fbpx

Tag: Minyak zaitun

  • Fat Burner Semulajadi Dari Minyak Zaitun dan Cuka Tin

    Fat Burner Semulajadi Dari Minyak Zaitun dan Cuka Tin

    Fat Burner Semulajadi dari Minyak Zaitun dan Cuka Tin

    Fat burner semulajadi; Rata-rata dikalangan kita mula mencari sesuatu yang boleh membantu proses menguruskan berat badan dan proses membakar lemak setelah makan macam-macam di musim PKP ini.

    Sehinggakan makanan-makanan begini digelar sebagai “fat burner”. Kerana ia memainkan peranan dalam proses badan membakar lemak ataupun kalori dari badan.

    Selain daripada pengambilan makanan tinggi protein dan peningkatan aktiviti membakar kalori, pengambilan lemak sihat dari jenis mono-usaturated fats (MUFA) juga dapat membantu proses membakar lemak.

    Ini kerana MUFA akan menjadikan seseorang berasa kenyang lebih lama (1). Dalam masa yang sama ianya dapat merendahkan hormon insulin iaitu hormon yang menggalakkan penyimpanan lemak.

    Minyak zaitun asli antara kumpulan minyak yang mengandungi tinggi nilai MUFA. Terdapat kajian menunjukkan minyak zaitun asli dapat membantu menurunkan triglyceride, meningkatkan kolestrol baik HDL dan merangsang pelepasan GLP-1, salah satu hormon yang membantu menjadikan seseorang berasa kenyang (1).

    Ada juga beberapa kajian menunjukkan minyak zaitun meningkatkan kadar metabolik dan menggalakkan pembakaran lemak (2,3,4).

    Namun proses pembakaran lemak badan ini tidak akan efektif sekiranya tabiat pemakanan dan amalan gaya hidup sihat secara holistik tidak diamalkan.

    Antara perkara utama yang masih ramai belum ketahui adalah tentang pengambilan karbohirat. Karbohidrat merupakan salah satu nutrient yang diperlukan badan untuk menghasilkan tenaga. Bahasa mudahnya adalah, badan akan baca karbohidrat sebagai gula. Gula ini diuraikan untuk membekalkan tenaga dalam kuantiti yang diperlukan manakala selebihnya akan disimpan sebagai lemak.

    Karbohidrat yang baik adalah dari sumber yang mempunyai serat iaitu yang dipanggil complex carbo. Seperti beras perang, roti wholemeal dan banyak lagi. Apa yang perlu dielakkan adalah refined carbo seperti nasi putih, minuman manis, kuih muih, biskut dan banyak lagi. Karbohidrat jenis ini telah dibuang serat dan telah hilang vitamin dan mineral semulajadinya.

    Refined carbo sangat cepat ditukar menjadi gula dan jumlah yang berlebihan sudah tentu akan tersimpan sebagai lemak. Ini akan membawa kepada risiko obesiti dan juga penyakit kardiovaskular dalam jangka masa panjang.

    Bagi yang sedang fokus untuk membakar lemak dan menguruskan berat badan haruslah memilih sumber karbohidrat, kuantiti dan waktu makan yang betul. Selain daripada itu, makanan berproses dan makanan segera juga perlulah dielakkan.

    Dalam masa yang sama aktiviti senaman dengan cara yang betul juga adalah perlu bagi membantu proses pembakaran lemak secara keseluruhan.

    Menariknya tentang minyak zaitun ini adalah ianya juga dikenali sebagai lemak paling sihat dengan kehadiran bahan semulajadi yang bersifat antioksida, anti-kanser dan anti-keradangan. Kajian menunjukkan pemakanan yang mengandungi minyak zaitun asli mampu merendahkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular.

    Selain daripada itu, pengambilan cuka buah juga dikaitkan dengan proses menguruskan berat badan. Ianya dikategorikan sebagai minuman probiotik yang membantu mengawal selera makan dan gula dalam darah. Pastikan anda memilih cuka buah semulajadi dan mengandungi “mother”.

    Harus diingat pengambilan cuka mestilah dibancuh air dan antara kaedah mengamalkan cuka buah adalah selepas makan.

