fbpx

Minyak Zaitun Asli – Khasiat Minyak Zaitun Pada Kulit

Khasiat Minyak Zaitun pada Kulit

Minyak Zaitun Asli – Khasiat Minyak Zaitun pada Kulit

Rata-rata hari ini hampir kebanyakan rumah di Malaysia mempunyai minyak zaitun. Ianya berikutan kesedaran yang semakin wujud tentang khasiat minyak zaitun pada kulit dan turut harus dijadikan sebagai hidangan dalam makanan sekurang-kurangnya sehari sekali. Minyak zaitun Olivie30x sering diambil oleh individu yang sedang berikhtiar untuk sembuh dari kesakitan yang sedang dialami. Benarlah mencegah lebih baik dari merawat dan minyak zaitun ini seeloknya diamalkan bermula dari tubuh badan kita masih sihat lagi.

 

Minyak Zaitun di Pasaran Banyak yang Tidak Asli

Pada tahun 2016, sebuah jenama minyak zaitun asli iaitu Lidl and Bertolli didenda sebanyak €550,000 (lebih kurang RM 2,581,611) berikutan pengeliruan status ‘extra virgin olive oil’ ataupun minyak zaitun ekstra virgin pada produknya. Apakah itu minyak zaitun asli dan segalanya tentang proses penghasilan minyak zaitun boleh dibaca di artikel ini.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah ‘misleading’ dalam penglabelan dimana sebuah syarikat Spanish Deoleo turut didenda €300,000 (lebih kurang RM1,408,151.50) selepas didapati minyak zaitun yang mereka pasarkan ialah jenis minyak zaitun ‘virgin’ dan bukanlah minyak zaitun ‘extra virgin’ seperti yang dilabelkan.

Siasatan mengenai status kualiti penjualan minyak zaitun ‘extra virgin’ dilakukan di Itali bermula sejak tahun 2015. Daripada 20 jenama yang dihasilkan oleh jenama besar di dunia yang menjual minyak zaitun ‘extra virgin’ ini, 9 daripadanya tidak memenuhi kriteria sebagai minyak zaitun ‘extra virgin’.

Apabila kita mencari minyak zaitun asli sebagai pelengkap diet harian kita, minyak zaitun ‘extra virgin’ adalah yang paling elok digunakan dan amat bernilai untuk kesihatan kita.

Kesihatan Tubuh Badan Adalah Aset

Tidak dapat tidak dinafikan bahawa kesihatan tubuh badan adalah aset seorang individu. Dengan kesihatan yang baik kita dapat berkhidmat untuk keluarga dengan cara bekerja dan menjalani kehidupan seharian yang berkualiti. Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan khasiat minyak zaitun pada kulit.

Khasiat Minyak Zaitun Pada Kulit

Kulit merupakan organ terbesar didalam badan kita. Apa sahaja yang kita sapukan dikulit akan terus diserapnya!

Khasiat Minyak Zaitun pada Tubuh Badan Kulit
Keratan rentas kulit daripada wikipedia.com

Ramai wanita yang mahukan kulit yang lembut dan  minyak zaitun ‘extra virgin’ telah menjadi antara rahsia kecantikan zaman Greece. Selain daripada keadaan alami iaitu hypoallergenic untuk melembutkan kulit, antioksidan yang tinggi termasuk vitamin E dan K membantu membantu kulit kita yang telah rosak akibat pendedahan kepada matahari dan pencemaran. Tuan Puan tahukan asap rokok dan makanan ringan dan segera juga boleh merosakkan kulit kita!

Kebaikan didalam minyak zaitun ‘extra virgin’ ini dalam mengembalikan kebolehan sel dalam tubuh badan kita untuk kembali tegang, lembut dan yang paling penting ialah sihat. Kulit yang sihat membuatkan kita nampak lebih berseri-seri dan bertenaga menjalani hari.

Kebanyakan pengilang kosmetik menggunakan komponen poliphenolic bagi menggantikan antioksidan asli didalam minyak zaitun iaitu tocopherols bagi mencegah kerosakan kulit. Bila kita ada sebotol Olivie30x didalam rumah apa kata kita gunakan sumber asli ini untuk kebaikannya terhadap kulit kita terutama kulit wajah. Hanya sapukan dengan nipis di beberapa bahagian pada wajah dan cuci seperti biasa.

