Your cart is currently empty!
Kitaran hidup seseorang wanita tidak akan terlepas melalui fasa menopause dan simptom yang paling popular sering dibicarakan adalah situasi ‘hot flashes’. Secara umum seseorang wanita itu dikatakan memasuki fasa menopause bermula umur 45 tahun. Namun ada juga yang mengalaminya lebih awal, seawal umur 40 tahun. Ini merupakan kitaran normal bagi seseorang wanita.
Apa itu ‘hot flashes’?
‘Hot-flashes’ adalah situasi di mana rasa hangat yang datang secara tiba-tiba, biasanya paling ketara di muka, leher dan dada. Kulit juga menjadi kemerahan. ‘Hot-flashes’ juga boleh menyebabkan berpeluh, dan jika pada waktu ini kehilangan terlalu banyak haba, sesorang itu mungkin berasa sejuk selepas itu. [Rujukan]
Selain ‘hot flashes’, berikut adalah simptom-simptom normal bagi peri-menopuase, menopause dan juga post-menopause.
- Kurang kekerapan berlaku haid
- Haid yang singkat atau terlalu panjang dari kebiasaan
- Hot-flashes; Terasa suhu badan mudah naik
- Mood mudah berubah
- Mudah berpeluh sewaktu tidur malam dan lebih dari biasa
- Sukar untuk tidur lena
- Kerap buang air kecil
- Kurang keinginan seksual
- Kulit menjadi kemerahan atau mudah kering
- Dan beberapa lagi keadaan yang luar dari kebiasaan.
Ianya tanda hormon wanita anda semakin berkurang. Fasa ini kadang-kadang ada yang tidak perasan atas kesibukan kerja dan sebagainya. Tapi penting untuk ketahui supaya lebih bersedia menghadapi perubahan-perubahan dalam hidup.
Apa yang boleh dilakukan?
Amalkan gaya hidup sihat. Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, rukun untuk sihat Aafiyat adalah:
1. Pemakanan
2. Tidur
3. Minum Air
4. Senaman Ringan
5. Kawalan Stress
6. Ambil suplemen yg perlu (bukan semua) dan ambil Quranic Food.
Hormon memainkan peranan penting untuk kesihatan tubuh, dari aspek mental, fizikal dan emosi. Apabila penghasilannya berkurang, disebabkan faktor umur, gaya hidup tidak sihat dan masalah tertentu maka akan berlaku ketidakseimbangan kepada sistem tubuh.
Ianya bukanlah satu penghujung, kerana amalan pemakanan dan element lain dalam gaya hidup sihat mampu membantu mencapai keseimbangan hormon dan membantu anda menjalani kehidupan dengan baik.
Makanan yang tinggi nilai nutrisi mempunyai sifat antioksida, anti-keradangan, anti-kanser yang membantu melindungi tubuh dalam kata lain membantu sistem badan akibat kekurangan hormon. Maka keadaan hot flashes serta simptom-simptom lain yang diterangkan pada awal article ini dapat dihadapi dengan baik.
Adalah amat penting bagi seseorang wanita menghadapi fasa ini kerana melibatkan kesihatan peribadi, hubungan suami isteri, emosi yang stabil serta ketengan mental. Hot flashes yang tidak diurus dengan baik akan menjejaskan banyak perkara dan mungkin menyebabkan stress berpanjangan yang juga mengundang pelbagai masalah lain.
Olivie Campuran Ekstrak Buah Zaitun & Daun Zaitun (OPU)
Olivie Campuran Ekstrak Buah Zaitun & Daun Zaitun (OPU) salah satu pilihan yang dapat membantu anda. Ianya mengandungi minyak zaitun yang menjadi sumber lemak sihat serta ekstrak zaitun yang sarat dengan antioksida, anti-keradangan dan anti-kanser akan membantu anda mengatasi simptom tersebut, memperbaiki tahap kesihatan serta yang paling penting melindungi dari penyakit.
Ini merupakan ikhtiar yang baik untuk sesorang wanita itu menjalani fasa menopause dengan lebih baik.
Comments
2 responses to “‘Hot Flashes’ Dalam Fasa Menopause Boleh Dikawal?”
Salam…dh hmpir 1 tahun saya tidak datang bulan..saya kerap mengalami sakit pinggang dan kerap letih..blh ka saya mengamalkan minyak zaitun ini ..saya juga ada mengambil ubat darah tinggi.
Salam. Boleh, terutama mereka yang dalam fasa peri-menopause, menopause dan post menopause. Pada fasa ini badan mengalami perubahan akibat pengurangan hormon berbanding tempoh usia sebelumnya. Makanan yang tinggi antioxidant bertindak membantu fungsi tubuh (yang mana sebelum ini banyak dimainkan oleh hormon). Dalam minyak zaitun itu sendiri bertindak sebagai lemak sihat yang memberikan tenaga serta mencegah oksidasi berlebihan justeru membantu mengawal kolestrol. Amalkan olivie power up Setiap pagi dan malam. Jarakkan 1 jam dengan apa-apa pengambilan ubat.