was successfully added to your cart.

Cart

Khasiat Minyak Zaitun Untuk Wajah Anggun dan Awet Muda Semulajadi

Setiap insan yang bergelar wanita pasti amat mementingkan penampilan terutama pada wajah. Permintaan dan pengeluaran produk-produk kosmetik menunjukkan peningkatan tahun demi tahun. Namun masih ramai di luar sana yang belum mengetahui cara semulajadi iaitu khasiat minyak zaitun untuk wajah adalah sangat baik malah membantu kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Apakah itu Minyak Zaitun?

Minyak zaitun adalah minyak hasil perahan dari buah zaitun dengan melalui beberapa peringkat dalam proses penghasilannya. Terdapat lima jenis minyak zaitun di mana yang membezakan kualiti dan khasiat setiap jenis tersebut adalah cara dan kaedah ianya dihasilkan.

Extra Virgin Olive Oil yang ‘unfiltered’ merupakan antara jenis yang disarankan untuk dimakan sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat mideterranean. Ini kerana ianya merupakan pati yang tidak melalui proses penyulingan (filtering) yang menjadikan ia minyak paling sihat di atas muka bumi.

Komposisi Extra Virgin Olive Oil terdiri daripada lemak mono-tidak tepu (mono unsaturated fats-MUFA) yang tinggi. Banyak kajian menunjukkan MUFA ini mampu menyumbang kepada kesihatan.

Fungsi dan Khasiat Minyak Zaitun Untuk Wajah

Minyak zaitun juga dikenali dengan minyak yang menagandungi tinggi nilai polifenols yang bersifat Antioksida. Ini merupakan kompaun penting untuk memelihara kesihatan kulit dan menjadikan khasiat minyak zaitun untuk wajah amat baik bagi membantu awet muda secara semulajadi.

Di dalam minyak zaitun juga terdapat kompaun yang bernama squalene. Ianya pecahan dari lemak di dalam minyak zaitun yang membantu kelembapan kulit. Jadi ianya amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering.

Di dalam minyak zaitun juga terdapat kompaun omega-3 yang terkenal dengan sifat antikeradangan. Pengambilan minyak zaitun boleh membantu penjagaan kulit dari kerosakan akibat keradangan yang berlaku.

Khasiat minyak zaitun untuk wajah terserlah di mana banyak produk-produk kosmetik yang menjadikan salah satu bahan penting dalam formulasi sesuatu produk.

Tips Kulit Lembap dan Licin Dengan Minyak Zaitun

Pasti ada yang bertanya bagaimana untuk punyai wajah bersih, mengekalkan kelembapan kulit dan awet muda semulajadi dengan minyak zaitun.

Pertama sekali mesti kita fahami bahawa pemakanan harian kita akan mempengaruhi kesihatan kulit dan wajah. Kerana kulit adalah salah satu organ yang menunjukkan simptom tertentu jika seseorang mengalami masalah kesihatan.

Amalkan memakan minyak zaitun extra virgin 2 sudu sehari pada waktu perut kosong pagi dan malam sebelum tidur.

Disamping itu juga boleh ambil sedikit minyak zaitun tersebut dan dijadikan masker di muka sebelum tidur. Boleh juga disapukan nipis pada bahagian bermasalah seperti kawasan kulit kering atau eczema.

Bilas wajah anda setelah bangun tidur pada keesokan harinya. Untuk melihat kesan hasil dari khasiat minyak zaitun untuk wajah ini, setiap individu akan lalui fasa dan tempoh yang berbeza. Bergantung kepada faktor kesihatan semasa dan juga faktor lain seperti pemakanan harian dan penjagaan kebersihan kulit itu sendiri.

Selain dari itu, minyak zaitun juga boleh dijadikan pelembap bibir. Sapukan nipis pada bibir dan ia memberikan bibir anda kelihatan lembap secara semulajadi dan tidak berminyak.

Minimumkan penggunaan produk kosmetik yang berasaskan formulasi bahan kimia dalam jangka waktu yang panjang. Ini kerana bahan-bahan tersebut boleh mempengaruhi kesihatan kulit anda.

Pastikan anda memilih minyak zaitun extra virgin yang punyai tinggi nilai antioksida & unfiltered. Antioksida yang dimaksudkan adalah hdyroxytyrosol dan Tyrosol yang hanya terdapat dalam minyak zaitun sahaja.

Rujukan:
https://www.mapsofindia.com/my-india/india/18-benefits-of-using-olive-oil-for-skin-health-and-hair#
https://www.healthline.com/health/olive-oil-benefits-face

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.