fbpx

11 Khasiat Minyak Zaitun Extra Virgin dan Mengapa Perlu Kita Amalkannya

minyak zaitun
“Seringkali kita mendengar pepatah bahawa mencegah lebih baik dari mengubati. Namun pengertian bagi setiap individu pasti berbeza. Amat penting untuk kita ambil berat akan apa yang baik dan perlu dielakkan untuk kesihatan” – Hj Firdaus

APAKAH ITU MINYAK ZAITUN?

Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil dari perahan buah zaitun (Olea europaea) yang mana pohon zaitun ini merupakan tanaman tradisional di rantau Mediterranean. Oleh karana khasiat minyak zaitun yang tinggi,  ianya banyak digunakan dalam kosmetik, perubatan, memasak, sabun, dan juga digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu tradisional.

APA FUNGSI MINYAK ZAITUN NI KEPADA TUBUH?

Dari sudut nutrisi pemakanan, badan kita memerlukan lemak sihat setiap hari. Apa? biar betul? Kan selama ini kita diberitahu untuk kurangkan makanan berminyak. Haa, itulah Hj nak share kat sini. Sebenarnya, dah banyak kajian yang membuktikan bahawa khasiat minyak zaitun banyak memberi kesan positif kepada kesihatan.

Harus kita fahami bahawa lemak yang dimaksudkan adalah bukan dari jenis “trans-fat“. Sebaliknya mestilah majoritinya dari jenis “unsaturated fats” (lemak tidak tepu). Lemak tidak tepu banyak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun.

Istimewanya minyak zaitun adalah kerana mengandungi antioksidan (hidroxytyrosol, dll) yang mencegah dari oksidasi yang akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Ianya juga mampu menghalang dari sesuatu penyakit menjadi lebih teruk. Jadi sama ada orang sihat ataupun orang sakit, ianya menjadi satu makanan keperluan untuk diamalkan setiap hari. Maka tidak hairanlah bahawa oleh kerana menyedari akan kandungan khasiat miyak zaitun yang begitu tinggi, ianya menjadi makanan wajib dalam diet Mediteraranean.

“Minyak zaitun adalah sejenis lemak sihat dengan kehadiran antioksidan yang membantu melindungi daripada oksidasi / penyakit dan membantu menghalang penyakit dari terus berlarutan”

11 MANFAAT MINYAK ZAITUN KEPADA KESIHATAN

Antara sebab utama minyak zaitun dianggap satu makanan super (superfoods) adalah kerana kandungan khasiat yang terdapat dalam minyak zaitun. Ianya mengandungi lemak tidak tepu dan juga vitamin semulajadi. Ianya membekalkan khasiat (omega-3, omega-6, vitamin A, D, E, K)  dan juga mengandungi sebatian polifeniols yang bersifat antioksidan, anti-keradangan dan anti-kanser yang memberi manfaat kepada tubuh seperti berikut:

  1. Meningkatkan kolestrol baik (HDL) dan mengawal menurunkan kolestrol jahat (LDL)
  2. Menurunkan gula dalam darah
  3. Membantu menstabilkan sistem hormon (senggugut, keputihan, period tidak teratur)
  4. Melembap dan melembutkan kulit awet muda
  5. Membantu masalah kulit kering (eczema, kegatalan, psoriasis)
  6. Melancarkan tekanan darah
  7. Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan (sembelit)
  8. Meningkatkan fungsi otak
  9. Menjaga kesihatan jantung
  10. Memberi tenaga dan rasa kenyang yang panjang
  11. Mengatasi gastrik

APAKAH JENIS MINYAK ZAITUN & YANG MANA TERBAIK?

Minyak zaitun terbahagi kepada 5 kelas iaitu;

  1. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
  2. Virgin Olive Oil (VOO)
  3. Light
  4. Extra Light
  5. Pomace

Perbezaan ketara jenis minyak zaitun dia atas adalah bagaimana ianya diproses dan kandungan khasiatnya. Jenis mana yang hendak dipilih adalah bergantung kepada tujuan dan kegunaan setiap individu.

Sekiranya untuk tujuan kesihatan sudah tentu khasiat maksimum yang kita inginkan. Jadi jenis extra virgin (EVOO) amatlah disarankan. Ianya adalah pati yang hanya diperah sekali secara “mechanically cold pressed” iaitu perahan tanpa melibatkan pemanasan.

Bagi tujuan memaksimumkan penyerapan khasiat kepada tubuh, bentuk minyak adalah lebih baik kerana tindakbalas berlaku bermula dari mulut, melalui tekak kemudian penyerapan dalam usus.

Bentuk kapsul atau softgel bukanlah tidak boleh, tetapi sarungnya perlu dihadam terlebih dahulu sebelum minyak dikeluarkan kemudian barulah usus menyerap khasiatnya. Kuantiti minyak dalam softgel tersebut tidaklah sebanyak sesudu minyak zaitun.

Jika kita tengok amalan orang Eropah dan Mediterranean mereka makan begitu sahaja tanpa softgel ataupun kapsul.

Bagi yang memilih beramal yang jenis softgel, pastikan betul-betul yakin keasliannya dan status halal softgel itu terjamin.

BERAPA BANYAK NAK AMBIL? DAN BILA NAK MAKAN?

