fbpx

Tag: olivie plus 3ox

  • Khasiat Minyak Zaitun Asli Olivie Plus 30x

    Khasiat Minyak Zaitun Asli Olivie Plus 30x

    Olivie Plus 30x adalah minyak zaitun asli extra virgin yang didatangkan khas dari Morocco. Ianya mengandungi 30 kali ganda khasiat (polifenols-hydroxityrosol) berbanding minyak zaitun biasa.

    Sebelum kita pergi lebih details berkenaan khasiat minyak zaitun, terlebih dahulu kita fahami fungsi minyak zaitun kepada tubuh badan kita. Mengikut keperluan nutrisi, badan kita perlukan lemak sihat setiap hari iaitu mesti dari jenis un-saturated fats. Antar sumber yang terbaik adalah dari minyak zaitun asli.

    Kompsisi jenis lemak yang tinggi un-saturated fats dan kandungan khasiat yang bersifat antioksida yang tinggi sememangnya mampu memberi manfaat kepada tubuh dalam memberi perlindungan dan memperbaiki masalah kesihatan.

    Olivie Plus 30x kaya dengan antioksida, yang sangat tinggi berbanding minyak zaitun biasa di pasaran. Berikut merupakan antara manfaat yang bakal diperolehi oleh individu jika mengamalkannya secara konsisten:

    1. Mengatasi Masalah Eczema
    2. Menstabilkan Hormon
    3. Mengatasi Sembelit
    4. Memberikan Tenaga
    5. Mengatasi Gastrik
    6. Menjaga Kesihatan Jantung
    7. Awet Muda
    8. Menurunkan Bacaan Gula (Kencing Manis)
    9. Melindungi Kanser
    10. Mengatasi Psorisis
    11. Mengawal Kolestrol
    12. Mengatasi Cyst/Fibroid

    Fakta Nutrisi Minyak Zaitun

    Minyak zaitun kaya dengan kandungan lemak mono tidak tepu (un-staturated fats). Banyak kajian menunjukkan, lemak jenis ini mampu mengimbangi kadar kolestrol dalam darah (meningkatkan kolestrol baik HDL, dan menurunkan  kadar koelstrol jahat LDL), kaya dengan vitamin seperti Vitamin E dan bersifat antioksidan.

    Makanan yang mengandungi antioksidan adalah makanan kelas pertama di dunia kesihatan. Dalam minyak zaitun terdapat kandungan polifenols yang tinggi. Antioksidan yang bernama hydroxityrosolmerupakan antioksidan yang paling cepat meresap dan hanya ada dalam minyak zaitun. Ada yang mengukur kualiti minyak zaitun itu berdasarkan nilai keasidan, namun ianya perlu diukur berdasarkan kualiti khasiat dalam minyak zaitun tersebut.

    Secara umum, kandungan nutrisi yang terdapat dalam 100 gram minyak zaitun:

    • Lemak tepu: 13.8%.
    • Lemak mono-tak tepu: 73%
    • Omega-6: 9.7%.
    • Omega-3: 0.76%.
    • Vitamin E: 72% daripada RDA.
    • Vitamin K: 75% daripada RDA.

    Minyak zaitun extra virgin lebih dikenali akan kandungan antioksidannya. Bahan-bahan ini aktif secara biologi dan sebahagian daripada mereka dapat membantu memerangi penyakit yang serius.. Antara antioksidan utama adalah oleocanthal anti-radang, serta oleuropein, bahan yang melindungi kolesterol LDL daripada pengoksidaan . Sesetengah orang telah mengkritik minyak zaitun kerana mempunyai Omega-6 yang tinggi untuk nisbah Omega-3 (lebih 10: 1), tetapi perlu diingat bahawa jumlah lemak tak tepu masih agak rendah, jadi ini tidak sepatutnya menjadi kebimbangan.

    Keistimewaan Olivie Plus 30x

    Sejarah Pengeluar Olivie Plus 30x

    Minyak Zaitun Olivie Plus 30x dihasilkan sejak tahun 1887 oleh Syarikat Atlas Olive Oils yang terletak di El-Borouj, Morocco. Berpengalaman selama 125 tahun dalam menghasilkan minyak zaitun extra virgin yang berkualiti tinggi menjadikan syarikat Atlas Olive Oils merupakan salah satu syarikat pengeluar minyak zaitun terbaik di dunia dan mendapat banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

    Antara pengiktirafan yang diterima adalah Anugerah Mario Solinas yang dianjurkan oleh International Olive Oil Council, ‘Great Taste Award of London’ dan The International Olive Oil Competition of Los Angeles di Amerika Syarikat.

    Keunikan & Keistimewaan Olivie Plus 30x

    i- Faktor Muka Bumi

     

    Ladang zaitun milik Atlas Olive Oils terletak di daerah Al-Boruj iaitu kawasan yang diklasifikasikan sebagai gurun sahara. Apabila kawasan gurun kita dapat bayangkan keadaan yang panas, kering dan berbatu di mana tidak banyak tumbuhan boleh tumbuh dengan mudah. Namun demikian atas inisiatif dan kepercayaan pengusaha ini bahawa pohon zaitun berjaya ditanam dan hidup dengan baik. Sebanyak tiga juta pokok zaitun di tanam di dalam estet yang berkeluasan sebanyak 600 hektar.

    Kepadatan polyphenol yang tinggi di dalam Olivie Plus 30x  di mana ianya dipengaruhi oleh kadar yang dihasilkan oleh pohon tersebut untuk terus hidup merupakan pengukur akan kualiti minyak zaitun yang bakal dihasilkan. Persekitaran gurun, tanah yang berbatu dan kekurangan air telah memaksa pokok zaitun untuk menghasilkan buah yang mengandungi kandungan antioksida yang tinggi untuk membolehkan pokok itu meneruskan hidup.

