was successfully added to your cart.
Category

Artikel

MERAWAT DENGAN HABBATUSSAUDA’

By | Artikel, Habbatussauda' | No Comments

Habbatussauda’ - Black Seed / Black Cumin, nama melayunya Jintan Hitam atau nama saintifiknya Nigella Sativa merupakan herba yang terkenal mampu merawat pelbagai penyakit. Banyak kajian dijalankan sejak zaman berzaman membuktikan kebenaran manfaat tumbuhan ini bagi kesihatan manusia.

Khasiat dan manfaatnya juga telah terbukti pada kajian sains moden. Justeru tidak hairan ianya sering digunakan untuk tujuan perubatan sejak ribuan tahun dahulu lagi. Hal ini diperkuatkan lagi dengan adanya hadis yang menyebutkan tentang kelebihan Habbatussauda’ itu sendiri di sisi Rasulullah (SAW) sejak hampir 1500 tahun dahulu lagi.

HURAIAN DALIL, KHASIAT DAN MANFAATNYA PADA PERSPEKTIF ISLAM & SAINS MODEN

Ustaz Fakhrulrazi IbrahimMubassyir OLIVE HOUSE

Hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi (SAW) bersabda :

“في الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا السّامّ”

“Pada Habbatas Sauda’ itu adanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

[HR Bukhari – Kitab Al-Thibb No. 5687 & HR Muslim No. 2215]

Sabda Nabi (SAW) :

“عليكم بهذه الحبّة السّوداء فإن فيها شفاء لكلّ داء إلا السّامّ”

“Hendaklah kamu (sentiasa) mengamalkan Habbatus Sauda’ ini, kerana sesungguhnya terdapat padanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

Daripada Aisyah r.a, Nabi (SAW) bersabda :

إنّ هذه الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا من السّامّ. قلت : وما السّامّ؟ قال : الموت

“Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah kesembuhan (ubat) dari setiap penyakit kecuali as-Sam.” Aku (Aisyah) bertanya: Apa itu as-Sam? Rasulullah menJawab: “Kematian.” [HR Bukhari]

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi (SAW) bersabda :

“ما من داء إلا في الحبّة السّوداء منه شفاء إلا السّامّ”

“Tiada satu pun penyakit melainkan pada Habbatus Sauda’ itu ada penyembuhnya kecuali as-Sam (mati).” [HR Muslim]

KHASIAT DAN MANFAAT HABBATUSSAUDA’

Antara kajian dan penelitian terawal  tentang manfaat Habbatussauda’ ini dibuat oleh ilmuan ulung perubatan Islam, Ibnu Sina. Beliau di dalam penulisannya menyebut : “Habbatussauda’ mampu bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Ia juga bermanfaat bagi merawat masalah sesak nafas (penat), gejala Asma, dan masalah pernafasan lainnya.”

(“Canon Of Medicine” by Abecene(قانون في الطّبّ.

Habbatussauda’ kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan Karbohidrat sebanyak 38%, Protein (21%) dan Asid Lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain ialah Thiamin, Niasin, Kalsium, Folasin, Zink dan Fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.”

(“Canon Of Medicine” by Abecene(قانون في الطّبّ.

Kajian dari Hospital King Fadh University Al-Khobar, Arab Saudi menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ekstrak Habbatussauda’ yang bertindak sebagai perencat aktiviti Helicobacterpylori, sejenis bakteria yang mengakibatkan gastrik, ulser perut dan kanser perut. Kelebihan pati minyak Habbatussauda’ dalam melawan serangan virus atau bakteria apabila ia mampu memusnahkan struktur membran sel pembunuh dan melumpuhkan aktiviti sel tersebut.

Jabatan Fisiologi, Pusat Perubatan Ghaem & Universiti Perubatan Mashhad :

Nigella Sativa dipercayai membantu penyembuhan penyakit asma apabila diambil secara berterusan.”

Antara kajian dan penelitian terawal  tentang manfaat Habbatussauda’ ini dibuat oleh ilmuan ulung perubatan Islam, Ibnu Sina. Beliau di dalam penulisannya menyebut : “Habbatussauda’ mampu bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Ia juga bermanfaat bagi merawat masalah sesak nafas (penat), gejala Asma, dan masalah pernafasan lainnya.”

