fbpx

Kebaikan Minyak Zaitun Pada Kulit

Kebaikan minyak zaitun pada kulit

Kebaikan minyak zaitun pada kulit terutama untuk wanita bukan lagi rahsia. Ia bukan sahaja boleh dijadikan dalam makanan malah boleh diamalkan dalam penjagaan kulit terutama bahagian wajah.

Khasiat minyak zaitun pada kulit boleh dibaca dalam artikel sebelum ini.

Minyak Zaitun sebagai Penanggal Kosmetik

Biasanya kaum wanita akan memakai bedak asas (foundation), BB atau CC cream sebelum keluar dari rumah. Apabila ada majlis penting, kosmetik yang digunakan akan lebih seperti gincu dan eye liner. Semua ini perlu ditanggalkan dari wajah dengan bersih sebaik sahaja tiba di rumah. Jangan tidur terus dengan kosmetik pada wajah ya!

Minyak zaitun dapat digunakan untuk menanggalkan substance untuk kosmetik di bahagian mata. Penggunaan minyak zaitun dapat menanggalkan makeup bahagian mata dengan lebih cepat dan mudah.
Bahagian mata kita ni lembut dan perlu dilap dengan berhati-hati.

Kebaikan minyak zaitun pada kulit
Minyak Zaitun Extra Virgin menjadi pilihan untuk menanggalkan kosmetik pada wajah

Cara penggunaan ialah titiskan beberapa titik minyak zaitun ke atas kapas dan lap dengan perlahan-lahan sehingga semua kosmetik tertanggal. Cuci muka dengan pencuci muka selepas itu seperti biasa.

Kegunaan Minyak Zaitun Pada Kulit Sebagai Masker

Bagi kebanyakan wanita yang bekerja didalam pejabat, terdedah dengan kotoran sewaktu dalam perjalanan dan seterusnya seharian didalam udara pendingin hawa boleh mengeringkan kulit. Boleh cuba kebaikan minyak zaitun pada kulit yang kedua ini iaitu sebagai mask atau masker.

Campurkan 1 sudu minyak zaitun bersama-sama 1 biji telur putih, 1 madu ataupun 1 setengah sudu oat. Gaulkan dan sapu rata pada wajah.
Puan-Puan juga boleh dapatkan kertas mask yang dijual di farmasi dan letakkan kertas tersebut diatas mask pada wajah. Biarkan pada wajah selama 30 minit.

Kebaikan minyak zaitun pada kulit
Kombinasi minyak zaitun, oat, madu dan juga putih telur sebagai masker wajah sangat menyegarkan!

Penggunaan masker dapat membantu melembutkan kulit wajah dan dalam masa yang sama menanggalkan kulit mati pada wajah yang menjadikan wajah segar dan kekal segar menjalani hari.

Rawatan untuk Kedutan

Dalam usia tiga puluhan, kebanyakan daripada kita mula mengalami penuaan. Ianya alami dan menyeronokkan.
Ia tidak dapat diberhentikan namun dapat diperlahankan. Jom kita gunakan kebaikan minyak zaitun pada kulit iaitu bahan antioksidan yang dapat mengurangkan kedutan dan memperlahan proses penuaan.

Kebaikan minyak zaitun pada kulit
Eye bag dibahagian bawah mata

Hanya sapukan titisan minyak zaitun pada bahagian mata . Terutama ibu-ibu yang risaukan eyebag pada mata kerana menjaga anak kecil diwaktu malam, inilah talian hayat kita!

Lingkaran gelap bawah mata dapat dikurangkan dengan bantuan minyak zaitun

Namun begitu, lingkaran gelap bawah mata boleh jadi berlaku berikutan kurang tidur, tekanan yang dihadapi serta makanan yang diambil. Cara hidup yang sihat amat penting ya untuk kita semua dan supaya kebaikan minyak zaitun pada kulit ini dapat lebih dirasai.