Minyak zaitun adalah sejenis makanan. Ianya bukanlah ubat yang mana ambil bila perlu, tinggal bila lega. FDA juga menyarankan bahawa 2 sudu sehari boleh menjauhi diri dari penyakit. Secara umumnya untuk orang dewasa adalah 1 hingga 2 sudu semasa perut kosong pada waktu pagi dan malam. Boleh juga ambil selepas makan.

Selain dari makan terus, boleh juga dimasukkan dalam makanan apabila sudah sejuk atau dijadikan “salad dressing“. Ianya juga boleh dijadikan sebagai masker sebelum tidur untuk petua kulit lembut dan awet muda.

TIPS MEMILIH MINYAK ZAITUN TERBAIK

Memang terdapat pelbagai jenis minyak zaitun dalam pasaran seperti yang kelihatan di pasaraya. Tak lupa juga pelbagai pendapat dan kenyataan yang digunakan oleh orang “marketing” dalam menonjolkan bahawa sesuatu minyak zaitun itu adalah terbaik. Jadilah pengguna yang bijak dalam membuat penilaian sebelum membeli.

Berbalik kepada tujuan kita mengamalkan minyak zaitun iaitu untuk kesihatan, sudah tentulah kandungan khasiat dan kualitinya menjadi ukuran utama. Pembungkusan dan keasidan bukanlah satu-satunya sandaran kerana ianya boleh direka dan diubah.

Tentang botol gelap ataupun botol cerah, ianya bukan penentu kualiti dan keaslian. Untuk pengetahuan semua, minyak zaitun extra virgin sensitif kepada pendedahan cahaya dan haba dalam jangka masa panjang. Jadi melalui botol gelap atau botol cerah yang disimpan dalam kotak, kedua-dua kaedah ini mampu menghalang pendedahan kepada cahaya dalam menjaga kualiti minyak zaitun.

Yang harus kita utamakan adalah kandungan khasiatnya dan kesahihan sumber minyak dari pengusaha yang telus. Dalam minyak zaitun terdapat antioksidan yang bernama hidroxytyrosol. Ianya adalah satu-satunya antioksidan yang terdapat dalam zaitun dan tidak mampu dihasilkan oleh mana-mana formulasi kimia. Setakat ini belum ada teknologi berjaya menciplak komposisi hidroxytyrosol ini.

OLIVIE PLUS 30X, PILIHAN LEBIH BIJAK!

Ianya adalah minyak zaitun extra virgin yang dihasilkan oleh pengeluar berpengalaman lebih 125 tahun. Mereka mempunyai ladang, kilang dan mesin tuaian sendiri dalam menghasilkan minyak zaitun berkualiti tinggi  dan telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan antarabangsa seperti:

  • USDA Organik
  • MARIO SOLINAS organized by the International Olive Oil Council,
  • the GREAT TASTE AWARD of London,
  • The International Olive Oil Competition of Los Angeles in the USA,
  • OIL CHINA in Shanghai,
  • LEONE D’ORO de MAESTRI OLEARI in Milan.

Pensijilan terbaru Olivie Plus 30x adalah mendapat Pensijilan Makanan Organik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

30 KALI GANDA LEBIH ANTIOKSIDAN BERBANDING MINYAK ZAITUN BIASA

Ujian makmal yang dijalankan terhadap Olivie Plus 30x mendapati ianya mengandungi 30 kali ganda lebih antioksidan (hidroxytyrosol) berbanding minyak zaitun extra virgin biasa. Perbandingan telah dijalankan melibatkan 22 sample dari 4 buah negara Mediterranian yang lain dan mendapati ianya adalah yang tertinggi dari segi khasiatnya.

PERLUKAH SAYA MAKAN MINYAK ZAITUN?

Pasti ramai yang bertanya tentang apakah khasiat minyak zaitun dan bagaimana kesannya terutama kepada mereka yang tidak pernah mengamalkan. Minyak zaitun ini bukanlah ubat tetapi ianya salah satu makanan terbaik mengikut kepada keperluan nutrisi harian iaitu sebagai sumber lemak paling sihat.

Apabila tubuh mendapat makanan bernutrisi yang betul, barulah perkembangan sel akan lebih sihat dan kurangnya berlaku gangguan kepada sistem badan. Malah kandungan bahan semulajadi yang bersifat antioksidan, anti-keradangan, anti-kanser membantu melindungi tubuh serta memperbaiki kesihatan bagi yang sudah berpenyakit.

Kesan setiap individu adalah berbeza mengkit faktor umur, jantina, tempoh mengidap sesuatu penyakit, kadar metabolisme dan beberapa faktor lain. Namun pengambilan secara konsisten sekurang-kurangnya 2 sudu sehari seperti saranan American Heart Association (AHA) semestinya menyumbang kepada kesihatan yang baik disamping amalan gaya hidup sihat dan seimbang.

PESANAN PENTING TENTANG MINYAK ZAITUN

Banyak kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa minyak zaitun sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia. Untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan kita disarankan untuk menjadikan amalan memakan minyak zaitun sebagai amalan harian. Pastikan memilih minyak zaitun yang betul dan menilai aspek khasiat (kandungan antioksidan) dan kualiti bagi mendapatkan manfaat yang terbaik.

