fbpx

Olivie Plus 30x adalah minyak zaitun asli extra virgin yang didatangkan khas dari Morocco. Ianya mengandungi 30 kali ganda khasiat (polifenols-hydroxityrosol) berbanding minyak zaitun biasa.

Sebelum kita pergi lebih details berkenaan khasiat minyak zaitun, terlebih dahulu kita fahami fungsi minyak zaitun kepada tubuh badan kita. Mengikut keperluan nutrisi, badan kita perlukan lemak sihat setiap hari iaitu mesti dari jenis un-saturated fats. Antar sumber yang terbaik adalah dari minyak zaitun asli.

Kompsisi jenis lemak yang tinggi un-saturated fats dan kandungan khasiat yang bersifat antioksida yang tinggi sememangnya mampu memberi manfaat kepada tubuh dalam memberi perlindungan dan memperbaiki masalah kesihatan.

Olivie Plus 30x kaya dengan antioksida, yang sangat tinggi berbanding minyak zaitun biasa di pasaran. Berikut merupakan antara manfaat yang bakal diperolehi oleh individu jika mengamalkannya secara konsisten:

  1. Mengatasi Masalah Eczema
  2. Menstabilkan Hormon
  3. Mengatasi Sembelit
  4. Memberikan Tenaga
  5. Mengatasi Gastrik
  6. Menjaga Kesihatan Jantung
  7. Awet Muda
  8. Menurunkan Bacaan Gula (Kencing Manis)
  9. Melindungi Kanser
  10. Mengatasi Psorisis
  11. Mengawal Kolestrol
  12. Mengatasi Cyst/Fibroid

Fakta Nutrisi Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan kandungan lemak mono tidak tepu (un-staturated fats). Banyak kajian menunjukkan, lemak jenis ini mampu mengimbangi kadar kolestrol dalam darah (meningkatkan kolestrol baik HDL, dan menurunkan  kadar koelstrol jahat LDL), kaya dengan vitamin seperti Vitamin E dan bersifat antioksidan.

Makanan yang mengandungi antioksidan adalah makanan kelas pertama di dunia kesihatan. Dalam minyak zaitun terdapat kandungan polifenols yang tinggi. Antioksidan yang bernama hydroxityrosolmerupakan antioksidan yang paling cepat meresap dan hanya ada dalam minyak zaitun. Ada yang mengukur kualiti minyak zaitun itu berdasarkan nilai keasidan, namun ianya perlu diukur berdasarkan kualiti khasiat dalam minyak zaitun tersebut.

Secara umum, kandungan nutrisi yang terdapat dalam 100 gram minyak zaitun:

  • Lemak tepu: 13.8%.
  • Lemak mono-tak tepu: 73%
  • Omega-6: 9.7%.
  • Omega-3: 0.76%.
  • Vitamin E: 72% daripada RDA.
  • Vitamin K: 75% daripada RDA.

Minyak zaitun extra virgin lebih dikenali akan kandungan antioksidannya. Bahan-bahan ini aktif secara biologi dan sebahagian daripada mereka dapat membantu memerangi penyakit yang serius.. Antara antioksidan utama adalah oleocanthal anti-radang, serta oleuropein, bahan yang melindungi kolesterol LDL daripada pengoksidaan . Sesetengah orang telah mengkritik minyak zaitun kerana mempunyai Omega-6 yang tinggi untuk nisbah Omega-3 (lebih 10: 1), tetapi perlu diingat bahawa jumlah lemak tak tepu masih agak rendah, jadi ini tidak sepatutnya menjadi kebimbangan.

Keistimewaan Olivie Plus 30x

Sejarah Pengeluar Olivie Plus 30x

Minyak Zaitun Olivie Plus 30x dihasilkan sejak tahun 1887 oleh Syarikat Atlas Olive Oils yang terletak di El-Borouj, Morocco. Berpengalaman selama 125 tahun dalam menghasilkan minyak zaitun extra virgin yang berkualiti tinggi menjadikan syarikat Atlas Olive Oils merupakan salah satu syarikat pengeluar minyak zaitun terbaik di dunia dan mendapat banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Antara pengiktirafan yang diterima adalah Anugerah Mario Solinas yang dianjurkan oleh International Olive Oil Council, ‘Great Taste Award of London’ dan The International Olive Oil Competition of Los Angeles di Amerika Syarikat.

