was successfully added to your cart.

Cart

Minyak Zaitun Asli Extra Virgin Olivie Plus 30x

By March 18, 2019 August 12th, 2019 Olivie Plus 30x
Minyak Zaitun Asli Olivie Plus 30x

Produk Olive House 2019 – Minyak Zaitun Asli Olivie Plus Extra Virgin 30x

Antara yang paling sering disoal oleh individu yang mahu menggunakan Olive House ialah, apakah produk Olive House 2019 yang paling bagus dan bermanfaat? Setiap kali begitulah Admin akan sangat yakin dengan kebaikan produk Olivie Plus 30x minyak zaitun asli yang telah menambah nilai taraf hidup ramai insan.

Khasiat minyak zaitun untuk wanita di link ini.

Jom kita lebih mengenali minyak zaitun asli iaitu Olivie Plus 30x.

Minyak zaitun dihasilkan daripada buah zaitun di pokok zaitun. Umum mengetahui bahawa pokok zaitun tumbuh subur di negara-negara Mediterranean yang mempunyai diet sihat.

Pada Admin suatu ketika dahulu, semua minyak zaitun seolah-olah sama kan?
Namun ada lima klasifikasi berbeza untuk minyak zaitun yang berada dalam pasaran.

Yang Pertama ialah Minyak Zaitun Pomace

Minyak zaitun ini adalah dari kualiti paling rendah berbanding jenis lain dan melalui proses heat press. Ianya sering digunakan dalam kosmetik dan penjagaan kulit seperti sabun dan syampu. Minyak zaitun jenis ini masih mempunyai khasiat buah zaitun.

 

Yang Kedua ialah Minyak Zaitun “Refined”

Minyak zaitun jenis “refined” ialah minyak zaitun yang terhasil dari perahan pertama cold press. Untuk mencapai kadar asid dan alkali yang dimahukan, bahan kimia perlu ditambah kedalamnya. Namun pertambahan bahan kimia ini akan mengurangkan minak zaitun nya lalu minyak zaitun virgin perlu ditambah ke dalamnya.

Jenis Ketiga #3 ialah Minyak Zaitun Asli (Pure Olive Oil)

Minyak Zaitun Asli adalah produk yang terhasil dari campuran “Refined Olive Oil” dan juga Minyak Zaitun Dara (Virgin Olive Oil).

Dihasilkan melalui beberapa proses penapisan dan juga campuran untuk menjadikan ia “asli”.Warna minyak adalah kekuning-kuningan.

Minyak Zaitun Asli sesuai digunakan untuk memasak.

Keempat #4 Minyak Zaitun “Virgin”

Minyak Zaitun “Virgin” adalah produk yang dihasilkan melalui proses perahan kedua. Minyaknya berwarna kuning kehijauan.

Minyak ini sesuai untuk digunakan dalam masakan.  Ia juga sebagai sos (“dressing”) untuk salad.

Minyak Zaitun Terbaik Jenis #5 “Extra Virgin”

Minyak Zaitun “Extra Virgin” adalah produk yang terhasil dari proses perahan “Cold Press” pertama.

Minyak dalam klasifikasi terbaik ini mengandungi kadar nutrisi yang tinggi. Ia juga tidak dicampur dengan sebarang bahan kimia tambahan. Minyaknya berwarna kehijauan dan lebih likat.

Minyak Zaitun “Extra Virgin” juga mempunyai rasa dan aroma zaitun yang lebih kuat.

Ini adalah video tentang penghasilan minyak zaitun asli (olive oil virgin) melalui proses cold press.

Terdapat dua cara untuk menghasilkan minyak zaitun iaitu cold press dan heat press.

Kaedah Cold Press

Kaedah cold press merupakan kaedah asal untuk mendapatkan minyak zaitun daripada buahnya. Ianya tak menambah sebarang bahan kimia dalam proses ini. Bagi buah yang diperah dalam suhu bilik dalam masa kurang daripada 24 jam, ianya akan mendapat label minyak zaitun asli terbaik iaitu “ekstra virgin” seperti Olivie PLus 30x.

Minyak Zaitun Asli Olivie Plus 30x

Minyak Zaitun Olivie Plus 30x dihasilkan sejak tahun 1887 oleh Syarikat Atlas Olive Oils yang terletak di El-Borouj, Morocco. Pengalaman 131 tahun dalam menghasilkan minyak zaitun extra virgin yang berkualiti tinggi menjadikan syarikat Atlas Olive Oils merupakan salah satu syarikat pengeluar minyak zaitun terbaik di dunia dan mendapat banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Antara pengiktirafan yang diterima adalah Anugerah Mario Solinas yang dianjurkan oleh International Olive Oil Council, ‘Great Taste Award of London’ dan The International Olive Oil Competition of Los Angeles di Amerika Syarikat.

Kaedah Heat Press

Kaedah kedua iaitu kaedah heat press ialah mencampurkan hampas minyak zaitun selepas proses cold press tadi dengan bahan kimia untuk mengeluarkan baki minyak zaitun yang masih berada didalamnya. Campuran ini turut menghasilan minyak zaitun yang bukan dari kategori virgin namun masih ada khasiatnya.

Uniknya Olivie Plus 30x

Ladang olivie plus 30x

Keadaan ladang buah zaitun milik Atlas Olive Oils yang panas, kering dan berbatu amat sesuai untuk menghasilkan buah zaitun yang bermutu tinggi. Sebanyak tiga juta pokok zaitun di tanam di dalam estet yang berkeluasan sebanyak 600 hektar.

Kepekatan polyphenol yang tinggi di dalam Olivie Plus 30x adalah disebabkan oleh keadaan istimewa mukabumi di mana pokok buah zaitun itu membesar dalam keadaan ‘survival’.

Minyak Zaitun Asli

Persekitaran gurun, tanah yang berbatu dan kekurangan air telah memaksa pokok zaitun untuk menghasilkan buah yang mengandungi kandungan antioksida yang tinggi untuk membolehkan pokok itu meneruskan hidup.

Penderitaan ekologi telah memaksa pokok zaitun tersebut memberi hasil yang terbaik bagi menjaga diri dan juga kita. Buah zaitun di tanam di kawasan gurun yang tanah dan persekitarannya bebas dari sebarang pencemaran.

Pemprosesan Minyak Zaitun Olivie 30 Plus

Ianya dihasilkan di kilang pemprosesan yang terletak di dalam ladang tersebut sejurus buah zaitun segar selesai dipetik dari ladang buah zaitun. Mereka mempunyai mesin tauaian yang direka khas untuk memastikan tuaian buah zaitun dapat dilakukan dengan pantas untuk terus dihantar ke kilang.

Proses ini mengambil masa sepantas 20 minit sahaja. Minyak yang dihasilkan dari buah segar sudah tentu mempunyai khasiat yang sangat tinggi.

Untuk menjadi sebahagian daripada ejen iaitu keluarga kami menyebarkan manfaat khazanah alam, klik disini

Tulisan pengguna Olivie Plus 30x disini

Ejen Minyak Zaitun

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.