Sumber rujukan.

BERKESAN KE? JOM BACA ANTARA PENGALAMAN PENGGUNA

PenafianPenafian ini adalah bagi menyatakan bahawa hasil pengambilan makanan ini bagi setiap individu adalah berbeza. Amalkan secara konsisten dan pelihara aspek keseimbangan gaya hidup.
Dapatkan Olivie Plus 30x Sekarang! Klik Untuk Pembelian
DAPATKAN SEKARANG

Comments

93 responses to “11 Khasiat Minyak Zaitun Extra Virgin dan Mengapa Perlu Kita Amalkannya”

  1. Anuar Mustafa Avatar

    Perkongsian terbaik. Terima kasih.

    1. Zuhairi Avatar
      Zuhairi

      Assalammualaikum, bacaan bagi kolesterol anak Saya tinggi, berumur 18 tahun. Bacaan pada hati juga tinggi. Terdapat lapisan lemak meliputi hati anak Saya. Adakah minyak zaitun dapat menghilangkan penyakit ini.

      1. o2umanager Avatar
        o2umanager

        Waalaikumsalam,
        Hati berlemak dikaitkan dengan tabiat pemakanan yang tinggi kandungan gula; (gula putih, berasaskan tepung, nasi putih) yang berlebihan untuk tempoh yang lama.
        Betulkan pemakanan akan sangat2 membantu proses rawatan jangka masa panjang. Kurangkan minuman bergula, bergas dan makanan segera / berposes. Dalam masa yang sama amalkan pemakanan berkhasiat yang membantu mengawal kolestrol dan selera makan. Disarankan amal Olivie plus 30x 1 sudu besar pagi & malam. Disusuli segelas air dibancuh dengan 1 sudu besar cuka tin setiap kali lepas makan minyak zaitun.

  2. Hasma binti Hamzsh Avatar
    Hasma binti Hamzsh

    Saya ada cyst n fibroid.. sesuai ko minum minyak zaitun…

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Boleh. Ianya mengandungi fatty acid yang membantu perbaiki masalah kesihatan. Gabungkan sekali dengan sumber mineral dan vitamin dari cuka tin dan jus delima.

  3. shiela Avatar
    shiela

    kanak2 boleh ka mengambil minyak zaitun dan berapakah sukatannya

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Bermula umur 6 bulan ke atas boleh. Sukatan beberapa titis sahaja. Jika untuk amalan harian boleh amal yang biasa Pati Minyak Zaitun Turki (lihat produk).

      Untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, boleh berikan Olivie30 1/2 ~ 1 sudu besar sehari sekali.

      1. Nurly Avatar
        Nurly

        Pesakit sirosis hati boleh ke mengambil minyak zaitun

        1. Hj Firdaus Avatar
          Hj Firdaus

          Boleh, amalkan 1 sudu pagi dan malam

  4. JamilJassid Avatar
    JamilJassid

    Assalam
    Saya ada gastrik dan gerd
    Selalu rasa kembong perut sembelit dan sakit badan bahagian ulu hati sampai bahagian belakang..dan sekarang rasa sesak nafas..adakah oliver oil sesuai untuk saya?

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Sala.. Sangat sesuai diamalkan. Dibulan puasa ni ambil 2 sudu sebelum sahur dan 1 sudu sebelum tidur.

    2. Ahmad Nizam Avatar
      Ahmad Nizam

      Samalah, saya ada anxiety dan gerd. Saya akan cuba olive oil. Terima kasih atas soalan

      1. Hj Firdaus Avatar
        Hj Firdaus

        Semoga membantu. Minyak zaitun asli sememangnya membantu meredakan asid reflux.
        Ikuti perkongsian salah seorang pengguna.
        https://www.youtube.com/watch?v=4qILosGwIRA&t=47s

  5. Puan N Avatar
    Puan N

    Salam Doktor..
    Nak tanya pasal minyak zaitun ni..
    bolehkah minyak zaitun ni d campur dalam susu anak?
    mohon pencerahan..

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Salam. Boleh untuk kita didik biasakan anak makan minyak zaitun. Boleh juga masukkan dalam makanan atau bubur anak. Ianya membekalkan nutrisi yang baik kepada mereka. Atau ambil bersama madu gunung kyrgyzstan untuk mesrakan rasa.

  6. yana Avatar
    yana

    assalam..nk tnya penggunaan olive oil di wajah dlm jangka masa yg lma sesuai ataupon tdak..contohnya pakai sblm tdur smpai pgi esoknya..n sesuai x utk klt yg pnau ..sekian..

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Minyak zaitun seeloknya dimakan juga digunakan untuk sapu. Makan minyak zaitun secara konsisten akan memperbaiki sistem pertahanan badan juga membantu melembap, melindungi dan memelihara kesihatan kulit. Bagi yang ada masalah kulit seperti panau, ada beberapa perkara perlu diambil berat seperti tidak membasuh muka sewaktu berpeluh. Minyak zaitun boleh di apply nipis sebelum tidur tidak perlu dibilas. Mandi seperti biasa setelah bangun tidur.