Keunikan & Keistimewaan Olivie Plus 30x

i- Faktor Muka Bumi

 

Ladang zaitun milik Atlas Olive Oils terletak di daerah Al-Boruj iaitu kawasan yang diklasifikasikan sebagai gurun sahara. Apabila kawasan gurun kita dapat bayangkan keadaan yang panas, kering dan berbatu di mana tidak banyak tumbuhan boleh tumbuh dengan mudah. Namun demikian atas inisiatif dan kepercayaan pengusaha ini bahawa pohon zaitun berjaya ditanam dan hidup dengan baik. Sebanyak tiga juta pokok zaitun di tanam di dalam estet yang berkeluasan sebanyak 600 hektar.

Kepadatan polyphenol yang tinggi di dalam Olivie Plus 30x  di mana ianya dipengaruhi oleh kadar yang dihasilkan oleh pohon tersebut untuk terus hidup merupakan pengukur akan kualiti minyak zaitun yang bakal dihasilkan. Persekitaran gurun, tanah yang berbatu dan kekurangan air telah memaksa pokok zaitun untuk menghasilkan buah yang mengandungi kandungan antioksida yang tinggi untuk membolehkan pokok itu meneruskan hidup.

Penderitaan ekologi telah memaksa pokok zaitun tersebut memberi hasil yang terbaik bagi menjaga diri dan juga kita. Buah zaitun di tanam di kawasan gurun yang tanah dan persekitarannya bebas dari sebarang pencemaran.

Pemprosesan Minyak Zaitun Olivie 30 Plus ini dihasilkan di kilang pemprosesan yang terletak di dalam ladang tersebut sejurus buah zaitun segar selesai dipetik dari ladang buah zaitun.

 

ii. Faktor Kesegaran Buah Yang Digunakan Untuk Penghasilan Minyak

Pengusaha yang menghasilkan minyak zaitun Olivie Plus 30x ini mempunyai sebuah mesin berteknologi tinggi untuk tujuan penuaian buah zaitun. Mesin ini mengurangkan masa menunggu untuk buah diproses menjadi minyak. Dengan adanya mesin ini, proses penghasilan minyak dapat diminimumkan sepantas 35 minit bermula dari proses tuaian.

Mesin ini hanya ada 3 unit sahaja di dalam dunia yang direka khas bagi tujuan menjamin kesegaran buah yang dituai dalam menghasilkan minyak zaitun yang sangat berkualiti tinggi. Berbeza dengan tempat lain, buah dituai secara manual, dikutip di bawah pohon dan menunggu giliran minyak diproses.

 

Kaedah Perahan Secara Mekanikal Tanpa Haba & Tidak Ditapis (Mechanically Cold Pressed & Unfiltered)

Menggunakan teknik pemprosesan ‘Mechanically Cold Pressed’ iaitu proses mengeluarkan minyak zaitun secara mekanikal iaitu dengan mengisar buah zaitun tanpa melibatkan sebarang bahan kimia atau pemanasan ataupun penggunaan haba. Ada proses yang menggunakan haba dan bahan kimia semasa pemprosesan unutk mendapatkan lebih minyak zaitun sedangkan haba yang tinggi akan menjejaskan khasiat dalam minyak zaitun.

Tidak ditapis bagi mengekalkan khasiat minyak zaitun di tahap yang maksimum. Minyak zaitun yang ditapis akan kehilangan 4 khasiat utama yang sebenarnya menjadi sumber kekuatan sesuatu minyak zaitun.

 

Khasiat Berganda Terbukti Hasil Ujian Makmal (Test Report )

Berdasarkan ujian makmal, kandungan hydroxytyrosol dalam Olivie Plus 30x amatlah tinggi berbanding minyak zaitun biasa.

Satu Sudu Olivie Plus 30x memberikan Tiga Puluh Kali Manfaat (antioksidan) berbanding minyak zaitun extra virgin biasa.

Analisis juga menunjukkan yang Olivie Plus 30x yang dikeluarkan oleh Atlas Olive Oils mempunyai kandungan yang kaya dengan polyphenols (polifenol) semulajadi dan secara spesifiknya  Hydroxytyrosol yang mempunyai 30 kali ganda berbanding minyak zaitun extra virgin biasa.

Kandungan polifenol yang dihasilkan amat penting melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan oksidatif bagi mengelakkan penyakit yang serius seperti kanser, sakit jantung, parkinson dan sebagainya.

Hydroxytyrosol adalah molekul antioksida yang paling kecil dan unik yang mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak ( blood brain barrier). Kandungan Hydroxytyrosol dalam pati minyak zaitun Olivie Plus 30x adalah abdara 25 hingga 30 kali lebih tinggi dari minyak zaitun biasa. Ini dapat dilihat dengan perbandingan yang dibuat ke atas minyak zaitun extra virgin olive oil dari negara lain.

