fbpx

Minyak Zaitun Asli, Madu dan Lemon; Petua Mesir Kuno?

Anda mungkin sudah boleh menjangka bahawa gabungan minyak zaitun asli (extra virgin olive oil), madu dan lemon boleh membawa kebaikan kepada kita. Selain sering digunakan dalam kehidupan seharian kita, bahan-bahan ini sangat berguna untuk penjagaan kesihatan kita dengan cara semulajadi dan mudah.

Antara khasiat minyak zaitun asli adalah mengandungi kuantiti lemak tak tepu dan asid oleik yang dapat mengurangkan risiko penyakit koronari. Ia juga mengandungi antioksidan dan nutrien anti-radang yang membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat, mengawal diabetes, untuk melawan radikal bebas dan mencegah penuaan.

Madu pula merupakan makanan semulajadi yang juga memberi manfaat kepada kesihatan kita. Kandungan gula semulajadi menjadikannya sumber tenaga yang sihat. Ia juga mempunyai ciri antibakteria, antibiotik, antiseptik, anti-radang dan rasa yang menyenangkan.

Jus lemon mengandungi vitamin C, asid sitrik, kalsium, magnesium, bioflavonoid, pektin dan limonena, yang menguatkan sistem imun dan melawan jangkitan. Ia mempunyai kesan alkali, yang menjadikannya sangat baik untuk detoksifikasi dan penyucian badan. Ia membantu menurunkan darah dan sangat berkesan terhadap virus dan kuman tertentu.

Kombinasi minyak zaitun asli, madu dan lemon ini telah digunakan oleh masyarakat Mesir untuk memberikan kesihatan kepada usus. Ia juga dikatakan medium untuk mencuci usus, mengubati masalah usus dan mencegah daripada kanser usus. Petua ini dikenali sebagai petua Mesir kuno yang telah lama diamalkan.

Selain itu, kombinasi ini membantu kita untuk menguatkan sistem imun, mengawal sistem penghadaman, membersihkan saluran darah, memperbaiki fungsi hati, memperbaiki kulit dan mengurangkan kedutan.

Adalah disyorkan untuk mengambil satu sudu makan pada perut kosong pada waktu pagi setiap hari selama sebulan. Boleh diulang selepas enam bulan.

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  • Perah 1/4 lemon, masukkan air suam
  • Masukkan 1 sudu teh madu asli
  • Masukkan 2 sudu minyak zaitun asli
  • Kacau ikut arah lawan jam
  • Minum setiap pagi

Anda pasti terkejut jika pembuangan air besar lain dari kebiasaan. Campuran ini adalah gabungan yang hampir lengkap dengan nutrisi yang badan perlukan disamping kesegaran bahan-bahan yang disediakan setiap kali pengambilannya.

Comments

12 responses to “Minyak Zaitun Asli, Madu dan Lemon; Petua Mesir Kuno?”

  1. Nor Aini Alias Avatar
    Nor Aini Alias

    Berapa ml sukatan air utk bancuhan tersebut?

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Boleh gunakan 200 ml air.

  2. NAZIRAH MAT RASHID Avatar
    NAZIRAH MAT RASHID

    boleh ke perempuan hamil mengamalkan resepi ini? start trimester ke berapa?

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      4 bulan ke atas boleh ambil. Mulakan dalam kuantiti yang sedikit dahulu.

  3. Mal Avatar
    Mal

    Boleh guna madu kelulut tak?

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Boleh dicuba.

  4. Sya Avatar
    Sya

    Assalamualaikum. Anak kucing saya mengalami perut buncit dan saya rasa dia susah membuang. Selamat tak jika bagi kpd haiwan ?

    1. Hj Firdaus Avatar
      Hj Firdaus

      Waalaikumsalam. Boleh beri sidikit minyak zaitun dahulu.

  5. mila Avatar
    mila

    Assalamualaikum tuan haji.

    Boleh ke kalau takda lemon, kita gantikan dengan limau kasturi? untuk amalan petua ni?

    1. o2umanager Avatar
      o2umanager

      Salam,
      Boleh. ianya juga kaya vitamin.

  6. Arshad Avatar
    Arshad

    Alhamdulillah baru start semalam. selepas 3-4minggu membuang tidak normal mudah cirit birit. selamat berikhtiar semua.

    1. o2umanager Avatar
      o2umanager

      Alhamdulillah