  7. Rozidah Saman Avatar
    Rozidah Saman

    Saya ada kolesterol jahat yg tinggi yg lain2 semua stabil. Saya baru shj mengamalkan minum minyak zaitun extra Virgin olive house yg botol 250ml bukan yg 30x tu. Sebab saya x tahu nk minum yg mana satu. Blh kah saya minum yg itu dahulu. Kemudian bertukar kpd yg 30x tu. T.kasih.

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Ya boleh tiada masalah. Kedua2 minyak zaitun adalah extra virgin.Olivie30 lebih nilai khasiat memberikan kesan dan manfaat yang lebih baik

  8. Siti Noraishah Zainal Avatar
    Siti Noraishah Zainal

    Anak saya ade eczema. Smpai jadi parut jadinya. Kalau saya berikan olive oil ini utk anak saya, adakah bole menghilangkan parut/bekas2 eczema dia? Lagi bagus makan begitu saje ataupon disapu pada bekas parut tersebut.
    Terima kasih..

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Anak berapa tahun ye? Jika 2 tahun ke atas ada sukatan khas. (Hubungi 010-3000473 untuk further advice).

      Jika 6 – 10 tahun boleh berikan 1/2 sudu besar setiap pagi dan malam. Dan sapukan nipis setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur.
      Makan Olivie30 akan bantu fungsi hati.
      Sapu Olivie30 akan bantu perbaiki kulit dan beri kelembapan pada kulit.

      Penjagaan makanan yang menyebabkan eczema triggered perlu elakkan.

      1. Rohana Ismail Avatar
        Rohana Ismail

        Suami saya kena serangan minor stroke, minyak zaiton yg mana sesuai, olive 30x atau extra virgin

        1. Hj Firdaus Avatar
          Hj Firdaus

          Salam.
          Untuk yang kena strok kita biasanya cadangkan pengambilan produk berikut:
          – Olivie power Up
          – Olivie30
          – Cuka Tin
          – Jus delima

          Kombinasi semua produk ini amat diperlukan oleh tubuh kerana setiap darinya mempunyai nutrisi berlainan dan fungsi berbeza bagi membantu pesakit strok.
          Ianya penting dalam mengawal keradangan, mencegah oksidasi berlarutan dan membekalkan nutrien baik kepada sel tubuh. Cara pengambila berbeza mengikut tahap pesakit. Boleh berhubung dengan aafiyat consultant sy untuk lanjut.

  9. shidi Avatar
    shidi

    salam, kalau ada penyakit buat pinggang tahap 4, (CKD 4) Boleh ka minum minyak zaiton ni tuan

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Salam. Boleh tiada masalah. ia bantu beri tenaga dan khasiat semulajadi boleh membantu perbaiki tahap kesihatan

    2. Nik Avatar
      Nik

      Salam,kalau ada masalah hati ,boleh minum zaiton ni tuan?

      1. Hj Firdaus Avatar
        Hj Firdaus

        Salam. Boleh, dengan kandungan lemak sihat serta antioksida yang tinggi boleh meningkatkan fungsi hati. Terlebih dahulu makanan harian perlu dijaga (elak gula putih, elak berasaskan tepung putih, elak nasi putih, ealk junk/fast/processed foods) untuk proses pemulihan lebih sempurna.

    3. Faruza Avatar
      Faruza

      Sesuai ker minyak ni untuk yang lepas keguguran

      1. o2umanager Avatar
        o2umanager

        Boleh puan. Makanan berkhasiat tinggi membantu proses penyembuhan dan mengembalikan kecergasan badan.

  10. emma Avatar
    emma

    assalam. saya mesti akan bersin bila sejuk sampai sakit hidung. pagi2 pon saya bersin. boleh bagitahu, yg manakah bagus utk saya amalkan ?

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Salam. Itu salah satu simptom alahan dan berkait rapat dengan daya ketahanan badan. Olivie plus sebagai sumber lemak sihat dengan nutrient semulajadi seperti vitamin E serta yang lain boleh dijadikan makanan harian untuk membina daya ketahanan badan. Ambil bersama madu asli, jus delima dan cuka tin untuk kesan yang lebih optimum. Dalam masa yang sama elakkan dari makanan dan situasi yang boleh trigger alahan.

  11. Nurul Avatar
    Nurul

    Salam,, boleh ke minum sekiranya terdapat darah putih yg tinggi dalam badan? Terima kasih.

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Salam. Boleh tiada masalah. Ianya salah satu makanan yang dapat membantu improve platelets. Lagi efektif diambil bersama bancuhan sari cuka tin.

  12. Sarimah Avatar
    Sarimah

    Saya nak tanye buah zaitun hitam boleh ke di makan seperti buah2 yg lain. Saya memang ade gastrik darah tinggi dan saraf.

    saye juga ada menggunakan minyak zaitun untuk masakan. Adakah juga boleh digaulkan bersama sayur2an seperti salad.

    Terima kasih

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Buah zaitun hitam biasanya telah dijadikan jeruk. Kebiasaan akan ada dalam menu makanan Mediterranean tetapi dalam kuaniti sedikit.

      Perlu kita faham dan berbalii kepada tujuan kita beramal dengan minyak zaitun. Yang utamanya adalah sebagai memenuhi keperluan nutrisi badan untuk kesihatan.