 

Terdapat dua komponen utama di dalam Olivie Plus 30X iaitu Hydroxytyrosol dan polifenol. Dua kandungan ini membezakan Olivie Plus 30X dengan minyak zaitun yang lain. Hydroxytyrosol adalah “king” antioksidan yang paling hebat ditemui sehingga kini. Nilai ORAC ( Oxygen Radical Absorbance Capacity -Kebolehan menyerap sel rosak radikal bebas) dicatatkan setinggi 68,567 yang mana 15 kali ganda tinggi dari teh hijau. Ini boleh di lihat melalui perbandingan di bawah.

 

Mendapat Sijil USDA Organic.

Kenapa pentingnya untuk mendapatkan kelulusan USDA organic?

Mendapat SIJIL ORGANIK DARI USFDA (United States Food and Drug Administration) adalah sangat penting kerana ini merupakan pengiktiran dari badan antarabangsa yang menyatakan bahawa olivie plus 30x adalah makanan organik yang bebas dari bahan kimia dan penggunaan racun serangga yang terlarang..

Mendapat Pengiktiran Dari Pakar Nutrisi Antarabangsa.

olivie plus 30x

Profesor Henri Joyeux merupakan pakar nutrisi antarabangsa dan juga pakar bedah kanser, Hospital Universiti Montpellier, Perancis berkata

“Saya akan menggunakan Olivie Plus 30x secara meluas tanpa preskripsi, lebih-lebih lagi dalam bidang oncologist saya”

Boleh juga tonton youtube tentang penerangan olivie plus 30x dari Profesor Henri Joyeux, yang dikenali sebagai “bapa kanser dunia”juga terlibat di dalam menerbitkan buku bertajuk “Olive Oil Antioxydants – A Treasure For Your Health”Buku ini adalah rekod kajian ilmiah tentang penyakit kronik dan fungsi minyak zaitun olivie plus 30x dalam membantu mencegah dan merawatnya.

 

DAPATKAN OLIVIE SEKARANG

38 Comments

  • Sunita Zainuddin says:

    Sy berminat utk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini

    • Boleh hubungi kami di 010-3000473

      • Rose says:

        Minyak zaitun ni boleh di ambil tak utk wanita semasa uzur (period). Atau ada kesan sampingan.

        • Hj Firdaus says:

          Boleh diambil untuk wanita dalam masa period. Ianya sumber lemak sihat memberikan tenaga, kandungan antioksidanya membantu fungsi tubuh dan ianya membantu kestabilan hormon. Disarankan ambil bersama cuka tin dan pati delima sebagai pelengkap terutama mereka yang alami senggugut.

    • Amira says:

      Saya ade masalah psoriasis dan olivie sangat membantu saya pulih.. Sekarang saya sedang menyusu bayi berusia sebulan, adakah saya boleh ambil olivie sekarang?

      • Hj Firdaus says:

        Boleh puan. Ianya sumber lemak sihat yang memang disarankan diambil setiap hari. Khasiat yang ada dalam minyak zaitun tersebut akan beri manfaat kepada puan dan juga bayi yang menyusu. Perbanyakkan minum air masak dalam sehari.

        • Aziz says:

          Salam. Kenapakah minyak olive oil keluaran olove house tidak menggunakan botol kaca hitam. Terdapat pandangan yang menyatakan olive oil dalam kaca putih boleh terjejas mutunya. Mohon penjelasan

    • Roslani Ramely says:

      Assalamualaikum. Minyak ni bgs ke utk anak saya yang masih menyusu badan umur 1 tahun 5 bulan. Anak saya ada eczema.

      • Hj Firdaus says:

        Waalaikumsalam. Untuk 1 tahun 5 bulan dah boleh amalkan. Ia membantu kesihatan usus, reduce inflamation dari eczema dan memberi kelembapan kulit. Boleh dijadikan makanan harian (1 sudu teh) dan sapuan pada kulit selepas mandi dan sebelum tidur. Disamping perkara yang trigger eczema perlu diketahui dan ambil langkah mengawalnya. Jika masih menyusu badan, ibu juga perlu amalkan untuk khasiat turun kepada baby. Semoga bermanfaat.

  • Rozita bt Abas says:

    Suami saya ambil warfarin setiap hari krn ada masalah jantung. Boleh kah dia mengambil Olive 30?

    • Boleh amalkan minyak zaitun sebagai makanan yang berikan tenaga dan kandungan antioksida yang terkandung di dalamnya akan bantu pelihara kesihatan jantung. Ia membantu meningkatkan HDL dan merendahkan LDL dalam darah. Jarakkan pengambilan antara 45 minit ke 1 jam. Lakukan pemeriksaan berkala untuk menilai prestasi kesihatan.

