fbpx
0
Habbatussauda'

KHASIAT MINYAK HABBATUSSAUDA DALAM MERAWAT PENYAKIT

By 13/02/2019February 8th, 202120 Comments

KHASIAT MINYAK HABBATUSSAUDA

Sebelum kita mengetahui akan khasiat minyak habbatussauda, adalah baiknya untuk kita mengenali serba sedikit latar belakang dan asal usulnya.

Habbatus Sauda atau Habbatussauda’Black Seed / Black Cumin, nama melayunya Jintan Hitam atau nama saintifiknya Nigella Sativa merupakan herba yang terkenal mampu merawat pelbagai penyakit. Banyak kajian dijalankan sejak zaman berzaman membuktikan kebenaran khasiat minyak habbatussauda kepada kesihatan manusia.

Khasiat dan manfaatnya juga telah terbukti pada kajian sains moden. Justeru itu, tidak hairan ianya sering digunakan untuk tujuan perubatan sejak ribuan tahun dahulu lagi. Hal ini diperkuatkan lagi dengan adanya hadis yang menyebutkan tentang kelebihan Habbatussauda’ itu sendiri di sisi Rasulullah (SAW) sejak hampir 1500 tahun dahulu lagi.

HURAIAN DALIL, KHASIAT DAN MANFAATNYA PADA PERSPEKTIF ISLAM & SAINS MODEN

Ustaz Fakhrulrazi IbrahimMubassyir OLIVE HOUSE

 Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi (SAW) bersabda: 

“في الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا السّامّ”

“Pada Habbatas Sauda’ itu adanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

[HR Bukhari – Kitab Al-Thibb No. 5687 & HR Muslim No. 2215]

 Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi (SAW) bersabda: 

“ما من داء إلا في الحبّة السّوداء منه شفاء إلا السّامّ”

“Tiada satu pun penyakit melainkan pada Habbatus Sauda’ itu ada penyembuhnya kecuali as-Sam (mati).”

[HR Muslim]

 Daripada Aisyah r.a, Nabi (SAW) bersabda: 

إنّ هذه الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا من السّامّ. قلت : وما السّامّ؟ قال : الموت

“Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah kesembuhan (ubat) dari setiap penyakit kecuali as-Sam.” Aku (Aisyah) bertanya: Apa itu as-Sam? Rasulullah menJawab: “Kematian.”

[HR Bukhari]

 Sabda Nabi (SAW): 

“عليكم بهذه الحبّة السّوداء فإن فيها شفاء لكلّ داء إلا السّامّ”

“Hendaklah kamu (sentiasa) mengamalkan Habbatus Sauda’ ini, kerana sesungguhnya terdapat padanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

KHASIAT DAN MANFAAT HABBATUSSAUDA’

 “Canon Of Medicine” by Abecene – (قانون في الطّبّ) 

Antara kajian dan penelitian terawal  tentang manfaat Habbatussauda’ ini dibuat oleh ilmuan ulung perubatan Islam, Ibnu Sina. Beliau di dalam penulisannya menyebut : “Habbatussauda’ mampu bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Ia juga bermanfaat bagi merawat masalah sesak nafas (penat), gejala Asma, dan masalah pernafasan lainnya.”

Habbatussauda’ kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan Karbohidrat sebanyak 38%, Protein (21%) dan Asid Lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain ialah Thiamin, Niasin, Kalsium, Folasin, Zink dan Fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem imun badan.”

 Hospital King Fadh University Al-Khobar, Arab Saudi. 

Kajian dari hospital yang menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ekstrak Habbatussaudayang bertindak sebagai perencat aktiviti Helicobacterpylori, sejenis bakteria yang mengakibatkan gastrik, ulser perut dan kanser perut. Kelebihan pati minyak Habbatussauda’ dalam melawan serangan virus atau bakteria apabila ia mampu memusnahkan struktur membran sel pembunuh dan melumpuhkan aktiviti sel tersebut.

 Jabatan Fisiologi, Pusat Perubatan Ghaem & Universiti Perubatan Mashhad. 

Nigella Sativa dipercayai membantu penyembuhan penyakit asma apabila diambil secara berterusan.”

PANDANGAN ULAMA TENTANG HADIS HABBATUSSAUDA'

 AL-HAFIZ IBN HAJAR AL-ATHQALANI 

“Disebutkan bahawa sesungguhnya ucapan Baginda (SAW) berkenaan ayat “seluruh penyakit” itu maksudnya ianya boleh dijadikan ubat dengannya (Habbatussauda’). Sesungguhnya ia bermanfaat bagi penyakit-penyakit sejuk sedangkan penyakit panas maka ianya tidak (berkesan).”