    Tidak hairanlah ada yang menjadikan minyak zaitun dan minuman cuka buah sebagai salah satu sinergi makanan fatburner dalam usaha membakar lemak dan menguruskan berat badan.

    Fat Burner Semulajadi Olive House

    Ianya terdiri daripada kombinasi 2 produk hebat iaitu:

    1. Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie Plus 30x; 30 kali ganda khasiat berbanding minyak zaitun biasa.
    2. Cuka Tin (SCT) with ‘mother’; cuka buah semulajadi yang tidak perit.

    Minyak Zaitun Olivie Plus 30x

    Merupakan sumber lemak sihat iaitu kaya dengan MUFA (mono-unsaturated fatty acid) dan tinggi nilai polifenols seperti hydroxytyrosol, tyrosol dan oleuropein, Vitamin D&E serta mineral lain.

    Membantu bekalkan tenaga dan beri rasa kenyang yang lebih lama di mana ia proses penting dalam usaha menguruskan berat badan.

    Disamping membekalkan nutrisi penting kepada tubuh, ia juga mempunyai sifat anti-keradangan dan antioksida yang membantu melindungi dari seradangan radikal bebas dan keradangan yang menjadi punca pelbagai penyakit.

    Cuka Tin bersama ‘mother’

    Cuka semulajadi diperbuat dari buah tin dengan rasa dan bau yang lembut. Tidak tajam seperti cuka lain. Kandungan asid asetik yang rendah sesuai untuk detox dan dengan sifat ‘pro-biotic’ amat membantu membersihkan sistem penghadaman.

    Gabungan yang baik antara minyak zaitun dan cuka dalam proses menguruskan berat badan dan detox secara semulajadi tanpa bahan terlarang.

    Cara Penggunaan:

    – Minyak zaitun – 1 sudu besar setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur
    – Cuka tin – 1 sudu besar dibancuh segelas air. Diminum setiap kali lepas makan. Lakukan 2x sehari.

  • ‘Hot Flashes’ Dalam Fasa Menopause Boleh Dikawal?

    ‘Hot Flashes’ Dalam Fasa Menopause Boleh Dikawal?

    Kitaran hidup seseorang wanita tidak akan terlepas melalui fasa menopause dan simptom yang paling popular sering dibicarakan adalah situasi ‘hot flashes’. Secara umum seseorang wanita itu dikatakan memasuki fasa menopause bermula umur 45 tahun. Namun ada juga yang mengalaminya lebih awal, seawal umur 40 tahun. Ini merupakan kitaran normal bagi seseorang wanita.

    Apa itu ‘hot flashes’?

    ‘Hot-flashes’ adalah situasi di mana rasa hangat yang datang secara tiba-tiba, biasanya paling ketara di muka, leher dan dada. Kulit juga menjadi kemerahan. ‘Hot-flashes’ juga boleh menyebabkan berpeluh, dan jika pada waktu ini kehilangan terlalu banyak haba, sesorang itu mungkin berasa sejuk selepas itu. [Rujukan]

    Selain ‘hot flashes’, berikut adalah simptom-simptom normal bagi peri-menopuase, menopause dan juga post-menopause.

    • Kurang kekerapan berlaku haid
    • Haid yang singkat atau terlalu panjang dari kebiasaan
    • Hot-flashes; Terasa suhu badan mudah naik
    • Mood mudah berubah
    • Mudah berpeluh sewaktu tidur malam dan lebih dari biasa
    • Sukar untuk tidur lena
    • Kerap buang air kecil
    • Kurang keinginan seksual
    • Kulit menjadi kemerahan atau mudah kering
    • Dan beberapa lagi keadaan yang luar dari kebiasaan.

    Ianya tanda hormon wanita anda semakin berkurang. Fasa ini kadang-kadang ada yang tidak perasan atas kesibukan kerja dan sebagainya. Tapi penting untuk ketahui supaya lebih bersedia menghadapi perubahan-perubahan dalam hidup.

    Apa yang boleh dilakukan?

    Amalkan gaya hidup sihat. Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, rukun untuk sihat Aafiyat adalah:
    1. Pemakanan
    2. Tidur
    3. Minum Air
    4. Senaman Ringan
    5. Kawalan Stress
    6. Ambil suplemen yg perlu (bukan semua) dan ambil Quranic Food.