(“Canon Of Medicine” by Abecene(قانون في الطّبّ.

Habbatussauda’ kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan Karbohidrat sebanyak 38%, Protein (21%) dan Asid Lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain ialah Thiamin, Niasin, Kalsium, Folasin, Zink dan Fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.”

(“Canon Of Medicine” by Abecene(قانون في الطّبّ.

PANDANGAN ULAMA TENTANG HADIS HABBATUSSAUDA’

“Disebutkan bahawa sesungguhnya ucapan Baginda (SAW) berkenaan ayat “seluruh penyakit” itu maksudnya ianya boleh dijadikan ubat dengannya (Habbatussauda’). Sesungguhnya ia bermanfaat bagi penyakit-penyakit sejuk sedangkan penyakit panas maka ianya tidak (berkesan).” [Fath Al-Bari 10/144]

AL-HAFIZ IBN HAJAR AL-ATHQALANI

“Sebahagian ulama mengatakan bahawa lafaz “kullu” (semua – penyakit) di sini ialah lafaz umum yang membawa makna khusus sebagaimana firman Allah (tentang burung yang berkata kepada Nabi Sulaiman). “Sesungguhnya aku mendapati seorang perempuan yang memerintah mereka dan telah diberikan kepadanya semua benda dan dia juga mempunyai singgahsana yang agung.” [An-Naml, 23]. - [Kasyf Al-Mushkil 3/364]

Ayat ini berkaitan seekor burung Hud-hud yang memberitahu kepada Nabi Sulaiman tentang Ratu Balqis di negeri Saba'. Makna lafaz kullu (semua) dalam surah An-Naml tersebut bukanlah bermaksud seluruh benda yang ada di dunia telah dimiliki oleh Ratu Balqis, sebaliknya ia bermaksud dia mempunyai kemewahan dunia yang diperlukannya untuk memerintah sesebuah kerajaan. - [Tafsir Ibn Kathir 6/186]

IMAM IBN QAYYIM AL-JAUZI

“Yang dimaksudkan dalam hadith itu ialah penawar/ubat bagi penyakit-penyakit berkaitan (iklim/suhu) lembap, berkahak, yang mana Habbatussauda’ itu sifatnya panas dan kering (ianya berlawanan).”- [Kasyf Al-Musykil 3/364]

IBNUL QAYYIM AL-JAUZI

Imam An-Nawawi ketika membahaskan hadith ini mengatakan bahawa Habbatussauda’ tidak sesuai pada penyakit tertentu seperti penyakit berkaitan sejuk. Katanya lagi : “Sesungguhnya Rasulullah (SAW) menggambarkan sebegini berdasarkan apa yang disaksikannya pada kebiasaan keadaan para sahabatnya.” - [Syarh An-Nawawi ‘ala Muslim 14/196]

Pada penelitian (pengalaman) bidang nutrisi dan perubatan moden, yang dimaksudkan dengan penyakit sejuk yang dinaqalkan oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani ialah penyakit yang berkaitan dengan cuaca sejuk atau lembap seperti Asma, lelah, sesak nafas, dan apa sahaja masalah berkaitan paru-paru, yang mana penyakit tersebut lebih tepat dan sesuai (keadaan) perawatannya menggunakan Habbatussauda’ kerana sifatnya yang panas.

IMAM AN-NAWAWI

SERBUK (BIJI ATAU MINYAK, MANA YANG LEBIH BAIK?

Umumnya, serbuk atau minyak, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Dalam bentuk minyak, kandungan zat aktif dari Habatussauda’ lebih tersaring dan tidak ada lagi zat yang sudah tidak diperlukan. Inilah sebab utama mengapa banyaknya saranan dari pakar bahawa pengambilan Habatussauda’ dalam bentuk minyak adalah lebih baik berbanding serbuk.

Sebahagian besar zat aktif Habatussauda’ terdapat dalam minyaknya. Namun menurut kajian, terbukti ditemui adanya perbezaan khasiat antara serbuk dan minyak Habatussauda’ terutama untuk menurunkan kadar trigliserida darah. Kelebihan Habatussauda’ dalam bentuk minyak juga sangat bermakna disaat kita memerlukannya (mengamalkannya) dalam bentuk titisan atau sapuan. Di sini jelas kekurangan jika menggunakan serbuk.