[Fath Al-Bari 10/144]

 IBNUL QAYYIM AL-JAUZI 

“Yang dimaksudkan dalam hadith itu ialah penawar/ubat bagi penyakit-penyakit berkaitan (iklim/suhu) lembap, berkahak, yang mana Habbatussauda’ itu sifatnya panas dan kering (ianya berlawanan).”

[Kasyf Al-Musykil 3/364]

 IMAM IBN QAYYIM AL-JAUZI 

“Sebahagian ulama mengatakan bahawa lafaz “kullu” (semua – penyakit) di sini ialah lafaz umum yang membawa makna khusus sebagaimana firman Allah (tentang burung yang berkata kepada Nabi Sulaiman). “Sesungguhnya aku mendapati seorang perempuan yang memerintah mereka dan telah diberikan kepadanya semua benda dan dia juga mempunyai singgahsana yang agung.”

[An-Naml, 23]. – [Kasyf Al-Mushkil 3/364]

Ayat ini berkaitan seekor burung Hud-hud yang memberitahu kepada Nabi Sulaiman tentang Ratu Balqis di negeri Saba’. Makna lafaz kullu (semua) dalam surah An-Naml tersebut bukanlah bermaksud seluruh benda yang ada di dunia telah dimiliki oleh Ratu Balqis, sebaliknya ia bermaksud dia mempunyai kemewahan dunia yang diperlukannya untuk memerintah sesebuah kerajaan.

[Tafsir Ibn Kathir 6/186]

 IMAM AN-NAWAWI 

Imam An-Nawawi ketika membahaskan hadith ini mengatakan bahawa Habbatussauda’ tidak sesuai pada penyakit tertentu seperti penyakit berkaitan sejuk. Katanya lagi : “Sesungguhnya Rasulullah (SAW) menggambarkan sebegini berdasarkan apa yang disaksikannya pada kebiasaan keadaan para sahabatnya.”

[Syarh An-Nawawi ‘ala Muslim 14/196]

MANA YANG LEBIH BAIK? SERBUK (BIJI) ATAU MINYAK?

Umumnya, serbuk atau minyak, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Dalam bentuk minyak, kandungan zat aktif dari Habatussauda’ lebih tersaring dan tidak ada lagi zat yang sudah tidak diperlukan. Inilah sebab utama mengapa banyaknya saranan dari pakar bahawa pengambilan Habatussauda’ dalam bentuk minyak adalah lebih baik berbanding serbuk.

Sebahagian besar zat aktif Habatussauda’ terdapat dalam minyaknya. Namun menurut kajian, terbukti ditemui adanya perbezaan khasiat antara serbuk dan minyak Habatussauda’ terutama untuk menurunkan kadar trigliserida darah. Kelebihan Habatussauda’ dalam bentuk minyak juga sangat bermakna disaat kita memerlukannya (mengamalkannya) dalam bentuk titisan atau sapuan. Di sini jelas kekurangan jika menggunakan serbuk.

Habatussauda’ berbentuk serbuk kaya dengan kandungan serat dan sangat baik untuk pencernaan. Antara kekurangan Habatussauda’ serbuk adalah dos (sukatan) yang diperlukan lebih banyak berbanding minyaknya, kerana jelas Habatussauda’ dalam bentuk serbuk belum diproses ekstraknya (tidak peroleh khasiat penuh).

Dalam soal harga sudah tentu Habatussauda’ dalam bentuk minyak lebih tinggi, kerana memerlukan proses yang lebih teliti dan berperingkat berbanding dalam bentuk serbuk.

Rujukan :

  •  Sahih Bukhari / Sahih Muslim / Qanun Fi Al-Thibb (Canon Of Medicine) / Fath Al-Bari / Kasf Al-Musykil / Tafsir Ibn Kathir / Thibb An-Nabawi / Pusat Biotech MARDI / Black Cumin “The Magical Egyptian Herb” /
  • Laman informasi Healthline

Klik butang di gambar jika ingin cuba amalkan Minyak Habbatus Sauda 🙂

20 Comments

  • Abd Rahim says:

    Assalamualaikum tuan haji…saya nak tahu bagaimana cara pengambilan minyak habbatussauda ni

    • Hj Firdaus says:

      Waalaikumsalam warahmatullah. Boleh rujuk saranan berikut.

      ✅ Cara Amal Dan Dos Pengambilan BSO (Black Seed Oil) Olive House :

      🔹 Untuk dewasa :
      Amalkan 3 – 4 titis sekali. Dengan dititiskan ke lidah, dikecap² sebelum ditelan. Amalkan sehari 2 – 3 kali sebelum makan.