      Makan minyak zaitun adalah cara paling berkesan untuk ini. Mestilah guna jenis extra virgin.

      Extra virgin ni khasiatnya sangat tinggi tetapi apabila terdedah kepada haba, khasiatnya mula berkurang. Rugilah dengan harga yang dibayar untuk kualiti khasiat jadi berkurang bila kita gunakan sebagai minyak memasak. Eloknya makan terus. Guna dalam salad kira ok lagi kerana less expose to heat.

      Dengan komposisi MUFA dan antioksida yang tinggi, ianya sangat baik untuk masalah darah tinggi, saraf & gastrik. Amalkan bersama cuka tin, jus delima dan madu.

  13. Fauziah Ibrahim Avatar
    Fauziah Ibrahim

    Salam.
    Abg saya diserang stroke pada mei 2020. Sehingga sekarang anggota badan sebelah kiri abg saya masih belum bergerak. Bolehkah dng minum minyak zaiton ni dapat membantu pesakit stroke seperti abg saya?

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Salam. Untuk pengetahuan kita bersama, sesuatu penyakit kronik mengambil masa bertahun untuk berlaku. Seperti strok, ianya melibatkan salur darah di otak. Amalan minyak zaitun asli dengan kandungan antioksida semestinya membantu. Ini kerana komponen lipid di dalamnya membantu membina semula sel-sel, menghalang keradangan berterusan, menghalang tekanan oksidatif. Bukan sekadar minyak zaitun sahaja, bagi pesakit strok, gabungan dari cuka tin, jus delima dan madu adalah sangat membantu. Disamping diet pemakanan sihat sangat perlu dijaga dan senaman serta terapi tambahan perlu juga dilakukan. Rata-rata pengguna yang isitqomah menunjukkan tindakbalas positif dengan saranan dan aturan yang diberikan. Boleh rujuk video perkongsian berikut. https://www.youtube.com/watch?v=Y9Y8ldvYvJI&t=20s

  14. Julaila Binti Muhd jamil Avatar
    Julaila Binti Muhd jamil

    Saya mempunyai kolestrol dlm badan 6.2…saya berapa cepat letih…Saya baru membeli olive oil extra virgin…Saya ingin memcuba …

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      In shaa Allah ianya usaha yang tepat untuk bantu turunkan kolestrol LDL, ramai yang dah alaminya. Mesti diingat pemakanan harian penting untuk dijaga. Elakkan gula putih tambahan, refined carbo, processed foods serta junk foods. Lagi cepat proses disamping amalan minyak zaitun.

  15. MOHD SAID BIN SUPAR Avatar
    MOHD SAID BIN SUPAR

    Pada May 2017 saya telah menukar injap kepada metal dan memerlukan wafrin utk kecairan darah. Akibat pembedahan, penggunaan wafrin dan ubat untok lebih lawas air kencing menyebabkan buah pinggang saya menurun kualitinya drp GFR 62 kepada 52 dlm masa 3 tahun. Bolehkah saya gunakan minyak zaiton utk tujuan perawatan dan mengekalkan GFR kpd tahap sedia ada.

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Minyak zaitun mengandungi nutrisi dan kompaun semulajadi yang membantu tubuh mendapatkan zat dan khasiat yang diperlukan. Ianya sebagai sumber lemak sihat dan tinggi nilai antioksidan, membantu baik pulih organ melalui penghasilan sel yang sihat, mengurangkan keradangan dan mengawal tekanan oksidatif. Apabila melibatkan masalah pada organ utama iaitu jantung dan buah pinggang, pemakanan harian perlulah sangat teliti. Boleh makan minyak zaitun, jus delima, madu dan cuka tin. Jangan berhenti ambil ubat cair darah melainkan atas nasihat pengamal perubatan. Jarakkan pemakanan minyak zaitun 1 jam antara ubat hospital. Dapatkan khidmat nasihat lanjut dari consultant kami. Boleh hubungi 010-3000473.

  16. NOR MAZITA BT HUSSAIN Avatar
    NOR MAZITA BT HUSSAIN

    Bolehkah seseorang yang menghidap Luekimia (Acute Myeloid Luekimia) mengambil olive oil 30 × plus

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Boleh. Ianya menjadi nutrisi yang menampung keperluan fungsi tubuh di mana apabila berkaitan dengan sel darah putih, ia akan berkaitan dengan sistem imuniti. Kandungan antoksidan dan sumber lipid dari minyak zaitun boleh membantu meningkatkan imuniti tubuh. amalkan 2 sudu setiap pagi dan malam.

      1. Shaliza Shamsuri Avatar
        Shaliza Shamsuri

        Assalam…nk bertya sy mengidapi cancer perut…dan sekarang sy tgh kimotrapi..bolehkah sy minum myk zaitun ni…

        1. Hj Firdaus Avatar
          Hj Firdaus

          Salam,
          Sangat bagus untuk diamalkan. Kandungan antioksidan hydroxytyrosol dan oleocantal mampu melemahkan sel kanser dan nutrien di dalam minyak zaitun membantu tubuh bina kekuatan. Amalkan juga jus delima, madu dan cuka tin untuk keperluan nutrien. Dalam masa yang sama makanan berproses dan segera perlu dielakkan. Banyakkan makan sayur.

