was successfully added to your cart.
Tag

khasiat miyak zaitun Archives - Olive House

11 Khasiat Minyak Zaitun Extra Virgin dan Mengapa Perlu Kita Amalkannya

By | Olivie Plus 30x | One Comment
“Seringkali kita mendengar pepatah bahawa mencegah lebih baik dari mengubati. Namun pengertian bagi setiap individu pasti berbeza. Amat penting untuk kita ambil berat akan apa yang baik dan perlu dielakkan untuk kesihatan” – Hj Firdaus

APAKAH ITU MINYAK ZAITUN?

Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil dari perahan buah zaitun (Olea europaea) yang mana pohon zaitun ini merupakan tanaman tradisional di rantau Mediterranean. Oleh karana khasiat minyak zaitun yang tinggi,  ianya banyak digunakan dalam kosmetik, perubatan, memasak, sabun, dan juga digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu tradisional.

APA FUNGSI MINYAK ZAITUN NI KEPADA TUBUH?

Dari sudut nutrisi pemakanan, badan kita memerlukan lemak sihat setiap hari. Apa, biar betul? Kan selama ini kita diberitahu untuk kurangkan makanan berminyak. Ha, itulah Hj nak share kat sini sebenarnya dah banyak kajian yang membuktikan bahawa khasiat minyak zaitun banyak memberi kesan positif kepada kesihatan.

Harus kita fahami bahawa lemak yang dimaksudkan adalah bukan dari jenis ‘trans-fat’. Sebaliknya mestilah majoritinya dari jenis ‘unsaturated fats’ (lemak tidak tepu). Lemak tidak tepu banyak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun.

Istimewanya minyak zaitun ia mengandungi antioksidan (hidroxytyrosol, dll) yang mencegah dari oksidasi yang akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Ianya juga mampu menghalang dari sesuatu penyakit menjadi lebih teruk. Jadi samada orang sihat ataupun orang sakit, ianya menjadi satu makanan keperluan untuk diamalkan setiap hari. Maka tidak hairanlah bahawa oleh kerana menyedari akan kandungan khasiat miyak zaitun yang begitu tinggi, ianya menjadi makanan wajib dalam diet Mediteraranean.

“Minyak zaitun adalah sejenis lemak sihat dengan kehadiran antioksidan yang membantu melindungi daripada oksidasi/penyakit dan membantu menghalang penyakit dari terus berlarutan”

11 MANFAAT MINYAK ZAITUN KEPADA KESIHATAN

Antara sebab utama ianya dianggap satu  makanan super (superfoods) adalah kerana kandungan khasiat yang terdapat dalam minyak zaitun. Ianya mengandungi lemak tidak tepu dan juga vitamin semulajadi. Ianya membekalkan khasiat (omega-3, omega-6, vitamin A,D,E,K)  dan juga mengandungi sebatian polifeniols yang bersifat antioksidan, anti-keradangan dan anti-kanser yang memberi manfaat kepada tubuh seperti berikut:

  1. Meningkatkan kolestrol baik (HDL) dan mengawal menurunkan kolestrol jahat (LDL)
  2. Menurunkan gula dalam darah
  3. Membantu menstabilkan sistem hormon (senggugut, keputihan, period tidak teratur)
  4. Melembap dan melembutkan kulit awet muda
  5. Membantu masalah kulit kering (eczema, kegatalan, psoriasis)
  6. Melancarkan tekanan darah
  7. Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan (sembelit)
  8. Meningkatkan fungsi otak
  9. Menjaga kesihatan jantung
  10. Memberi tenaga dan rasa kenyang yang panjang
  11. Mengatasi gastrik

APAKAH JENIS MINYAK ZAITUN & YANG MANA TERBAIK?

Minyak zaitun terbahagi kepada 5 kelas iaitu;

  1. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
  2. Virgin Olive Oil (VOO)
  3. Light
  4. Extra Light
  5. Pomace

Perbezaan ketara jenis minyak zaitun dia atas adalah bagaimana ianya diproses dan kandungan khasiatnya. Jenis mana yang hendak dipilih adalah bergantung kepada tujuan dan kegunaan setiap individu.

Sekiranya untuk tujuan kesihatan sudah tentu khasiat maksimum yang kita inginkan. Jadi jenis extra virgin (EVOO) amatlah disarankan. Ianya adalah pati yang hanya diperah sekali secara ‘mechanically cold pressed‘ iaitu perahan tanpa melibatkan pemanasan.

Bagi tujuan memaksimumkan penyerapan khasiat kepada tubuh, bentuk minyak adalah lebih baik kerana tindakbalas berlaku bermula dari mulut, melalui tekak kemudian penyerapan dalam usus. Bentuk kapsul atau softgel bukanlah tidak boleh, tetapi sarungnya perlu dihadam terlebih dahulu sebelum minyak dikeluarkan kemudian barulah usus menyerap khasiatnya. Kuantiti minyak dalam softgel tersebut tidaklah sebanyak sesudu minyak zaitun.

Jika kita tengok amalan orang Eropah dan Mediterranean mereka makan begitu sahaja tanpa softgel ataupun kapsul.

