was successfully added to your cart.
Tag

lemak sihat Archives - Olive House

Hadiah Kepada Tubuh Setelah Minggu Yang Sibuk Dengan Tugasan

By | Olivie Plus 30x | No Comments

Hari jumaat merupakan hari yang dinanti bagi rata-rata yang berkerja. Kerana mungkin setelah seminggu sibuk dengan urusan kerja seharian,kita jadi stress dan penat.

Dalam kesibukan itu, memang sukar kita nak fokus kepada kesihatan terutama bab pemakanan. Memanglah banyak peringatan umum supaya kita jaga kesihatan. Namun bab pemakanan ini yang selalu kita terlepas pandang dan tak sempat. Kadang-kadang sarapan ambil yang segera atau beli sahaja yang dijual. Tengah hari pula makan sahaja di gerai-gerai ataupun tapau je. Paling tidak sempat capai roti atau biskut.

Bayangkan bertahun situasi begini bagaimana agaknya jika yang dah berpuluh tahun. Dengan isteri pun berkerja, kemudian urusan anak-anaknya. Memang besar cabarannya. Mahu tak mahu hidup kena teruskan. Rezeki perlu dicari. Namun bab kesihatan tetap kita kena ambil berat. Iyalah, jika badan tidak sihat, macam mana nak perform kerja. Memanglah ada medical card yang beri perlindungan, tetapi ia bukan alasan untuk kita serahkan kesihatan kita secara mutlak. Nikmat sihat itu hanya difahami bila kita dah mula sakit.

Jom kita ambil masa sekejap untuk kita rehatkan minda dari hal-hal kerja untuk kita tengok bab pemakanan. Asanya begini, setiap benda hidup perlukan makanan. Sudah tentu untuk memberikan tenaga. Namun sebenarnya jenis makanan yang kita ambil sangat mempengaruhi tahap kesihatan kita. Yang dikatakan makanan berkhasiat itu adalah makanan yang seimbang dari kandungan nutrisinya dan kuantitinya. Ingat 6 perkara ini bila kita nak makan.Dalam sesuatu makanan, kita pastikan ianya ada:

  • Karbohidrat kompleks
  • Lemak Sihat
  • Protin
  • Vitamin
  • Mineral
  • Air

Apa masalahya? Inilah yang kita makan dalam seharian. Tiada apa-apa pun. OK sahaja.

Saya dulu pun begitu sebelum saya faham asas pemakanan seimbang ni. Nasi biasa yang kita makan seharian tu sebenarnya kita panggil nasi putih. Ianya tiada serat berbanding beras perang ataupun beras rebus. Ini yang kita panggil karbohidrat ringkas. Seratnya sudah dibuang. Tiada vitamin atau mineral yang tinggal. Apabila kita makan, ianya akan cepat ditukarkan menjadi gula sebelum ditukar kepada tenaga. Badan akan gunakan kuantiti tertentu sahaja. Selebihnya akan tersimpan sebagai lemak. Kecepatan ia menjadi gula ini akan beri masalah kepada pancreas dalam jangka masa panjang. 

Lama kelamaan gula akan jadi banyak dalam darah, lemak pun makin bertambah. Bila gula dah naik, itula terjadinya masalah diabetes. Kemudian lemak berlebihan itu pula akan menyebabkan penyumbatan salur darah. Maka berlanjutanlah episod macam-macam jenis penyakit. Macam mana nak kurus kalau terus menerus ambil karbohidrat ringkas ni. Ditambah pula kurang bersenam. Konsep ini sama sahaja bagi karbohidrat ringkas yang lain seperti gula putih dan produk berasaskan tepung gandum biasa seperti roti dan biskut. Ok faham bab karbohidrat. Pilihlah nasi dari beras perang atau beras rebus. Kuantitinya pula hanya suku pinggan. Bukan seperti gunung.

Protin, Vitamin dan mineral kita diasarankan ambil dari sumber tumbuhan dan buahan. Elakkan supplement buatan kimia kecuali perlu atas nasihat doctor.

Antara masalah utama kita adalah kurang minum air masak. Itu belum bab jenis air lagi. Air ni sebenarnya sangat penting untuk tubuhberfungsi dengan baik. Umpama radiator kereta tidak cukup air akan menyebabkanoverheat. Begitu juga kita manusia. Lama kelamaan bdana akan sengsara kerana tidakmendapat air yang cukup untuk menajalankan fungsinya. Sukatan mudah adalah kitaperlukan 2.5 liter hingga 3 liter sehari. Tidak mengapa minum air kerap ketoilet, jangan kemudian hari kita kerap ke hospital kerana malas minum air.

Seterusnya bab lemak. Ramai yang salah sangka dan salah faham tentang lemak. Asal minyak je semua tidak bagus. Macam nampak hantu punada. Minyak ini terbahagi kepada 3 jenis. Iaitu lemak tepu, lemak tidak tepudan lemak trans. Yang tidak baiknya adalah lemak trans yang banyak terdapat dalam makanan yang diproses seperti daging berger, sosej, snek dan banyak lagi. Manakala lemak tepu seperti lemak dari haiwan dan sesetengah tumbuhan itu perlu dikawal pengambilannya. 

Lemak tidak tepu yang banyak dalam minyak zaitun adalah lemak yang baik dan diperlukan oleh tubuh. Maka, bagi orang yang sihat memang sangat perlu untuk amal minyak zaitun. Kerana ianya kaya dengan lemak tidak tepu dan hadir dengan antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini sebenarnya memberi perlindungan kepada tubuh dari serangan radikal bebas yang menjadi punca penyakit. Selain itu juga ia boleh mengahalang proses oksidasi yang menyebabkan masalah kolestrol jahat (LDL) menjadi tinggi.

Minyak zaitun pula ambil yang extra virgin. Organik. Ada ujian makmal. Jangan sebarang beli di pasaraya kemudian diminum. Lain pula cerita nanti. Banyak percampuran berlaku dalam industry minyak zaitun ni. Jadi perlu berhati-hati. Saya selalu cadangkan untuk amal Olivie Plus 30x. Ambil 1 sudu pagi dan 1 sudu malam. Ianya 30 kali ganda khasiat berbanding minyak zaitun biasa. Inilah usaha kita untuk berikan makanan terbaik dan melindungi tubuh kita.

Pilihan Dr Zubaidi Hj Ahmad (Berpengalaman dalam bidang perubatan lebih 25 tahun)

Jom sama-sama kita amalkan. Hadiah kepada tubuh kita dengan pemakanan yang sihat. Klik di sini untuk dapatkan Olivie Plus 30x.