Your cart is currently empty!
Sebagai ibubapa, penyediaan sarapan untuk anak-anak merupakan suatu perkara penting dalam memastikan persekolahan mereka berlangsung dengan baik. Anak-anak yang mendapat makanan yang baik seawal pagi membantu mereka untuk lebih fokus dan kekal bertenaga sepanjang hari.
Mungkin ada ibubapa yang berkerja perlu bangun seawal sebelum subuh untuk siapkan anak-anak dan sediakan sarapan seisi keluarga. Dengan masa yang begitu terbatas, ada yang mengambil jalan pintas dengan ‘ready made’ breakfast seperti cereals, roti, biskut dan sebagainya. Makanan berproses ini merupakan suatu benda wajib yang perlu ada kepada majority masyarakat kerana ia mudah dan cepat untuk di makan.
Namun begitu, ianya bukanlah pilihan yang baik untuk jangka masa panjang. Kerana makanan yang diproses ini majoritinya telah kehilangan khasiat semulajadi kerana melalui proses-proses sebelum terhasilnya sesuatu produk.
Dalam menyediakan hidangan kepada anak-anak, ianya perlu lebih menarik dan ‘nampak sedap’ untuk pikat perhatian mereka makan makanan berkhasiat. Warna dan potongan mestilah sesuai dengan minat mereka. Sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna. Ini akan membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi kepada mereka.
Berikut adalah salah satu resepi makanan sihat untuk anak-anak yang kita boleh sediakan dalam masa yang singkat. Bahan-bahannya adalah:
- 1/4 Nasi (beras parboiled)
- sayur potong: lobak merah, jagung, brokoli, bawang putih, bawang besar
- telur ayam kampung
- buah oren, kurma ajwah
Sebelum mereka ke sekolah, berikan mereka segelas air kosong, 1 sudu minyak zaitun sebagai sumber tenaga awal mereka. Bagus untuk usus, otak dan seluruh tubuh mereka. Zaitun itu makanan yang berkat. Khasiat minyak zaitun tidak boleh dinafikan di mana banyak kajian saintifik yang membuktikan kebaikannya kepada kesihatan.
Mudah-mudahan kesihatan mereka terpelihara, lebih cergas, cerdas dan bertenaga.
Lihat minyak zaitun [di sini]
Leave a Reply