BERAPA BANYAK NAK AMBIL? DAN BILA NAK MAKAN?

Minyak zaitun adalah sejenis makanan. Ianya bukanlah ubat yang mana ambil bila perlu, tinggal bila lega. FDA juga menyarankan bahawa 2 sudu sehari boleh menjauhi diri dari penyakit. Secara umumnya untuk orang dewasa adalah 1 hingga 2 sudu semasa perut kosong pada waktu pagi dan malam. Boleh juga ambil selepas makan.

Selain dari makan terus, boleh juga dimasukkan dalam makanan apabila sudah sejuk atau dijadikan ‘salad dressing’. Ianya juga boleh dijadikan sebagai masker sebelum tidur untuk petua kulit lembut dan awet muda.

TIPS MEMILIH MINYAK ZAITUN TERBAIK

Memang terdapat pelbagai jenis minyak zaitun dalam pasaran seperti yang kelihatan di pasaraya. Tak lupa juga pelbagai pendapat dan kenyataan yang digunakan oleh orang ‘marketing’ dalam menonjolkan bahawa sesuatu minyak zaitun itu adalah terbaik. Jadilah pengguna yang bijak dalam membuat penilaian sebelum membeli.

Berbalik kepada tujuan kita mengamalkan minyak zaitun iaitu untuk kesihatan, sudah tentulah kandungan khasiat dan kualitinya menjadi ukuran utama. Pembungkusan dan keasidan bukanlah sandaran kerana ianya boleh direka dan diubah.

Tentang botol gelap ataupun botol cerah, ianya bukan penentu kualiti. Untuk pengetahuan semua, minyak zaitun extra virgin sensitif kepada pendedahan cahaya dan haba dalam jangka masa panjang. Jadi melalui botol gelap atau botol cerah yang disimpan dalam kotak, kedua-dua kaedah ini mampu menghalang pendedahan kepada cahaya dalam menjaga kualiti minyak zaitun.

Tidak ketinggalan juga ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan botol gelap bagi menyembunyikan daripada tekstur minyak dilihat oleh pengguna. Mungkin minyak yang berkualiti rendah diisi tetapi mengambil kesempatan di atas kefahaman botol gelap adalah extra virgin.

Sebaliknya jika botol cerah, pembeli dapat melihat tekstur dan warna minyak zaitun yang dijual dan apabila digoncang dapat melihat kelikatan minyak tersebut. Sebelum itu pastikan anda dibekalkan dengan kotak atau disimpan dalam tempat yang gelap seperti di dalam kabinet dapur baagi mengelakkan pendedahan berterusan kepada cahaya bagi menjaga kualiti minyak zaitun tersebut.

Yang harus kita utamakan adalah kandungan khasiatnya dan kesahihan sumber minyak dari pengusaha yang telus. Dalam minyak zaitun terdapat anitoksidan yang bernama hidroxytyrosol. Ianya adalah satu-satunya antioksidan yang terdapat dalam zaitun dan tidak mampu dihasilkan oleh mana-mana formulasi kimia. Setakat ini belum ada teknologi berjaya menciplak komposisi hidroxytyrosol ini.

Pembekal yang telus harus berani memberitahu kandungan antioksidan ini supaya pengguna dapat memilih minyak zaitun terbaik untuk diamalkan untuk kesihatan mereka.

PESANAN PENTING TENTANG MINYAK ZAITUN

Banyak kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa minyak zaitun sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia. Untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan kita disarankan untuk menjadikan amalan memakan minyak zaitun sebagai amalan harian. Pastikan memilih minyak zaitun yang betul dan menilai aspek khasiat (kandungan antioksidan) dan kualiti bagi mendapatkan manfaat yang terbaik.

OLIVIE PLUS 30X, PILIHAN LEBIH BIJAK!

Ianya adalah minyak zaitun extra virgin yang dihasilkan oleh pengeluar berpengalaman lebih 125 tahun. Mereka mempunyai ladang, kilang dan mesin tuaian sendiri dalam menghasilkan minyak zaitun berkualiti tinggi  dan telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan antarabangsa seperti:

  • USDA Organik
  • MARIO SOLINAS organized by the International Olive Oil Council,
  • the GREAT TASTE AWARD of London,
  • The International Olive Oil Competition of Los Angeles in the USA,
  • OIL CHINA in Shanghai,
  • LEONE D’ORO de MAESTRI OLEARI in Milan

30 KALI GANDA LEBIH ANTIOKSIDAN BERBANDING MINYA ZAITUN BIASA

Ujian makmal yang dijalankan terhadap Olivie Plus 30x mendapati ianya mengandungi 30 kali ganda lebih antioksidan (hidroxytyrosol) berbanding minyak zaitun extra virgin biasa. Perbandingan telah dijalankan melibatkan 22 sample dari 4 buah negara Mediterranian yang lain dan mendapati ianya adalah yang tertinggi dari segi khasiatnya.

Dapatkan Olivie Plus 30x Sekarang! Klik Untuk Pembelian