fbpx
0
Habbatussauda'Jus Delima & Pati Delimaminyak zaitunSistem Imun badan

Sistem Imun Yang Kuat Cegah Daripada Jangkitan dan Penyakit

By 06/02/2021February 22nd, 2023No Comments

Kuatkan Sistem Imun Supaya Badan Mampu Melawan Jangkitan Dan Penyakit

Sistem imun adalah gabungan kompleks terdiri daripada sel-sel dan proses biologi yang bertindak melindungi dan mempertahankan badan kita dari serangan seperti patogen, virus, toksin dan bakteria.

Memastikan sistem imun kita sentiasa dalam keadaan yag terbaik adalah kunci utama sebagai langkah untuk mencegah badan dari sebarang jangkitan dan penyakit.

Amalkan 6 Rukun Aafiyat

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, seorang pengamal perubatan yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan, beliau menyarankan setiap dari kita untuk mengamalkan 6 Rukun Aafiyat, iaitu langkah-langkah yang membantu kita memelihara kesihatan secara holistic.

Ianya terdiri daripada:

  • Pemakanan sihat
  • Tidur yang berkualiti
  • Minum air secukupnya
  • Aktiviti fizikal yang sederhana
  • Mengawal stress
  • Pengambilan makanan tambahan (supplement) yang perlu

Sebenarnya banyak kajian yang dibuat menunjukkan pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien seperti vitamin, mineral, herba dan fitokimia yang lain boleh membantu meningkatkan daya ketahanan badan (sistem imun) dan berpotensi melawan penyakit.

Harus kita faham antara makanan semula jadi bernutrisi tinggi dan supplement. Kedua-dua ini mempunyai kebaikan dan fungsi tersendiri. Terlebih dahulu kita harus mengutamakan pemakanan semula jadi yang lengkap mengandungi nutrisi, yang juga dikenali sebagai Essential Nutrients. Ianya adalah makanan yang terdiri daripada karbohidrat lengkap, lemak sihat, protein, vitamin, mineral, serat dan air. Ini kerana makanan yang lengkap nutrisi merupakan makanan yang sepatutnya diambil sama ada seseorang itu sakit mahupun dalam kesihatan yang baik.

Bagi sesetengah orang yang mengalami kekurangan zat atau nutrisi, di sinilah fungsinya supplement untuk menampung jurang keperluan yang besar bagi seseorang. Namun terlebih dahulu perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan akan sukatan yang diperlukan setelah melalui proses pengesahan. Supplement biasanya mengandungi satu-satu element sahaja hasil dari proses pengekstrakan atau proses-proses tertentu.

Di dalam artikel ini akan dikongsikan tentang makanan semulajadi atau dikenali sebagai superfoods dalam usaha kita memelihara sistem imun terutamanya ketika musim pandemik Covid-19 ini.

Minyak Zaitun Asli – Sumber Lemak Sihat, Kaya Vitamin D dan E serta Tinggi Antioksidan

Minyak zaitun asli dikenali sebagai lemak paling sihat kerana komposisinya mengandungi lebih 73% lemak jenis mono-unsaturated fatty acid (MUFA). Selain itu, di dalam minyak zaitun juga mengandungi vitamin D dan E yang dikaitkan dalam fungsi membantu sistem imun.

Vitamin D berfungsi dalam meningkatkan daya melawan patogen bagi sel darah putih. Kekurangan Vitamin D dikaitkan dengan risiko jangkitan pernafasan seperti influenza dan asma. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan supplement Vitamin D membantu kadar melawan virus sesetengah jangkitan termasuk Hepatitis C dan HIV. (Rujukan 1,2,3)

Kadar kekuatan sistem imun mungkin berkurang dengan peningkatan usia. Ini juga dipengaruhi oleh tahap kesihatan seseorang di mana orang yang berusia dengan pelbagai komplikasi penyakit merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk terkena sesuatu jangkitan. Penyakit-penyakit seperti kencing manis, kolestrol, darah tinggi dan masalah jantung berpunca salah satunya dari keradangan dalam tempoh yang panjang.

