fbpx
0

Minum Cuka Boleh Sebabkan Gastrik?

Amalan minum cuka dikatakan boleh sebabkan gastrik yang teruk dan penghakisan dinding perut dan dinding esofagus yang boleh menyebabkan pendarahan perut.

Cuka juga dikatakan kononnya tiada bukti klinikal ianya bagus untuk kesihatan.

Perhatikan hadis berikut yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah (hadis nombor 3309 dalam kitab Sunan Ibn Majah.

Ummu Sa’d ra berkata, “Saat Rasulullah SAW menemui Aisyah RA aku sedang berada di sampingnya, beliau bertanya: “Apakah ada makanan?” Aisyah menjawab, “Kita hanya memiliki roti, kurma dan cuka.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik lauk adalah cuka. Ya Allah, berkatilah cuka, sesungguhnya cuka adalah lauk para nabi sebelumku, dan tidak dikatakan fakir rumah yang di dalamnya terdapat cuka.”

Cuka adalah sebaik-baik lauk menurut Nabi SAW dan ia juga merupakan lauk kepada para Nabi sebelum Rasulullah. Nabi SAW berdoa kepada Allah swt supaya cuka diberkati. Nabi SAW juga menjamin penghuni rumah yang ada cuka tidak akan menjadi fakir miskin.

Jadi apa isunya dengan minum cuka ? Kenapa ramai dapat gastrik dan pendarahan perut kerana pengambilan cuka ?

Jawapannya ialah cuka komersil (cuka kurma, epal dll) yang dijual di kedai-kedai mempunyai kandungan asid asetik yang sangat tinggi iaitu di antara 10% hingga 12%. Kandungan kadar asid asetik yang sangat tinggi ini boleh menghakis dinding perut dan menyebabkan gastrik dan pendarahan perut.

Tetapi sekiranya kita buat sendiri cuka di rumah (home made vinegar) paras asid asetiknya sangat rendah iaitu sekitar 4% hingga 5%.

Terdapat banyak kajian klinikal telah dijalankan membuktikan kehebatan kesan mimum cuka ke atas kesihatan manusia. Dr Carol Johnston dan Dr Cindy Gaas dari Arizona State University, Amerika Syarikat membuktikan dalam kajian mereka bahawa cuka mempunyai kesan berikut :

  1.  Cuka mempunyai kesan antibiotik semulajadi
  2. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan tekanan darah
  3. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan risiko serangan jantung
  4. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan risiko kanser
  5. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.

Sekiranya anda tidak tahu cara membuat cuka di rumah, pastikan anda mendapatkan cuka dari penjual di mana kandungan paras asid asetik tidak melebihi 4-5%.

Adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila doktor-doktor Muslim di Malaysia menentang penggunaan cuka oleh pesakit mereka tetapi Nabi SAW dan saintis/doktor Barat menggalakkan pengambilan cuka disebabkan oleh kesannya yang menakjubkan

Oleh: Dr Noorul Amin Abd Rahman.

Penting! Cuka mesti dibancuh dengan air sebelum diminum untuk menelakkan ketidak selasaan kepada perut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.