  17. heliza Avatar
    heliza

    askm
    sy nk tny sy ada lump dkt breast selain myk zaitun olivie plus gabungan apa lg yg perlu saya ambil utk mengecutkan ketulan.

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Waalaikumsalam. Boleh amalkan bersama beberapa superfoods lain seperti olivie power up, jus delima, cuka tin & madu. Kerana ini kombinasi kepelbagaian nutrisi dan antioxidan. Ini baik untuk membantu tubuh mengurangkan keradangan, membantu penghasilan sel2 yang sihat untuk pastikan sistem badan berfungsi dengan baik. Dalam masa yang sama makanan yang menyumbang kepada masalah kesihatan patut kita elakkan seperi fast foods & junk food.

  18. Nuratiqah Avatar
    Nuratiqah

    Salam. Mak sy skng nie Menjalani kimoterapi. Untuk kanser limfoma. Boleh ke mak sy amal kn olive oil 30x. Adakah mnganggu ubt kimo.skng ni mak sy krng selera makan.

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Waalaikumsalam. Ianya tidak mengganggu. Maklum sahaja apabila badan kita sakit, kita perlukan nutrien semulajadi yang baik untuk bantu sistem tubuh. Untuk bantu beri tenaga. Untuk elak radikal bebas yang keterlaluan yang boelh sebabkan kerosakan sel dan mengganggu sistem tubuh.

      Jarakkan 1 jam antara ubat dan makanan superfoodsx

  19. Safiah Avatar
    Safiah

    salam sy nk tny Dr, sy sekarang dlm proses untuk penurunan berat badan. Jd sy nk thu olive oil jenis mcm mne yg bley buat memasak, mengoreng, memanggang dan bley buat salad?.

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Salam.
      Minyak zaitun extra virgin kaya dengan khasiat. Bukanlah tidak boleh dibuat memasak, tetapi sayanglah kita beli untuk khasiat maksimum tetapi ianya berkurang akibat pemanasan memasak.

      Untuk menggoreng lebih sesuai gunakan minyak sawit. Minyak zaitun EVOO ini boleh dijadikan salad dressing.

      Untuk kawal berat badan, kurangkan makanan bergoreng, banyakkan jenis rebus. Amalkan minyak zaitun 2 sudu pagi dan malam serta bancuhan cuka tin setiap kali lepas makan. Amalkan intermittent fasting untuk kesan yang lebih baik.

  20. Siti Avatar
    Siti

    Assalamualaikum..sy nak ty..anak sy berumur 1 tahun 10 bln dan dia mengalami penyakit eczema jenis kering.. bolehkah sy bagi dia minyak zaitun mcm masukkan dlm susu dia? Ataupun sy sapu kat kawasan yg kena eczema? Mohon pencerahan

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Waalaikumsalam,
      Boleh masukkan beberapa titis dalam susu. boleh juga masukkan dalam bubur nasi.
      Bagi umur 1 tahun 1o bulan, gunakan pati minyak zaitun dari turki (PMZ) untuk sapu pada kawasan exema. Lakukan selepas mandi dan sebelum tidur.

  21. heliza Avatar
    heliza

    kenapa bila saya ambil minyak zaitun ketika period masa period saya menjadi lama

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Bagi wanita keluar darah haid salah satu cara membuang kekotoran. Perbanyakkan minum air. Jika kali pertama jadi, ianya mungkin proses penyesuaian. Sy juga cadangkan ambil bersama cuka tin dan jus delima. Sangat bagus untuk kestabilan horman.

  22. Siti Avatar
    Siti

    Assalamualaikum tuan..utk kanser hati..selain minyak zaitun..jus delima tu boleh tak diamalkn..ada gastrik

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Waalaikumsalam,
      Untuk yang ada kanser perlu konsultasi lebih details kerana ada perkara lain yang perlu diambil kira. Secara umumnya, kanser ini memerlukan antioksida yang kuat untuk lawan dan dalam masa sama bantu tubuh hasilkan sel sihat yang baik. Minyak zaitun perlu digabungkan dengan madu, cuka dan jus delima. Untuk ada masalah gastrik, ambil cuka dan jus delima selepas makan. Aturan dan sukatan bergantung kepada tahap kanser. boleh hubungi kami di 010-3000473 dan Consultant kami akan bantu selanjutnya.

  23. Ani Avatar
    Ani

    Assalamualaikum..saya ada masalah buasir y teruk..adakah penggunaan myk zaitun ni dpt mbntu masalah saya?

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Waalaikumsalam,
      Boleh diamalkan. Bahasa mudahnya minyak zaitun ni juga sebagai pelincir kepada usus kita. Amalkan sekurang-kurangnya 1 sudu pagi dan 1 sudu malam. di tempat buasir, selalunya saya sarankan guna uncang teh yang sudah digunakan, basahkan dengan minyak zaitun dan tempelkan semasa tidur malam. Lakukan beberapa hari sehingga sembuh. Kita ikhtiarkan. Wallahualam.

  24. Abd Rahim Avatar
    Abd Rahim

    Assalam..
    Kalau ada masalah paru2,dah buat operate,boleh tak amalkan minyak zaitun ni?