    • Shahrizan bin jamal says:

      Saya pgidap pyakit asma kronik apakah sesuai untuk mgambil olivie 30x ini?

      • Hj Firdaus says:

        Ianya sesuai untuk pesakit asma. Khasiat dalam minyak zaitun mampu menguatkan daya ketahanan badan dan meningkatkan fungsi organ pernafasan.

  • Anuar says:

    Minyak Zaitun Olivie Plus 30x sememangnya terbaik dan penuh khasiat.

    Sumber pohon zaitun yang ditanam di Maghribi hampir memenuhi ciri-ciri pohon zaitun yang dinukilkan dalam surah An-Nur ayat 35 ( …. zaitun yg tidak di timur dan tidak di barat … )

    Zaitun adalah satu daripada dua buah yang disebut di dalam Al-Quran dengan lafaz sumpah ( satu lagi ialah buah teen)… Lafaz sumpah menggambarkan ‘kebesaran/kelebihan’ yang Allah jadikan pada kedua-dua buah ini.

  • noorazah says:

    salam..dari start umur berapa boleh ambik minyak zaitun ni..umur anak 2 tahun boleh ke?

    • Hj Firdaus says:

      Boleh. Sukantannya dan kekerapannya berbeza. Boleh hubungi kami di 010-3000473.

      • Sumaiyah mohd kamal says:

        Assalamualaikum..
        Boleh ke makan minyak zaitun ni bagi muka yg sedang berjerawat?

        • Hj Firdaus says:

          Boleh. Berjerawat ni disebabkan beberapa faktor. Antaranya dikaitkan kebersihan usus dan kestabilan hormon. Biasanya sy akan sarankan pengguna amalkan minyak zaitun dan cuka tin.

  • Afiza says:

    Bolehkah minyak zaitun ni membantu mengurangkan tekanan darah untuk pengidap hipertensi?

    • Hj Firdaus says:

      Ianya salah satu makanan yang membantu hipertensi. Dengan sifat antikeradangan dan antioksida membantu mengawal dan memperbaiki keadaan.

  • Rose says:

    Minyak zaitun ni boleh di ambil tak utk wanita semasa uzur (period). Atau ada kesan sampingan.

  • Nurul says:

    Assalam..baby saya berumur 2 bulan lebih mengalami sembelit..dia mnyusu badan sepenuhnya..bolehkah dia diberi minum olivie untuk atasi sembelit dan berapa sukatannya?

    • Hj Firdaus says:

      Salam. Bayi berumur 2 bulan dan full breast feeding; lebih utamakan kepada si ibu. Ibu perlu perbanyakkan minum air dan boleh ambil minyak zaitun 1~2 sudu pagi dan malam. Banyakkan juga makan buah dan sayur untuk khasiat disalurkna melalui susu badan dalam membantu sistem penghadaman baby. Sekiranya keadaan baby berlarutan elok pergi berjumpa doktor terlebih dahulu.

    • Aziz says:

      Salam. Kenapakah minyak olive oil keluaran olove house tidak menggunakan botol kaca hitam. Terdapat pandangan yang menyatakan olive oil dalam kaca putih boleh terjejas mutunya. Mohon penjelasan

      • Hj Firdaus says:

        Ilmu yang penting untuk kita ketahui tentang Extra Virgin Olive Oil adalah:
        • Alah kepada cahaya dalam tempoh yang lama
        • Alah kepada haba/suhu tinggi dalam tempoh yang lama

        Botol gelap bukan satu-satunya packaging untuk extra virgin Olive Oil. Sebaliknya guideline yang diberikan oleh International Olive Oil Council, pembungkusan perlu melindungi minyak zaitun daripada pendedahan cahaya berterusan. Pilihan lain adalah dalam tin aluminium, kotak yang tidak tembus cahaya. Sekiranya botol cerah, ianya WAJIB punyai & disimpan di dalam kotak yang dibekalkan.

        Olivie Plus 30x ni jika dibandingkan dengan minyak zaitun biasa, ianya mengandungi 30 kali ganda lebih khasiat iaitu antioxidan Hydroxytyrosol dan 10 kali ganda tyrosol lebih daripada minyak zaitun biasa. Ianya telah diuji dikalangan 22 sample dari 4 buah negara pengeluar yang lain. Dihadirkan dalam botol cerah dan berkotak, agar pengguna boleh lihat sendiri tekstur, warna, kelikatan minyak zaitun asli. TELUS & TRANSPARENT. Dengan khasiat yang jauh lebih tinggi tersebut, mampu melindungi dirinya sendiri dari oksidasi jika dibandingkan dengan pendedahan cahaya yang sekejap2 bila kita keluarkan dari kotak untuk dimakan.
        ✅ Diiktiraf MESTI oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)
        ✅ Diiktiraf organik oleh USDA & UE
        ✅ Kandungan khasiat diuji & terbukti 30x ganda dari 22 sampel dari 4 buah negara lain.
        ✅ Pensijilan Halal Morocco yang diikitiraf JAKIM