    Hormon memainkan peranan penting untuk kesihatan tubuh, dari aspek mental, fizikal dan emosi. Apabila penghasilannya berkurang, disebabkan faktor umur, gaya hidup tidak sihat dan masalah tertentu maka akan berlaku ketidakseimbangan kepada sistem tubuh.

    Ianya bukanlah satu penghujung, kerana amalan pemakanan dan element lain dalam gaya hidup sihat mampu membantu mencapai keseimbangan hormon dan membantu anda menjalani kehidupan dengan baik.

    Makanan yang tinggi nilai nutrisi mempunyai sifat antioksida, anti-keradangan, anti-kanser yang membantu melindungi tubuh dalam kata lain membantu sistem badan akibat kekurangan hormon. Maka keadaan hot flashes serta simptom-simptom lain yang diterangkan pada awal article ini dapat dihadapi dengan baik.

    Adalah amat penting bagi seseorang wanita menghadapi fasa ini kerana melibatkan kesihatan peribadi, hubungan suami isteri, emosi yang stabil serta ketengan mental. Hot flashes yang tidak diurus dengan baik akan menjejaskan banyak perkara dan mungkin menyebabkan stress berpanjangan yang juga mengundang pelbagai masalah lain.

    Olivie Campuran Ekstrak Buah Zaitun & Daun Zaitun (OPU)

    Olivie Campuran Ekstrak Buah Zaitun & Daun Zaitun (OPU) salah satu pilihan yang dapat membantu anda. Ianya mengandungi minyak zaitun yang menjadi sumber lemak sihat serta ekstrak zaitun yang sarat dengan antioksida, anti-keradangan dan anti-kanser akan membantu anda mengatasi simptom tersebut, memperbaiki tahap kesihatan serta yang paling penting melindungi dari penyakit.

    Ini merupakan ikhtiar yang baik untuk sesorang wanita itu menjalani fasa menopause dengan lebih baik.

  • Tips Pemakanan Untuk Mudah Hamil Dalam Ikhtiar Mendapatkan Zuriat

    Tips Pemakanan Untuk Mudah Hamil Dalam Ikhtiar Mendapatkan Zuriat

    Cahaya mata merupakan penyambung keturunan dan pengikat cinta antara suami isteri. Tanpa zuriat, rumah tangga kadang-kadang terasa sunyi dan seringkali tersentuh melihat wanita hamil ataupun telatah mereka yang mempunyai anak.

    Bagi umat Islam, tentunya kita mahu memiliki keturunan yang baik supaya zuriat keturunan kita menjadi salah satu penyambung risalah Nabi Muhammad SAW dan memberi manfaat kepada seluruh umat. Oleh sebab itu, adalah penting bagi setiap pasangan terutama yang ingin mendirikan rumah tangga sangat disarankan mempersiapkan diri dengan ilmu dan amalan-amalan mudah hamil untuk mendapatkan zuriat.

    Tips Pemakanan Mudah Hamil Menurut Islam

    Bagi memastikan kehamilan berjalan lancar dan mudah “lekat” terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu proses kehamilan berlaku dengan mudah. Antaranya:

    Pengambilan Minyak Zaitun

    Kepentingan minyak zaitun dalam mengekalkan kesihatan jantung dan badan yang sihat telah diketahui umum. Kehadiran lemak “monounsaturated” dalam minyak ini memainkan peranan mengurangkan keradangan di dalam badan dan membantu proses kehamilan bebas daripada komplikasi.

    Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun boleh meningkatkan kesuburan untuk lelaki dan wanita. Fungsi antioksida yang terdapat pada minyak zaitun dapat menyahaktifkan radikal bebas dalam tubuh, yang boleh merosakkan sel-sel sperma dan telur.

    Selain itu, pengamalan minyak zaitun dalam diet seharian dapat membantu meningkatkan aliran darah ke organ pembiakan lelaki dan wanita, meningkatkan pengeluaran lendir serviks, membantu mengawal hormon tubuh, menggalakkan ovulasi dan mengekalkan daya pengeluaran sel sperm justeru membantu si isteri untuk mudah hamil.