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Salam,
      Boleh. Sangat disarankan untuk perbaiki sel2 dan organ itu sendiri.

  25. NURIATI Avatar
    NURIATI

    SALAM…SAYA NAK TANYA,SAYA MENGHIDAP TEKANAN DARAH TINGGI SELEPAS BERSALIN..SESUAI TAK SAYA AMALKAN MINYAK ZAITUN NI…SEBAB SAYA KENA REVIEW DOKTOR NEXT WEEK UNTUK CEK TEKANAN DARAH..

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Salam.
      Boleh amalkan bersama jus delima dan cuka tin. Kandungan antioxidan dalam kesemua makanan ni sangat membantu mengawal tekanan darah secara alami. Sekiranya on medication, jarakkan 1 jam.

      Amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

      Setelah amalkan secara istiqomah sekurang2nya 3 bulan dan lakukan pemeriksaan berkala.

  26. Azie Avatar
    Azie

    Assalam… saya ada sakit gerd n gastrik..Saya baru mkn olive oil plus 4x tetapi perut saya tambah kembung dan sakit juga berlaku cirit- birit..Adakah itu simptom biasa pd peringkat permulaan bila makan .. Adakah saya perlu teruskan makan olive oil atau berhenti mkn.

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Salam. Untuk gerd & gastrik saya selalu sinergi bersama air bancuhan 1 sudu besar cuka tin & 1 1 sudu teh madu. Bancuhan ini diambil selepas makan. Ianya mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk penghadaman serta akan bantu proses singkirkan angin. Jangan bimbang, cuka tin tidak tajam dan tegit seperti cuka epal atau cuka kurma. Dengan syarat ianya mesti dibancuh bersama air dan madu, diminum selepas makan.

  27. Adam Avatar
    Adam

    As’lam untuk masalah darah beku di kepala,bahu belakng dan leher kiri rasa sakit dan masalah leaky gut olive oil sesuai tak?

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Salam..Amalkan minyak zaitun bersama jus delima. Bantu sistem peredaran darah dan pembinaan sel2 baru. Simptom sakit demikian elok juga buat full blood pressure especially bab lipid profile.

  28. Muhadir fadil Avatar
    Muhadir fadil

    Slm saya ada pnyakit darah tinggi….bacaan kolestrol tinggi kolestrol jahat tinggi…dan bacaan hati jg tinggi…keracunan hati…mn yg sesui saya amalkan…

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Salam,
      Saya amat sarankan sinergi makanan qurani terdiri daripada minyak zaitun, extrak zaitun (set Ultrapop) untuk bab kolestrol dan darah tinggi. Untuk hati perlukan detox terdiri daripada cuka tin, madu dan pati delima.
      makanan harian sangat perlu dijaga. Elakkan makanan berproses, makanan segera dan yang ada gula tambahan. In shaa Allah, akan ada perkembangan positif dengan istiqomah.

  29. Ina Avatar
    Ina

    Salam…saya baru jer operation buang fibriod …boleh ke saya minum minyak olive ni…atau apakah produk yg sesuai saya amalkan…tetima kasih

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Waalaikumsalam,
      Untuk yang dah buat operation, minyak zaitun bantu bekal nutrisi dan membina kembali sel2 baru. Bagus untuk exepdite proses pemulihan dalaman.
      Orang perempuan dan fibroid agak sinonim. Saya selalu saran amalkan Olivie30, cuka tin dan jus delima. Jika ada kemampuan, ambil bersama madu asli. Sinergi ni boleh bantu stabilkan hormon dan reduce keradangan. Makanan harian mohon dipantau terutama makanan berproses, roti, dan makanan segera. Makanan2 ni banyak jadi punca masalah kesihatan kalangan wanita.

  30. MUHAMMAD HANIF BIN TAHIRAN Avatar
    MUHAMMAD HANIF BIN TAHIRAN

    metabolisme badan saya terlalu tinggi, saya makan banyak tapi susah nk naik badan, adakah boleh juga mengambil minyak zaitun

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Boleh,minyak zaitun sebagai sumber tenaga dan memperbaiki kadar metabolisme.

      1. Umi Kalsom binti Yaakub Avatar
        Umi Kalsom binti Yaakub

        Assalamualaikum, suami saya ada masalah jantung blok, apa kombinasi produk yang sesuai untuk pembaikan masalah ni. Sebelum ini memang makan olivia 30x

        1. o2umanager Avatar
          o2umanager

          Untuk berkaitan jantung bagus sekiranya disinergikan Olivie30 dengan jus delima, olivie power up dan cuka tin. Khasiat dalam semua makanan ni sangat membantu kesihatan jantung.

  31. KHUSANI BIN TUMADI Avatar
    KHUSANI BIN TUMADI

    Aslmlkm.
    Saya makan 2 sudu besar zaitun + 2 sudu besar minyak kelapa dara 2 x sehari. Boleh ke?