        Utamakan khasiat untuk dapat manfaat maksimum kepada kesihatan. Bukan sekadar warna botol. Tetapi aspek penjagaan kualiti mengikut garis panduan antarabangsa wajib dipraktiskan. Berhati-hati juga dengan sindiket minyak zaitun botol gelap di mana ada pihak yang pentingkan keuntungan semata berselindung dengan warna botol dengan menggunakan kualiti lebih rendah atau minyak campuran dengan melabelkan sebagai extra virgin.

        Maklumat lanjut pengeluar boleh rujuk di https://www.olivie.ma/en/olivie-products/olivie-plus-30x/

        In shaa Allah sama2 kita kongsi ilmu.😊

  • Aaron says:

    Assalamualaikum, ayah sy ada masalah kencing x lawas.. sesuai minum Minyak Zaitun Olivie Plus 30x ?

    • Hj Firdaus says:

      Olivie plus 30x perlu disinergikan (diambil berasama) cuka tin. Disarankan juga untuk buat pemeriksaan lanjut sekiranya terdapat pembentukan batu karang terdapat jangkitan. Ini bagi membantu aspek-aspek lain juga dapat dikaga disampaing makan minyak zaitun dan cuka yang tinggi nilai nutritisi membantu kecekapan organ. Boleh tinggalkan nombor telefon untuk khidmat nasihat lanjut oleh consultant kami.

    • Arisa says:

      Bagaimana klau orang yang ada kebas2 di tangan dan kaki..kadang2 lidah juga..boleh kah mengambil olive plus..?

      • Hj Firdaus says:

        Rasa Kebas2 membawa banyak erti yang berkemungkinan sebagai tanda kolestrol tinggi, toksin tinggi, paras gula, dan lain-lain. Perhatikan makanan harian elakkan refined karbo dan lakukan detox.

        Amat disarankan untuk mula amalkan Olivie plus 30x, 2 sudu sehari kerana ianya mempunyai sifat anti keradangan, antioxidants yang boleh membantu mengatasi rasa kebas serta memperbaiki kesihatan diri. Amalkan bersama bancuhan cuka tin, diambil seleps makan minyak zaitun.

      • Arisa says:

        Juga bengkak sendi jari , bahu, sakit punggung, rasa mencucuk2 halus di tapak tangan dan tapak kaki, rasa lenguh kaki hingga rasa sakit..
        Perlu olive dan sari cuka tin juga ke Dr..? Dan bagaimana dos nya..

        Tq

        • Hj Firdaus says:

          Kedua-duanya paling minimum yang biasa disarankan merujuk apa yang puan kongsikan dan ianya membantu. Tinggalkan pertanyaan di 010-3000473 untuk konsultasi lanjut.

  • Mohd Efendi AL-Arasy Bin Mat Daud. says:

    Saya dah dua botol minum dah, termasuk Power up….. Subhanallah khasiatnya memang terbaik… Selama ini saya ingat rasa minyak zaitun macam minyak kelapa sawit, , tetapi rupanya rasa minyak zaitun memang unik sekali, macam rasa air kopi… Terbaik buah syurga di dalam dunia nyata… ALLAH HU AKHBAR.

    • Hj Firdaus says:

      Alhamdulillah. Tahniah dan syukur atas amalan. Semoga ianya bawa lebih banyak manfaat atas kepercayaan dan kesabaran dalam amalan penjagaan makanan bersama quranic foods.

  • Nur Aiman Najwa Bahman says:

    Assalamualaikum, sy baru menjalani pembedahan buang fibroid di dalam rahim.
    Bolehkah sy amalkan extra virgin oil lepas pembedahan ni? Ada side effect pada luka pembedahan nanti tak? dan produk mana paling sesuai utk sy amalkan selepas pembedahan ni ya?

    • Hj Firdaus says:

      Waalaikumsalam.
      Minyak zaitun membekalkan nutrien lemak sihat kepada tubuh. Ianya juga sebahagian dari keperluan sel badan kita. Selepas pembedahan sangat bagus diamalkan untuk bantu cepat proses recovery. Disamping itu juga amalkan bersama jus delima, madu dan cuka tin di mana ianya sinergi yang baik untuk bantu kestabilan hormon.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.