    Penderitaan ekologi telah memaksa pokok zaitun tersebut memberi hasil yang terbaik bagi menjaga diri dan juga kita. Buah zaitun di tanam di kawasan gurun yang tanah dan persekitarannya bebas dari sebarang pencemaran.

    Pemprosesan Minyak Zaitun Olivie 30 Plus ini dihasilkan di kilang pemprosesan yang terletak di dalam ladang tersebut sejurus buah zaitun segar selesai dipetik dari ladang buah zaitun.

     

    ii. Faktor Kesegaran Buah Yang Digunakan Untuk Penghasilan Minyak

    Pengusaha yang menghasilkan minyak zaitun Olivie Plus 30x ini mempunyai sebuah mesin berteknologi tinggi untuk tujuan penuaian buah zaitun. Mesin ini mengurangkan masa menunggu untuk buah diproses menjadi minyak. Dengan adanya mesin ini, proses penghasilan minyak dapat diminimumkan sepantas 35 minit bermula dari proses tuaian.

    Mesin ini hanya ada 3 unit sahaja di dalam dunia yang direka khas bagi tujuan menjamin kesegaran buah yang dituai dalam menghasilkan minyak zaitun yang sangat berkualiti tinggi. Berbeza dengan tempat lain, buah dituai secara manual, dikutip di bawah pohon dan menunggu giliran minyak diproses.

     

    Kaedah Perahan Secara Mekanikal Tanpa Haba & Tidak Ditapis (Mechanically Cold Pressed & Unfiltered)

    Menggunakan teknik pemprosesan ‘Mechanically Cold Pressed’ iaitu proses mengeluarkan minyak zaitun secara mekanikal iaitu dengan mengisar buah zaitun tanpa melibatkan sebarang bahan kimia atau pemanasan ataupun penggunaan haba. Ada proses yang menggunakan haba dan bahan kimia semasa pemprosesan unutk mendapatkan lebih minyak zaitun sedangkan haba yang tinggi akan menjejaskan khasiat dalam minyak zaitun.

    Tidak ditapis bagi mengekalkan khasiat minyak zaitun di tahap yang maksimum. Minyak zaitun yang ditapis akan kehilangan 4 khasiat utama yang sebenarnya menjadi sumber kekuatan sesuatu minyak zaitun.

     

    Khasiat Berganda Terbukti Hasil Ujian Makmal (Test Report )

    Berdasarkan ujian makmal, kandungan hydroxytyrosol dalam Olivie Plus 30x amatlah tinggi berbanding minyak zaitun biasa.

    Satu Sudu Olivie Plus 30x memberikan Tiga Puluh Kali Manfaat (antioksidan) berbanding minyak zaitun extra virgin biasa.

    Analisis juga menunjukkan yang Olivie Plus 30x yang dikeluarkan oleh Atlas Olive Oils mempunyai kandungan yang kaya dengan polyphenols (polifenol) semulajadi dan secara spesifiknya  Hydroxytyrosol yang mempunyai 30 kali ganda berbanding minyak zaitun extra virgin biasa.

    Kandungan polifenol yang dihasilkan amat penting melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan oksidatif bagi mengelakkan penyakit yang serius seperti kanser, sakit jantung, parkinson dan sebagainya.

    Hydroxytyrosol adalah molekul antioksida yang paling kecil dan unik yang mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak ( blood brain barrier). Kandungan Hydroxytyrosol dalam pati minyak zaitun Olivie Plus 30x adalah abdara 25 hingga 30 kali lebih tinggi dari minyak zaitun biasa. Ini dapat dilihat dengan perbandingan yang dibuat ke atas minyak zaitun extra virgin olive oil dari negara lain.

     

    Terdapat dua komponen utama di dalam Olivie Plus 30X iaitu Hydroxytyrosol dan polifenol. Dua kandungan ini membezakan Olivie Plus 30X dengan minyak zaitun yang lain. Hydroxytyrosol adalah “king” antioksidan yang paling hebat ditemui sehingga kini. Nilai ORAC ( Oxygen Radical Absorbance Capacity -Kebolehan menyerap sel rosak radikal bebas) dicatatkan setinggi 68,567 yang mana 15 kali ganda tinggi dari teh hijau. Ini boleh di lihat melalui perbandingan di bawah.

     

    Mendapat Sijil USDA Organic.

    Kenapa pentingnya untuk mendapatkan kelulusan USDA organic?

    Mendapat SIJIL ORGANIK DARI USFDA (United States Food and Drug Administration) adalah sangat penting kerana ini merupakan pengiktiran dari badan antarabangsa yang menyatakan bahawa olivie plus 30x adalah makanan organik yang bebas dari bahan kimia dan penggunaan racun serangga yang terlarang..

    Mendapat Pengiktiran Dari Pakar Nutrisi Antarabangsa.

    olivie plus 30x

    Profesor Henri Joyeux merupakan pakar nutrisi antarabangsa dan juga pakar bedah kanser, Hospital Universiti Montpellier, Perancis berkata

    “Saya akan menggunakan Olivie Plus 30x secara meluas tanpa preskripsi, lebih-lebih lagi dalam bidang oncologist saya”

    Boleh juga tonton youtube tentang penerangan olivie plus 30x dari Profesor Henri Joyeux, yang dikenali sebagai “bapa kanser dunia”juga terlibat di dalam menerbitkan buku bertajuk “Olive Oil Antioxydants – A Treasure For Your Health”Buku ini adalah rekod kajian ilmiah tentang penyakit kronik dan fungsi minyak zaitun olivie plus 30x dalam membantu mencegah dan merawatnya.

     

    DAPATKAN OLIVIE SEKARANG