asli dan lemon sebagai perasa dan ada juga yang menjadikannya sebagai ubat.

Adakah hanya disebabkan campuran ini memberikan rasa masam dan manis samata atau terdapat manfaatnya kepada kesihatan ? Ketahui lebih lanjut melalui info berikut.

Madu merupakan cecair manisan yang dihasilkan oleh lebah hasil dari sari-sari yang dihisap dari bunga. Ianya dijadikan pemanis semulajadi dalam minuman dan juga dijadikan bahan dalam merawat sesuatu penyakit seperti keracunan makanan, merawat luka dan kulit melecur.

Lemon adalah buah yang berasa masam yang mengandungi tinggi nilai vitamin C dan lain-lain khasiat semulajadi. Penggunaannya tidak terhad kepada jus sahaja tetapi kulit dan isinya juga sering digunakan dalam makanan.

Menjadi satu kepercayaan turun-temurun bahawa campuran madu asli dan lemon ini mampu membantu sesuatu masalah seperti sembelit, jerawat dan keracunan makanan. Namun begitu, tidak semua kepercayaan tentang kesan campuran madu asli dan lemon ini disahkan melalui kajian sains.

 

Fakta Khasiat Madu Asli

Madu merupakan sejenis makanan yang telah digunakan sejak berzaman samada sebagai makanan harian mahupun sebagai ubat.

Ianya juga sering digunakan sebagai pengganti gula putih, bahan membuat kek, minuman segera dan merawat sesetengah jenis penyakit.

Bagi golongan muslim, kepercayaan akan khasiat madu sebagai bahan yang sangat hebat dan diagungkan kerana ianya telah disebut jelas di dalam Al-Quran, Surah Muhammad-Ayat 15 yang bermaksud:

“Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!”

Manakala banyak juga kajian para saintis yang menjumpai akan kehebatan khasiat madu asli serta menjadikan kandungan Al-Quran sebagai rujukan. Antara manfaat madu asli adalah:

Fakta Khasiat Buah Lemon

Lemon merupakan buah yang sangat popular sebagai bahan dalam minuman dan masakan. Malah ada yang menggunakan sebagai perawatan dan kecantikan kulit.

Dari segi kajian tentang khasiat lemon mendapati ia mengandungi vitamin C, vitamin B dan juga potassium. Bahan-bahan ini memainkan peranan penting kepada fungsi tubuh kita. Antara manfaat buah lemon adalah:

 

Minuman Campuran Madu Asli & Lemon

Merujuk akan khasiat dan bahan-bahan yang terkandung dalam madu asli dan lemon secara langusng memberitahu bahawa jika kedua-duanya dicampurkan mampu memberi manfaat yang baik.

Namun mengambilnya dalam bentuk semulajadi tanpa bahan pengawet atau gula tambahan menjanjikan khasiat terbaik. Sediakan campuran ini sebaik ingin menikmatinya akan memberi lebih kesegaran kepada anda.

Ianya dikatakan mampu membantu proses menurunkan berat badan. Menjadi bahan semulajadi untuk atasi demam selsema kerana ianya membantu menguatkan daya ketahanan badan. Bancuhan ini juga sering digunakan untuk melegakan batuk.

Antara khasiat madu asli dan lemon selain dari yang dikongsikan di atas adalah:

  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Mengatasi bau mulut
  • Menjaga kesihatan kulit sihat
  • Bersifat anti-bakteria bertindak melindungi diri dari penyakit
  • Memelihara dari risiko penyakit kanser dan jantung
  • Membekalkan tenaga segera
  • Mengelakkan ulser mulut
  • Membersihkan saluran kencing

Sebenarnya banyak lagi khasiat campuran madu asli dan lemon ini walaupun tidak banyak kajian sains yang dilakukan, namun khasiat setiap satu makanan ini sudah cukup memberitahu bahawa ianya banyak memberi manfaat kepada kesihatan sekiranya diambil secara konsisten dan dari sumber semulajadi.

Cara penyediaannya sangatlah mudah. Ambilkan segelas air suam, masukkan 2 sudu teh madu. Kacau lawan arah jam. Perahkan 2 hiris lemon. Dan masukkan hirisan lemon tersebut. Lagi sedap jika ditambah 3 helai daun pudina. Cubalah!

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.