Rawatan Parut Pada Kulit

Masa kita kecil-kecil dulu kan ada parut terjatuh basikal dan macam-macam lagi aktiviti kita dahulu. Bagi ibu lepas bersalin secara caesarian parut lepas melahirkan anak akan meninggalkan kesan sehingga ke akhir hayat.

Minyak zaitun turut sesuai digunakan untuk membantu mengurangkan parut dikawasan tersebut. Campurkan minyak zaitun dengan beberapa titisan lemon untuk merawat kawasan yang hyperpigmentation tersebut. Ini kerana kulit akan menjadi lebih gelap apabila berlaku luka dikawasan tersebut.

Bagi ibu hamil, boleh amalkan sapuan minyak zaitun pada bahagian perut untuk membantu mengurangkan stretchmark. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kesan yang berbeza terhadap ibu hamil yang berbeza. Namun tidak salah untuk ibu mencubanya ya!
Vitamin dan antioksidan dalam minyak zaitun dapat membantu sel kulit untuk terhasil dan memudarkan warna pada bahagian parut tersebut.

Khasiat Minyak Zaitun untuk Ibu Hamil

Ibu hamil juga sering rasa gatal pada bahagian perut berikutan regangan yang berlaku. Sapuan minyak zaitun dapat membantu ibu melembapkan kawasan kulit perut sekaligus mengurangkan kegatalan.

Berhati-hati dengan Penggunaan Minyak Zaitun Pada Kulit

Kebaikan minyak zaitun pada kulit

Ada kemungkinan eczema boleh berlaku terutama bagi anak kecil yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai eczema. Ianya bergantung kepada bayi kerana ramai juga yang dapat merawat eczema anak mereka dengan pengamalan minyak zaitun. Ibu cuma dahulu di bahagian selain kulit wajah ya.

Sapu Lebihan Minyak Zaitun
Apabila menggunakan minyak zaitun sebagai rawatan wajah, sapu lebihan minyak dengan kapas kerana ia boleh menyebabkan liang roma tersumbat (clogged pores).
Berhati-hati dengan Minyak Zaitun Kualiti Rendah

Bukan sebarangan minyak zaitun boleh kita gunakan. Dalam artikel minyak zaitun asli ini ada kami kongsikan bagaimana nak bezakan jenis-jenis minyak zaitun di pasaran.

Minyak zaitun dengan kualiti yang rendah akan mempunyai bahan tambahan dan bahan kimia yang boleh menyakitkan dan merosakkan kulit. Bahaya kan!

Olive House mempunyai rangkaian produk yang dipercayai sejak 2007 di Malaysia malah Asal Usul Olivie Plus 30X Minyak Zaitun Olivie Plus 30x dihasilkan sejak tahun 1887 oleh Syarikat Atlas Olive Oils yang terletak di El-Borouj.

Kami pasti rakyat Malaysia cukup bijak untuk menilai produk dan pilihan yang baik untuk tubuh badan kita sekeluarga.

 

Comments

5 responses to “Kebaikan Minyak Zaitun Pada Kulit”

  1. Anuar Avatar

    Perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih.

  2. Ina Avatar
    Ina

    Minyak zaitun extra virgin tu boleh ke wat masak atau wat makan. Saya da.beli saya buat sapu kat muka je

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Extra Virgin kita tak saran untuk gunakan dalam masakan, sebaliknya jika nak guna dalam makanan, masukkan selepas dimasak dan sebaik sebelum makan. Ini kerana nak elak pendedahan kepada haba yang boleh kurangkan khasiatnya. Jika untuk memasak, lebih baik gunakan minyak sawit.

      Extra virgin memang bagus untuk dimakan dan disapu pada kulit. Tetapi kena pastikan yang betul-betul asli kerana dalam pasaran pun ada yang telah bercampur walau dilabel extra virgin.

  3. MasAyu Mohd Yusof Avatar
    MasAyu Mohd Yusof

    Mcm mane Kita nak bezakan yg asli dgn yg tiruan

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Pilih dari pembekal yang dipercayai, yang ada pensijilan yang telus seperti USDA Organik, Organik KKM.