    1. o2umanager Avatar
      o2umanager

      Salam,
      Minyak zaitun boleh terus amalkan. MInyak kelapa dara untuk jangka masa panjang perlu kawalan dari segi bacaan kolestrol jahat (LDL).
      minyak zaitun extra virgin: menurunkan kolestrol LDL, meningkatkan kolestrol HDL
      minyak kelapa dara: meningkatkan LDL, meningkatkan HDL

  32. Muhammad syazli Avatar
    Muhammad syazli

    Salam, saya ada penyakit sirosis..
    Apakah minyak zaitun power up membantu dah memulihkan hati saya? Atau saya perlu dgn supplement tambahan untuk membaikkan hati saya yang dah sirosis? Mohon pencerahan than.

    Terima kasih

    1. o2umanager Avatar
      o2umanager

      Salam,
      Untuk sirosis tabiat pemakanan harian sangat2 perlu dijaga terutama elakkan makanan bergula tambahan, berasaskan tepung, makanan segera dan berproses.
      Amalakan minyak zaitun Olivie satu sedar besar pagi & malam disusuli dengan bancuhan 1 sudu besar cuka tin bersama 200ml air.

  33. Shahrul Avatar
    Shahrul

    Salam..sy disahkan ada tumor pada saraf tunjang.boleh ke sy amalkan olivie30 ni?atau produk lain yang boleh kecutkan tumor ni?

    1. o2umanager Avatar
      o2umanager

      Salam,
      Boleh amalkan minyak zaitun, cuka buah tin dan jus delima. Gabungan makanan ni kaya dengan antioksidant untuk masalah berkaitan ketumbuhan/tumor/kanser.

  34. Ida Avatar
    Ida

    Assalamualaikum.. sy nk tny..

    Sy baru dapat tau ade cyst 1.5cm bulan jan 2022.. doktor bgtau cyst blh mengecut.. doktor sarankan sy jaga pemakanan.. 2bln (mac 2022) lg sy kena gi scan smula..

    Boleh ke sy amalkan minyak zaitun extra virgin jenama al jazira n pati delima jenama gulsan..

    Kenapa bila sy ambil Minyak zaitun n pati delima period sy menjadi lame 15ari.. biase 6-8 ari je.

    1. o2umanager Avatar
      o2umanager

      Waalaiakumsalam,
      Pada asasnya minyak zaitun & jus delima membantu permasalahan cyst. Selain dari pemakanan harian yang perlu dijaga, pastikan minyak zaitun & delima itu betul2 asli tanpa campuran.
      Olive House produknya diiktriaf organik. dengan kualiti yang dijamin, khasiat pun maksimum untuk diamalkan.

  35. Ibrahim Avatar
    Ibrahim

    Salam Batu hempedu beleh minum ke

    1. o2umanager Avatar
      o2umanager

      Salam. Boleh, ambil Olivie30 bersama cuka tin, madu kyrgyzstan & perahan lemon.

  36. Roi Avatar
    Roi

    Saya ada DM type 2…tapi bacaan glukos tidak terlalu tinggi..sudah mula makan ubat hospital…Boleh ambil Olive oil?
    Jenis apa yang terbaik?

    1. o2umanager Avatar
      o2umanager

      Boleh tiada masalah. Olive oil ni makanan sumber lemak sihat yang bagus untuk bantu pancreas dan insulin. Jarakkan 1 jam dengan ubat hospital. Ambil bersama nacuhan cuka tin.

  37. Nurul Avatar
    Nurul

    Assalamualaikum

    Olive oil ni sesuai x untuk diamalkan bagi pengidap batu hempedu yg belum di operate?

    Kalau sesuai boleh terangkan cara pengambilannya?

    1. o2umanager Avatar
      o2umanager

      Boleh. Amalkan minyak zaitun Olivie Plus 30x bersama bancuhan sari cuka tin, madu & perahan lemon.
      amalkan Olivie 1 sudu besar pagi & malam semasa perut kosong, disusuli dengan bancuhan 200 ml air bersama 1 sudu besar cuka tin, 1 sudu teh madu dan perahan lemon.

  38. Mohd Zaidi bin Omar Avatar

    Assalam, bolehkah kadar gula yang tinggi dalam darah dapat dikawal dengan minum minyak zaiton.

    1. o2umanager Avatar
      o2umanager

      Minyak zaitun membantu fungsi pancreas & insulin dalam mengawal kencing manis. Amalkan bersama sari cuka tin untuk solusi lebih berkesan serta penjagaan makanan harian yang lebih sihat.

  39. MOHD EFENDI BIN MAT DAUD @ IBNU ARASY DZIKRULLAH AL-SELAWAT SALAWAT Avatar

    Saya dah makan dekat 2 botol dah olive plus 30x … MASYAALLAH TERBAIK…. ALHAMDULILLAH bintik bintik kolesterol di sekeliling mata saya telah hilang setelah saya menggunakannya. Satu sudu pagi dan satu sudu malam. Rasa pahit minyak ini adalah UBAT, selalunya yang pahit itu obat yang manis itu penyakit. Jika anda suka minum kopi, anda tidak punya masalah menelan minyak zaitun tambah 30x secara langsung, sebab rasanya pahit. Tetapi apa apa pun OLIVE PLUS 30X ADA UMPHH …. WASSALAM 👍🤲

    1. o2umanager Avatar
      o2umanager

      Alhamdulillah. Berkat percaya ihtiar dengan minyak zaitun Olivie. Moga terus istiqomah dan kesihatan semakin baik.