Habatussauda’ berbentuk serbuk kaya dengan kandungan serat dan sangat baik untuk pencernaan. Antara kekurangan Habatussauda’ serbuk adalah dos (sukatan) yang diperlukan lebih banyak berbanding minyaknya, kerana jelas Habatussauda’ dalam bentuk serbuk belum diproses ekstraknya (tidak peroleh khasiat penuh).

Dalam soal harga sudah tentu Habatussauda’ dalam bentuk minyak lebih tinggi, kerana memerlukan proses yang lebih teliti dan berperingkat berbanding dalam bentuk serbuk.

BELI PRODUK

Rujukan :

 Sahih Bukhari / Sahih Muslim / Qanun Fi Al-Thibb (Canon Of Medicine) / Fath Al-Bari / Kasf Al-Musykil / Tafsir Ibn Kathir / Thibb An-Nabawi / Pusat Biotech MARDI / Black Cumin “The Magical Egyptian Herb” /

Peluang Jana Pendapatan Tambahan Bersama Olive House

By | Artikel, ejen olive house, Olivie Plus 30x, Peluang Perniagaan | No Comments

Tahun 2019 adalah dikatakan tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia yang menyaksikan rata-rata berita melaporkan berkenaan kelembapan ekonomi serta berkemungkinan berlakunya krisis kewangan. Rentetan dari itu pihak kerajaan dan ada juga syarikat swasta yang mula mengurangkan tenaga kerja mereka. Ini sudah tentunya akan menjejaskan punca pendapatan sesetengah individu yang mungkin terlibat. Justeru itu ramai yang sudah mula mengamabil langkah berjaga-jaga salah satunya mencari peluang jana pendapatan tambahan melalui berniaga.

Bagi mereka yang tidak pernah berniaga tentunya banyak persoalan yang timbul terutamanya soal keyakinan diri dan modal. Untuk memulakan sesuatu perniagaan sendiri  sudah bukanlah mudah dan tentunya memerlukan pengetahuan, pengalaman, modal, pasukan serta plan perniagaan yang baik. Ini bagi memastikan segala apa yang bakal dibelanjakan mampu memberi pulangan yang setimpal, mampu menyediaan pelaunag jana pendapatan tambahan kepada orang lain dan terhidar dari kerugian teruk.

Berikut admin kongsikan beberapa tips yang  mungkin membantu anda di luar sana dalam memilih peluang jana pendapatan tambahan:

Yang Pertama – Jadikan Masalah ialah Peluang

Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Pemakanan berkhasiat adalah salah satu kaedah pencegahan dan perawatan.

Cuba lihat masalah disekelilng kita..Perasan tak dalam umur sebegini, ramai ahli keluarga dan kawan-kawan yang dapat penyakit?…atau kematian tiba-tiba? atau sebarang permasalahan kesihatan?

Kajian menunjukkan bahawa penyumbang utama kepada punca penyakit adalah dari makanan yang tidak berkhasiat lalu menyebabkan keradangan sehingga mendatangkan penyakit. Kadang umur muda dah ada macam-macam penyakit. Jadi, belanja untuk penjagaan kesihatan pun semakin meningkat.

Ini adalah satu masalah!. Mesti ada sesuatu yang dapat kita lakukan untuk bantu ahli keluarga, kawan-kawan dan mereka di luar sana. Mungkin Maybe boleh considerkan jual produk untuk perbaiki tahap kesihatan masyarakat.

Yang Kedua – Pilih Produk yang Dipercayai

Produk berkualiti, terbukti dan diuji amat penting untuk keyakinan pengguna

Kita taknaklah jual sebarang produk yang tak tahu sumbernya untuk berikan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan makan kan? Sebab apa-apa terjadi nanti susah kita dibuatnya. Jika kita nak jual produk orang lain, pastikan ada kajian yang dilakukan terhadap produk itu dan ianya mesti mendapat kelulusan serta pengiktirafan dari badan berautoriti tempatan ataupun antarabangsa.

Kajian terkini mendapati bahawa masyarakat global sudah mula mempunyai kesedaran tentang menjaga pemakanan dan mula mencari produk natural dan organik berbanding supplement buatan atau bahan sintetik. Walaupun harga dikatakan sedikit mahal tetapi gologan ini masih mampu untuk berbelanja wang mereka kepada rangkain produk ‘superfoods’ demi memelihara kesihatan mereka.

Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan atau menjana pendapatan tambahan melalui rangkain produk kesihatan, haruslah terlebih dahulu memeriksa segala sijil dan pengiktirafan dari pengeluar. Ini juga akan membantu kita untuk tampil lebih yakin dan juga memberi keyakinan kepada bakal pelanggan untuk mencuba. Sebaiknya kita cuba dan alami sendiri keberkesanannya bertambahlah keyakinan apabila mencadangkan kepada prospek.

Yang Ketiga – Pilih Jenis Perniagaan Dengan Sistem Latihan dan Sokongan Yang Kuat

Kalau nak mula menjual, pastikan produk itu menyediakan latihan. Kadang tu ada yang tinggal aje, kelam kabut kita nak cari informasi dan nak belajar. Macam produk OLIVE HOUSE yang rata-rata usahawan sertai, memang ada sediakan training dan coaching bagi yang baru nak mula buat extra income.

Di Olive House bukan sokongan info produk sahaja disediakan malah ilmu pengetahuan tentang nutrisi, kemahiran kenalpasti penyakit, penggunaan alatan peemriksaan kesihatan, marketing, akaun dan banyak lagi. Ilmu-ilmu ini amat penting bagi setiap usahawan untuk memulakan perniagaan malah untuk melangkah lebih jauh lagi.

Salah seorang usahawan yang dilahirkan adalah Hj Muhamad Firdaus bin Osman, 35 tahun bekas seorang jurutera oil & gas selama 8 tahun. Beliau adalah ejen pertama yang membuat jualan mencecah 5 angka. Dengan tiada pengalaman berniaga, tetapi hasil kerja keras beliau dan sistem sokongan yang kuat beliau mampu menempa nama sebagai Ejen Lelaki Terbaik Tahun 2016. Beliau kini bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi di Olive House Lembah Klang 3 & Negeri Sembilan dan giat membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan kaannnnn…

Kepada anda yang ingin jana pendapatan tambahan samada secara part time atau full time boleh lah mempertimbangkan menjadi Ejen Olive House. Baca maklumat jadi Ejen Olive House [di sini].

Sediakan payung sebelum hujan. Dapat produk dan personal coaching, dalam masa yang sama kita jadi lebih sihat dan boleh mula jana pendapatan tambahan. Ni bukan MLM tau.

<<<Maklumat jadi Ejen Olive House >>>

Pada 5 Febuari 2019 lalu telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Usahawan Olive House (MEGAH) di Setia City Convention Centre Shah Alam yang menyaksikan lebih 100 orang usahawan menerima pelbagai anugerah dan pakej pelancongan ke luar negara. Mereka merupakan usahawan yang dilatih sepenuhnya oleh Olive House dan hasilnya adalah dari jualan produk pemakanan semulajadi dan organik yang banyak membantu masalah kesihatan pengguna. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah.

<<<Maklumat jadi Ejen Olive House >>>

Eczema Bernanah Sembuh Dengan Olivie Plus 30x

By | Artikel, Eczema, Olivie Plus 30x | No Comments

BUNTU MELIHAT ANAK DERITA PEDIH DAN TIDAK SELESA AKIBAT ECZEMA?

Bukan anda seorang sahaja yang alami. Dah bermacam ikhtiar dah tetapi semuanya tidak berhasil. Sis nak share sikit bab eczema ni.

Apa sebenarnya eczema ni? Bahasa mudahnya adalah badan terlalu sensitif akan sesuatu bahan dan bertindak melawannya. Maka terhasillah reaksi dari tindakbalas ini yang salah satunya memberi tanda pada kulit.

Jadi, adakah daya ketahanan badan kita lemah? Tidak. Sebenarnya sistem badan terlalu sensitif dan tindakannya jadi over. Tambah pula kulit kita selalu kering.

So, macam mana nak bantu badan kita mengawalnya?

Jom kita teliti 2 langkah utama ni:

i- Meminimumkan atau hentikan bahan/faktor yang sebabkan alahan (allergens);

Histamin adalah sejenis bahan yang berfungsi untuk menghantar mesej kepada otak, menjana pengeluaran asid perut untuk membantu penghadaman dan dikeluarkan selepas kecederaan sebagai tindakbalas alergi.

