fbpx
0
Olivie Plus 30x

Khasiat Minyak Zaitun untuk Wanita

By 05/03/2019August 12th, 2019No Comments

Sesungguhnya wanita adalah sebaik-baik ciptaan yang mengharmonikan dunia dan pastinya kesihatan kaum wanita adalah keutamaan kan?

Bersempena dengan International Women Day pada 8 Mac setiap tahun, Cik Min ingin kongsikan dengan kaum wanita tentang khasiat minyak zaitun untuk wanita.

MINYAK ZAITUN TU APA?

Selalunya kita lihat minyak zaitun digunakan sebagai minyak untuk memasak mahupun ditambah diatas makanan. Namun untuk minyak zaitun asli seperti Olivie Plus 30x, ianya dimakan secara terus untuk mendapatkan khasiatnya.

HAAAAAA..... MAKAN TERUS! BOLEH KE!?

Ini adalah antara kerisauan kaum wanita kerana tak biasa makan minyak zaitun secara terus. Minyak zaitun asli mesti terus dimakan untuk memastikan kebaikannya dapat dinikmati oleh tubuh badan kita.

Ini kerana minyak zaitun Olivie Plus 30x mengandungi antioksidan dan merupakan makanan kelas pertama dalam dunia kesihatan. Dalam minyak zaitun juga terdapat kandungan polifenols yang tinggi. Antioksidan yang bernama hydroxityrosol merupakan antioksidan yang paling cepat meresap dan hanya ada dalam minyak zaitun.

Jadi, minyak zaitun extra virgin amat disarankan untuk dimakan terus ya dan bukannya dimasak. Jika ditambah diatas makanan, itu boleh.

ANTARA KEBAIKAN MINYAK ZAITUN UNTUK WANITA ADALAH SEPERTI DIBAWAH YA.

Khasiat Minyak Zaitun untuk Wanita yang Pertama #1 ialah Sebagai Hiasan Makanan Seperti Salad.

Hiasan makanan juga adalah sebuah khasiat tau! Kehidupan wanita yang penuh warna-warni membuatkan kecantikan dan ketelitian sentiasa menjadi pilihan. Dalam masa yang sama, dapat kebaikan minyak zaitun dan sihat tubuh badan. Mestilah best!

Selalunya, kalau belek-belek Instagram idea nak buat salad dressing ni kan, Cik Min tumpang terliur tengok dia orang curah minyak zaitun, atau olive oil dekat hidangan dari negara-negara Mediterrannean macam Caprese Salad. Daripada hijau pudar hambar menjadi bersinar-sinar gitu.

Hidangan-hidangan sebegini memang tidak asing lagi di negara-negara seperti Itali dan Greece yang sememangnya antara pengeksport produk minyak zaitun terbesar dunia. Makanan tradisi bersama minyak zaitun ini telah diperkenalkan sejak turun-temurun lagi. Sejarah juga banyak menceritakan penggunaan minyak zaitun oleh orang-orang dari zaman dahulu sebagai produk kecantikan dan farmaseutikal seperti Cleopatra.

(Sumber dari buku: Herbs and Healers from the Ancient Mediterranean through the Medieval West)

Penggunaan buah zaitun di kalangan orang Islam sememangnya lebih dikenali lagi. Allah telah menyebut beberapa kali tentang buah zaitun di dalam Al-Quran.

(Sumber dari Laman Web: Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM)

Jika dilihat daripada penjelasan daripada laman web IKIM ini, bertapa tinggi darjat buah zaitun sehinggakan disebut 7 kali di dalam Al-Qur’an sahaja. Jadi, tidak hairanlah banyak hidangan bertemakan Arab atau Timur Tengah sangatlah popular dengan minyak zaitun ini.

Khasiat Minyak Zaitun untuk Wanita yang Kedua #2 ialah Untuk Ibu Hamil

Minyak zaitun dikatakan membantu ibu-ibu yang menggunakan minyak zaitun ketika mengandung lebih baik dari segi perkembangan bayi, berat badan, kelakuan dan “psychomotor reflexes” bayi yang didalam kandungan. Di dalam penulisan yang sama, penulisnya menegaskan bahawa bayi di dalam kandungan ibu memerlukan vitamin E untuk berkembang.

Bayi yang baru dilahirkan juga perlu menyimpan vitamin E untuk melawan “oxidatif stress” yang menyebabkan memasuki “oxygen atmosphere”. Walaupun tidak banyak terdapat dalam minyak zaitun, ia dikatakan ada dalam kuantiti yang mencukupi kerana sifat minyak zaitun yang “resistance to oxydation”(Sumber: internationaloliveoil.org)

Jadi ibu hamil kena terus amalkan minyak zaitun Olivie Plus 30x bukan sahaja untuk kebaikan bayi didalam kandungan malah ibu yang hamil juga.

Ibu hamil mengalami masalah kulit meregang di bahagian perut dan boleh meninggalkan parut atau turut dikenali sebagai stretchmarks. Sapu minyak zaitun asli setiap pagi dan malam sebelum tidur untuk mengelakkan kegatalan, mengekalkan kelembapan di bahagian tersebut seterusnya mengelakkan ibu menggaru bahagian perut yang menyebabkan parut stretchmarks.

Khasiat Minyak Zaitun untuk Wanita yang Ketiga #3 ialah Untuk Ibu Menyusu

Minyak zaitun dikatakan dan dianggap di dunia barat sebagai perawat dan pelembap semulajadi yang selamat untuk bayi. Ibu-ibu menyusu boleh menggunakan Olivie Plus 30x untuk mengurangkan ketidak keselesaan di bahagian puting semasa menyusu badan. Terutama bagi ibu yang baru melahirkan dan baru menyesuaikan diri dalam penyusuan susu ibu.

Minyak zaitun Olivie Plus 30x sesuai disapu di kawasan luka untuk merawat ‘cracked nipples’ dan ianya dapat merawat dengan cepat sebelum penyusuan seterusnya.

Untuk pengambilan Olivie Plus 30x semasa menyusu, ianya mematuhi saranan pakar iaitu untuk pengambilan lemak sihat di dalam diet secara amnya.

Secara umum, kandungan nutrisi yang terdapat dalam 100 gram minyak zaitun:

Lemak tepu: 13.8%.
Lemak mono-tak tepu: 73%
Omega-6: 9.7%.
Omega-3: 0.76%.
Vitamin E: 72% daripada RDA.
Vitamin K: 75% daripada RDA.

Leave a Reply