fbpx
0

Apabila mendengar tentang minyak zaitun, penulis ingin berkongsi tentang pengalaman minum minyak zaitun asli. Sebelum ini bila sebut tentang minyak zaitun sahaja, terus terbayang rasa payau minyak. Takkanlah nak makan minyak pula kan dalam banyak-banyak makanan yang boleh dimakan didunia ini. Sehinggalah ketika itu penulis mengalami sakit gastrik dan sering angin didalam badan. Pantang lambat makan, mesti gastrik menyerang. Sakitnya pula ketika itu tak dapat dibawa bincang!

Pengalaman Gastrik

Gastrik dan ulser gastrik merupakan masalah kesihatan yang agak biasa di kalangan manusia zaman moden, sekurang-kurangnya 15% populasi pernah melalui masalah ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Walaupun keadaan tidak boleh membawa maut secara langsung, tetapi ia mengganggu cara hidup mangsa dan meningkatkan risiko untuk mendapat kanser perut pada masa hadapan. Kes kanser perut berlaku pada kadar berganda di Malaysia berbanding 700 kes pada 1997, walaupun kes kanser ini berkurangan di seluruh dunia. Ini sesuatu yang membimbangkan.

Kanser perut adalah kanser ke-7 paling lazim di kalangan lelaki Malaysia dan ke-10 paling lazim pada wanita. Ramai rakyat Malaysia bagaimanapun masih tidak sedar masalah sebenar di sebalik simptom ini. Ini kerana mereka sering menganggapnya sebagai sakit perut biasa disebabkan tidak makan mengikut waktu atau amalan pemakanan kurang baik.

Gastrik

Bagaimana Gastrik Berlaku?

Penyakit gastrik terjadi apabila bahagian dalam perut kita mengalami keradangan ataupun luka. Individu yang mengalami gastritis yang sekejap-sekejap, ianya dipanggil gastritis akut. Sekiranya gastrik berlaku dalam tempoh masa yang lama dan kerap sehingga bertahun-tahun, ianya adalah gastritis kronik.

Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit.

Berbeza dengan pesakit yang menghidapi gastritis akut, pesakit yang menghidapi gastritis kronik mungkin disebabkan oleh amalan pemakanan seperti masa makan yang tidak teratur, pemilihan jenis makanan seperti pedas dan berempah, makan terlalu laju dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok.

Bolehkah Pesakit Gastrik Sembuh?

Hakikatnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh sembuh disebabkan sifat semulajadi membran perut yang mampu membina semula lapisan perut dengan ubat serta rawatan yang betul.

“Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis.” – Dr Sukumar Nadesan, Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialist Hospital

Penyakit Gastrik

Dengan semangat yang berkobar-kobar dan tidak mahu sakit lagi, saya mahu menamatkan penderitaan sakit gastrik ini. Menyedari ianya boleh dirawat dengan makanan dan gaya hidup yang sihat, saya mengamalkan minyak zaitun Olivie Plus 30 daripada Olive House.

Pengalaman minum minyak zaitun asli

Minyak zaitun extra virgin Olivie Plus 30 mempunyai tiga puluh kali antioksida.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang minyak zaitun asli Olivie Plus 30, boleh baca di link ini.

Sehingga ke hari ini, banyak kajian yang dilakukan mengiktiraf khasiat buah zaitun. Research boleh didapati di link ini.

Minyak zaitun dapat meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan didalam perut kita. Bagi individu yang sedang mengalami kesakitan, digalakkan mengambil tiga sudu sehari iaitu sesudu pagi sewaktu perut kosong, sesudu tengahari dan sesudu sebelum tidur.

Pengalaman Minum Minyak Zaitun Asli Olivie Plus 30

Mengetahui yang jus gastrik banyak dirembeskan ketika jam 7 sehingga 9 pagi, penulis memulakan pengambilan minum minyak zaitun asli Olivie Plus 30 dalam masa tersebut. Minyak zaitun asli Olivie Plus 30 juga bagus diambil terutama ketika perut kosong iaitu sebelum makan.

Pada mulanya pengalaman minum minyak zaitun asli ini untuk saya tidak lah cemerlang. Kita sudah ada mindset tersendiri bagaimanakah perasaan makan minyak. Rasa macam makan dalam kapsul lebih mudah kan?

Namun untuk khasiat minyak zaitun yang optimum, kita mestilah mengambil minyak zaitun secara minum dimana ianya masuk ke dalam perut kita melalui mulut. Mulut kita mengandungi banyak enzim yang sangat baik untuk setiap makanan yang diambil secara terus.

Minyak zaitun didalam kapsul perlu melalui proses memasukkan minyak dan penkapsulan dimana suhu yang tinggi ketika proses itu boleh mematikan nutrien penting didalam minyak zaitun. Didalam perut kita juga gelatin kapsul itu perlu mencair terlebih dahulu sebelum kita dapat khasiat minyak.