Perlu anda ketahui bahawa badan kita mengeluarkan enzim DAO bersama-sama histamin. DAO ini berfungsi untuk menguraikan histamin yang kita ambil dari makanan. Sekiranya pengambilan makanan yang tinggi histamin secara berterusan, ini akan menyebabkan berlaku kekurangan DAO, maka terjadilah reaksi alergi.

Oleh kerana ini makanan mengandungi histamin sebaiknya dielakkan bagi mengatasi keadaan yang dipanggil ‘histamine intolerance’ yang akan menyumbang kepada masalah eczema.

Antara makanan yang mengandungi nilai histamin yang tinggi adalah:

  • Makanan yang diperam/ditapaikan; Kicap
  • Buah Kering
  • Avocado
  • Terung
  • Bayam
  • Makanan berproses
  • Makanan laut

Selain daripada itu, makanan berikut juga perlu diperhatikan kerana ianya boleh menjana pengeluaran histamin oleh badan:

  • Pisang
  • Tomato
  • Kekacang
  • Betik
  • Coklat
  • Buah Oren
  • Makanan berperisa dan berpewarna

Berikut adalah makanan yang boleh membantutkan pengeluaran DAO:

  • Teh Hijau
  • Minuman Bertenaga

Apa yang disenaraikan di atas adalah rujukan di mana setiap individu perlu mengenalpasti makanan yang mana satukah menjadi faktor besar kepada alergi. Ada juga ujian makmal untuk anda kenalpasti secara detail boleh dilakukan di klinik dan hospital.

Namun, berikut adalah pilihan makanan yang baik untuk dicuba sebagai pengganti kepada makanan yang sensitif di atas:

  • Daging/Ikan/Ayam Kampung Segar
  • Telur
  • Bijirin bebas gluten; quinoa, nasi
  • susu kelapa / susu almond
  • Sayuran segar kecuali tomato, avocado, terung
  • Minyak zaitun

ii- Makananan yang bantu badan lawan allergens.

Dalam minyak zaitun mengandungi banyak lemak tak tepu mono (mono un-saturated fats). Disamping itu juga ada vitamin A,D,E,K dan mineral semulajadi.

Dengan sifat antioksidan yang tinggi sangat membantu sistem pertahanan badan. Kuranglah agresif bertindak melawan alergi yang mana banyak dibantu oleh minyak zaitun.

Ianya juga mengandungi emollient yang mebantu memberi kelembapan kepada tubuh. Makan masalah kulit kering dapat diatasi dan mengelakkan kegatalan, menggaru sehingga berdarah. Vitamin yang terdapat di dalamnya juga membantu kepada kesihatan kulit.

Awas! Jangan salah pilih minyak zaitun. Bukan simply pick from shelf dan terus guna. Pastikan cari jenis extra virgin. Pilih yang organik yang mana diiktiraf oleh USDA.

Sangat dicadangkan untuk mencuba Olivie Plus 30x. Ini kerana antioksidan yang ada di dalamnya 30 kali lebih berbanding minyak zaitun biasa dalam pasaran. Ianya dibuktikan hasil ujian lab test dan apabila dibandingkan dengan 22 sample dari 4 buah negara, ternyata ianya paling tinggi. Ketulenan dan kualitinya terjamin.

Ramai dah kes eczema kronik yang dah sembuh. Berapa lama akan ada kesan? Ini bukan soal magik. Tetapi 2 kaedah kat atas itu jika diikuti dengan baik mungkin dalam masa 3 bulan boleh nampak perbezaan yang ketara. Testimoni berikut mungkin boleh dijadikan rujukan.

Yang penting kaedah ni bebas steroid malah membantu anak-anak untuk lebih sihat.

Macam mana nak amalkan?

Since ianya minyak, paling utama kena makan. Untuk 6 tahun ke bawah cukup 1 sudu teh pagi dan malam. Pada kawasan eczema tu boleh sapu nipis Olivie ni. Untuk 6 tahun 7 tahun ke atas boleb beri 1/2 hingga 1 sudu besar.

Macam mana nak beli?

Klik sahaja [di sini] untuk belian secara online.
Atau hubungi Agen kami yang mengendalikan pelanggan seperti di dalam gambar:
Hjh. Salina – 013-6203124.