      🔹 Untuk kanak² 3 tahun ke atas :
      Juga boleh amal dengan titisan terus ke lidah, amal 2 hari sekali dah memadai.

      🔹 Kanak² 3 tahun ke bawah / bayi :
      Cara amal dgn dicampurkan ke dalam air minuman / susu bayi, dan sapuan pada luaran.

      🔹 Boleh juga pelbagaikan kepenggunaan :

      – Titiskan / campur dalam makanan atau minuman
      – Titiskan dan sapu pada permukaan kulit yg bermasalah (kayap, alergik dll)
      – Titiskan dan sapu pada bahagian dada (utk yg masalah penat, asma, batuk berkahak)
      – Titiskan dan sapu pada bahagian tulang belakang utk yg badan terasa lemah / demam

      Apapun amalan dgn titisan terus ke dalam mulut (lidah) adalah lebih diutamakan.

    • Junaidah Mohd Yusof says:

      Assalamualaikum tuan hj
      Jika Saya ada mengala I darah tinggi boleh ke Saya makan minyak black seed ini.

      • Hj Firdaus says:

        Boleh. Saya juga cadangkan amal bersama minyak zaitun dan juga jus delima. Ambil yang betul2 asli tidak bercampur2 dalam 1 botol. Jus delima sangat berkesan turunkan tekanan darah tinggi dengan cepat. Minyak zaitun bantu pelihara saluran darah.

  • ROSITA RAMUDIN says:

    Assalammualaikum…
    Saya di sarankan utk mengurangkn berat badan. Baru2 ini doktor memberitahu saya ada fatty liver dan di sarankan saya kurangkan berat badan dan juga jaga pemakanan.
    Soalan saya :
    1. Ada kah minyak zaitun, minyak habatus sauda & jus delima dpt membantu? Atau mungkin Tuan blh bagi cadangan tentang pengambilan supplement
    2. Sekiranya saya order on line berapa hari masa di ambil utk di hantar?
    T.kasih.

  • Rose Raskan says:

    Assalamualaikum.. Nak tanya, boleh tak telan minyak habatusauda ni tetapi dlm masa yg sama saya jga mengambil minyak zaitun. Maksudnya selepas ambil minyak habatusauda, selang 10 minit saya ambil minyak zaitun pula. Boleh ke, takut overdose pulak.

    • Hj Firdaus says:

      Waalaikumsalam,
      Boleh amalkan sebaik makan miyak zaitun atau bersama minyak zaitun. Ikut kuantit yang disarankan.

  • Ramli bin Karim says:

    Assalammualaikum tuan hj.boleh tak minyak habbatus Sauda ni di sapu pada alat kemaluan?mohon pencernaan

  • Niza says:

    Bolehkah dimakan oleh pesakit kanser hati?

    • Hj Firdaus says:

      Boleh. Untuk kanser pemakanan harian sangatlah perlu dijaga.
      Salain dari minyak habbatussauda, saya selalu sarankan pengambilan nutrisi lain seperti lemak sihat dari minyak zaitun, cuka tin yang bantu kurangkan situasi berasid, jus delima asli yang kaya vitamin serta madu yang jelas dinyatakan sebagai penawar. Yakin dengan ikhtiar makanan qurani.

  • Wien eddie says:

    Assalamualaikum , boleh ka habatusauda ni di campurkan bersama madu asli ,bee polien dan royal jelly?

    • Hj Firdaus says:

      Waalaikumsalam.
      Yang ini pure minyak habbatus sauda tiada campuran. Lihat di laman produk jika ingin diambil bersama madu asli.
      Sekiranya naj campur pastikan lakukan sebaik sebelum ambil, jangan campur dan tinggal tempoh lama.

  • Lenney says:

    Assalamualaikum , sekiranya sy ada hyperthyroidism dan sedang mkn ubat..bolehkah ? Dan d masa yg sma setiapkali sy check tekanan darah akan dlm lingkungan 130-140 ..tp sy x mkn ubat darah tinggi

    • Hj Firdaus says:

      Waalaikumsalam,
      Boleh amalkan 5 titis minyak habbatussauda setiap hari. Ambil juga bersama minyak zaitun, jus delima dan madu.

  • Jumilah muhtar says:

    Macam mana cara nk dapatkan minyak Habbatus sauda

    • Hj Firdaus says:

      Boleh beli secara online dan kami akan poskan.
      atau hubungi ejen2 kami yang berdekatan.

Leave a Reply