Malah jumlah kapsul juga mestilah dalam kuantiti yang sangat banyak (Mungkin 9 ke 10 kapsul?) untuk menyamai sesudu besar minyak zaitun yang kita ambil. Jadi minum minyak zaitun asli Olivie Plus 30 jauh lebih baik dari makan minyak zaitun dalam kapsul.

Namun nak sihat punya pasal, penulis mengamalkan juga minyak zaitun asli Olivie Plus 30 setiap pagi sebelum makan dan sebelum tidur. Pada waktu yang benar-benar sakit, saya amalkan sehari tiga kali dengan tambahan sesudu Olivie Plus 30 sebelum makan tengahari.

Cara Yang Betul Untuk Minum Minyak Zaitun Olivie Plus 30 adalah seperti berikut:

Cara Pertama ialah Makan Semasa Perut Kosong

Mengambil minyak zaitun Olivie Plus 30 ketika perut masih kosong dapat membina perlindungan kepada bahgian badan kita bermula dari mulut, tekak dan seterusnya ke usus. Sebelum makanan sampai ke perut, usus akan mendapat peluang untuk menyerap khasiat yang ada padanya sebelum makanan lain masuk kedalam perut kita.

Bagi individu yang sering merasakan ‘perut tak sedap’ seperti selalu berangin dan merasa senak ataupun mempunyai masalah sembelit, Tuan/Puan juga boleh mengamalkan pengambilan minyak zaitun. Namun perlu juga berjumpa dengan pegawai perubatan (doktor) untuk semakan keadaan kesihatan kita ya Tuan/Puan.

Cara Kedua ialah Kombinasi Bersama Cuka Teen

Bagi Tuan Puan yang mengalami perut tidak sedap, proses penyembuhan bahagian dalam perut kita memerlukan bahan bantuan semula jadi. Pengambilan minyak zaitun asli dan juga kombinasi cuka teen dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kita.

Rasa masam cuka teen dan juga berminyak Olivie Plus 30 itu adalah semulajadi dan dapat memperbaiki bahagian dalaman usus kita. Ianya tidak perlu diminum serentak sekaligus.

Kajian di dalam Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat. Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan ke dalam perut.

 

Cara Ketiga ialah Sebagai Tambahan Hidangan

Minyak zaitun extra virgin seperti Olivie Plus 30 boleh ditambahkan sebagai hidangan diatas salad dan buah-buahan serta roti. Minyak zaitun jenis ini tidak boleh digunakan sebagai minyak goreng kerana ia akan mematikan nutrien di bahagian dalam. Minyak sawit atau minyak kelapa lebih sesuai digunakan bagi tujuan tersebut kerana ia lebih tahan pada suhu yang tinggi.

 

Ulasan daripada Dr Salman mengenai gastrik

 
Wa’alaikumsalam. Penyakit radang selaput perut (gastritis) mempunyai tahap-tahap tertentu bermula dari tahap ringan (mild) hinggalah kepada tahap komplikasi seperti ulser
yang membawa kebocoran perut. Olive oil mampu merawat peringkat awal radang perut dengan meneutralkan asid  hidroklorik seterusnya membentuk lapisan minyak yang mencegah hakisan asid. Dalam kes yang teruk, ianya memerlukan scope/teropong ke bahagian perut untuk memastikan tiada ulser atau pendarahan yang berlaku kerana keadaan tersebut
memerlukan rawatan intensif.

Bagi rawatan gastritis di peringkat awal, rawatan berikut boleh diikhtiarkan:

a) Madu asli dicampur air suam diminum semasa perut kosong

b) Minyak zaitun dicampur air suam diminum setiap kali sebelum makan

c) Mengambil oat bersama madu sebagai sarapan

d) Mengambil jus halia setiap hari

e) Mengelakkan makanan yang pedas

Jika simptom masih tidak terkawal, ubatan seperti proton pump inhibitor perlu diambil atas nasihat doktor.

Kesimpulan Penulis : Pengalaman Minum Minyak Zaitun Asli Extra Virgin Olivie Plus 30

Rasa pahit untuk minum Olivie Plus adalah sesuatu yang ada didalam mindset kita sahaja. Apabila mula mendapat khasiat kebaikan daripada minyak zaitun extra virgin ini dimana penulis mula merasa sihat dan bertenaga. Kekerapan diserang gastrik juga semakin berkurangan dan dalam masa yang sama saya menjaga waktu makan dan mengurangkan makanan yang masam dan pedas.

Apabila sudah beberapa bulan mengamalkan minyak zaitun Olivie Plus 30, setiap sudu Olivie Plus 30 tidak terasa pahitnya. Ia rasa sedikit berminyak namun boleh ditelan. Amalan minum air cuka teen dari Olive House selepas itu juga membantu mengurangkan rasa ‘tidak sedap’ yang ada didalam fikiran kita.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.