Khasiat minyak zaitun asli terhadap tubuh badan
Olivie30x perlu berada di setiap rumah berikutan khasiat minyak zaitun asli terhadap tubuh badan kita terutama bahagian kulit

Olivie30x sebagai AntiOksidan

Pengoksidaan ialah sebuah proses yang menghasilkan free radicals iaitu bahan yang boleh menyebabkan kanser. Sifat semulajadi antioksidan yang tinggi didalam minyak zaitun ‘ekstra virgin’ dapat membantu mengurangkan proses pengoksidaan didalam tubuh badan kita.

Minyak zaitun ‘extra virgin’ Olivie30x juga mampu mengelakkan penuaan awal. Terdapat kajian terdahulu yang menggalakkan sapuan nipis minyak zaitun pada wajah selepas terdedah kepada matahari bagi melawan sel kanser ini.

Ujikaji yang dilakukan adalah terhadap beberapa ekor tikus yang mempunyai sel tumor. Saintis mendapati tikus yang disapu dengan minyak zaitun mengalami pertumbuhan sel kanser yang lebih perlahan berbanding yang tidak disapu dengan minyak zaitun.

Kandungan Vitamin didalam Minyak Zaitun

Tak cuba maka tak cinta. Beberapa orang ibu yang kami temui bercerita tentang kebaikan minyak zaitun Olivie30x terhadap masalah eczema yang dihadapi oleh anaknya. Pengidap psoriasis juga mengamalkan minyak zaitun ‘ekstra virgin’ untuk mengawal dan berikhtiar dengan kebaikan vitamin E didalam minyak zaitun ini.

Minyak zaitun ‘ektra virgin’ ini juga mengandungi lemak tidak tepu dalam bentuk vitamin A,D,E dan K yang sangat baik untuk tubuh badan kita.

Minyak Zaitun Ekstra Virgin sebagai Pelembap

Olivie 30x boleh disapu di bahagian badan mahupun wajah sebagai pelembap. Pengguna boleh membuat pilihan samada mahu menjadikannya sebagai krim malam ataupun sebagai pelembap harian selepas membasuh muka pada waktu pagi. Sedikit lemon boleh dititiskan untuk menambahkan lagi rasa segar apabila diletakkan pada wajah.

Minyak zaitun ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyerap ke dalam kulit berbanding produk yang kita biasa gunakan namun kebaikkannya juga boleh bertahan lebih lama!

Efek Antibakteria

Minyak zaitun juga di katakan mempunyai beberapa ejen antibakteria. Walaubagaimanapun tidak banyak kajian dilakukan tentang kebolehan minyak zaitun dalam mengawal bakteria pada kulit.
Sehingga ke hari ini, minyak zaitun digunakan oleh pesakit yang mengalami ulser kaki disebabkan oleh Diabetes Jenis 2.

Khasiat Minyak Zaitun Pada Kulit Sebagai Pelembut

Pelembap atau Krim Selepas Terdedah Kepada Matahari

Ada individu yang menggunakan minyak zaitun secara terus iaitu disapukan pada bahagian kulit. Gunakan kertas blotting untuk memindahkan lebihan minyak pada kulit kita terutama pada wajah. Lembapkan dahulu bahagian kulit dengan air untuk mengelakkan rasa kesat semasa kita sapu minyak zaitun itu ya.

Terdapat kajian yang menyatakan kebaikan antioksidan dalam minyak zaitun apabila disapu kepada tikus selepas pendedahan kepada sinaran UVB matahari.

Minyak Zaitun sebagai Penanggal Kotoran

Hampir setiap hari badan kita menghasilkan kulit mati yang akan tertanggal dari badan kita. Kaum wanita adalah diantara individu yang kisah tentang penjagaan kulit badan biasanya. Hanya campurkan minyak zaitun bersama-sama dengan garam untuk dijadikan skrub.

Gunakan garam yang lebih halus untuk bahagian sensitif seperti wajah ya!

Khasiat Minyak Zaitun pada Kulit
Campurkan minyak zaitun dengan garam untuk menghasilkan skrub badan

Pelembut kulit dan rambut

Kalau kita berjalan-jalan di pasaraya kita akan lihat yang minyak zaitun kini digunakan secara meluas di pasaran antaranya ialah sabun mandi, pencuci muka dan juga losyen. Terdapat beberapa fungsi minyak zaitun yang dapat kita jadikan dalam rutin harian penjagaan kulit kita.

Ejen Minyak Zaitun

Rahsia yang bukan lagi rahsia kan? Dengan seribu satu khasiat minyak zaitun pada kulit, pasti kita akan jatuh cinta padanya.
Jadi rakan niaga Olive House hari ini juga dengan klik di sini atau dail 010-3000473

Comments

One response to “Minyak Zaitun Asli – Khasiat Minyak Zaitun Pada Kulit”