Keradangan ini berlaku hasil daripada tekanan oksidatif yang menyebabkan terlalu banyak radikal bebas di dalam badan. Situasi ini dapat dikawal melalui dengan adanya ejen antioksida. Antioksidan yang terdapat dalam miyak zaitun iaitu hydroxytyrosol merupakan antioksidan paling berkuasa di kalangan tumbuhan lain dan ianya hanya terdapat dalam zaitun sahaja.

Berfungsi sebagai lemak sihat yang kaya Vitamin D dan E, kehadiran antioksidan hydroxytyrosol ini menjadikan minyak zaitun makanan yang baik dalam membekalkan nutrisi asas, menjadi sumber tenaga, meningkatkan sistem imun dan memelihara kesihatan dari penyakit kronik.

Minyak Habbatus Sauda - Penuh Kebaikan serta Penawar Kepada Pelbagai Penyakit

Habbatus Sauda juga dipanggil sebagai Black Seed Oil atau nama saintifiknya Nigella Sativa merupakan herba yang terkenal mampu merawat pelbagai penyakit.

Khasiat dan manfaat minyak habbatus sauda telah terbukti pada kajian sains moden. Justeru tidak hairan ianya sering digunakan untuk tujuan perubatan sejak ribuan tahun dahulu lagi. Hal ini dikuatkan lagi dengan adanya hadis yang menyebut tentang kelebihan habbatus sauda itu sendiri.

Pada habbatussauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati” – Kitab Al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih muslim, kitab as-salam, hadis 2215.

Dalam minyak habbatus sauda terdapat antioksidan yang bernama thymoquinone yang mempunyai kesan anti-keradangan. Kandungan antioksidan ini juga dikaitkan dengan kelebihan dalam menjaga kesihatan otak, merawat kanser, melindungi dari masalah jantung dan Alzheimer.

Minyak habbatus sauda mengandungi Vitamin E yang juga dikenali dengan sifat antikosidannya. Kajian mendapati Vitamin E bertindak melindungi dan memperbaiki kerosakan sel dalam masa yang sama membantu menguatkan sistem imun badan.

Pati Buah Delima - Kaya Dengan Sumber Vitamin C Semulajadi Untuk Tubuh Badan

Jus delima asli dikatakan mampu membekalkan 40% keperluan harian Vitamin C untuk seseorang. Jus delima juga mengandungi antioksidan yang tinggi berbanding buah lain yang dikatakan mampu melindungi dari radikal bebas dan melindungi seseorang dari risiko kerosakan sel dan mengurangkan keradangan.

Vitamin C sangat popular untuk melawan jangkitan. Ini kita boleh perhatikan apabila kita deman selesema dan pergi mendapatkan rawatan di klinik, pasti kita akan dibekalkan dengan Vitamin C untuk tujuan melwan virus. Jelas ianya berfungsi dalam membantu pelbagai fungsi sel imun dan meningkatkan keupayaan melawan jangkitan.

Makanan yang baik sudah tentu memberikan tubuh kita zat yang diperlukan agar sel, organ dan system berfungsi dengan baik. Gaya hidup yang sihat bukan sahaja melalui bersukan atau aktiviti berpeluh sebaliknya merangkupi dari sudut pemakanan terutamanya.

Pengambilan makanan yang tinggi nilai nutisi semulajadi boleh membantu usaha kita meningkatkan daya ketahanan banan dan system imun yang betindak memelihara daripada jangkitan dan serangan penyakit.

Sama-sama kita “Boost Immunity, Protect Community”

# BIPC #KitaJagaKita

Mari sama-sama kita amalkan gaya hidup yang aafiyat (sihat) dan mengambil pemakanan yang seimbang. Amalkan juga superfood sebagai supplement semulajadi & organik, berkualiti tinggi serta terbukti melalui kajian saintifik sebagai makanan tambahan.

Kuatkan sistem imun dengan Set BIPC TENANG Olive House™. Setiap belian set, PERCUMA facemask eksklusif yang bernilai RM 25.

Klik butang Order Sekarang untuk belian secara online.