    Pengambilan Jus Delima

    Buah delima merupakan buah yang sangat masyhur dan telah menjadi amalan kesihatan sejak zaman Kuno lagi. Ia dianggap amat bagus bagi ibu mengandung dan juga untuk kesihatan umum. Malah, ia turut diangkat sebagai simbol kesuburan, seperti yang dinyatakan dalam kajian melalui jurnal-jurnal perubatan (Ref). Antara khasiat pengamalan pati delima bagi pasangan suami isteri adalah ia dapat membantu meningkatkan libido bagi kedua-dua jantina. Mempunyai kandungan vitamin B6 yang tinggi.

    Vitamin ini penting untuk kitaran haid yang teratur dan dengan itu meningkatkan kesuburan. Membantu memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut), merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim.

    Pengambilan Madu

    Antara manfaat madu yang jarang diketahui adalah ia dapat membantu menyuburkan rahim wanita. Di mana madu dipercaya dapat merangsang sel ovarian dan juga meningkatkan kesuburan sel telur agar mudah disenyawakan ketika sperm masuk ke dalam rahim.

    Pengambilan Buah Tin

    Kandungan zat besi dan vitamin C dalam buah tin sangat penting bagi tubuh untuk menghasilkan sel darah merah. Zat besi bekerja untuk membentuk sel darah merah dan vitamin C membantu penyerapan zat besi dalam tubuh. Hal ini menghindarkan tubuh anda mengalami anemia yang dapat menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

    Kandungan kalsium, zat besi, potassium, zink, dan magnesium di dalam buah tin merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh kita untuk menghasilkan hormon seksual seperti hormon androgen dan hormon estrogen. Ini adalah penting bagi setiap pasangan terutama wanita untuk hamil.

    Pengambilan Buah Kurma

    Buah kurma banyak berasal dari negeri Arab, di mana ia memiliki khasiat yang sangat banyak untuk kesihatan tubuh. Hal ini kerana, ia mengandungi nutrisi seperti protein, fiber, folate, vitamin K, zat besi, potassium, magnesium dan banyak lagi.

    Selain itu, di dapati kurma dapat memberi manfaat pada sistem penghasilan oksitosin di mana hormon tersebut berperanan dalam membantu proses reproduksi ketika berhubungan intim dengan pasangan. Kehadiran asid folik yang terdapat pada kurma dapat membantu pembentukan sel yang sempurna untuk pembesaran janin dalam kandungan sepanjang tempoh hamil.

    Nota Penting

    Selain dari itu, pemakanan harian yang lain juga amat penting untuk diambil berat. Makanan berproses seperti nugget, sosej, makanan dalam tin atau ‘ready made’, mee segera dan lain-lain banyak mengandungi bahan pengawet, pewarna serta perisa dari bahan kimia yang mengganggu kestabilan hormon perlulah dielakkan. Ini akan memberi kesan kepada wanita lambat hamil kerana ketidak stabilan hormon.

    Semoga dengan sedikit perkongsian mengenai pemakanan qurani ini dapat membantu pasangan suami isteri yang telah berkahwin untuk segera memperoleh cahaya mata. InsyaAllah.

    Credit_Article by: Nor Syamimi Che Johari

  • Cuka Epal, Cuka Kurma & Cuka Tin – Khasiat Cuka Kepada Kesihatan

    Cuka Epal, Cuka Kurma & Cuka Tin – Khasiat Cuka Kepada Kesihatan

    Amalan meminum cuka seakan satu topik kontroversi kerana ada yang mengatakan ianya memberi manfaat dan ada juga sebaliknya. Di dalam pasaran pula terdapat pelbagai jenis cuka seperti cuka epal, cuka delima, cuka kurma, cuka tin dan cuka buatan (berwarna jernih). Sewajarnya kita mencari info yang tepat dan sahih bagi memastikan apa yang kita amalkan benar-benar memberi manfaat.

    Penggunaan cuka dalam masakan oleh masyarakat kita bukanlah perkara asing terutama dalam membuat acar timun dan masakan lain. Namun amalan meminum cuka mungkin ada yang belum pernah mendengarnya. Selain dari dijadikan bahan dalam menu masakan, cuka juga boleh diminum tetapi haruslah cuka yang semulajadi bukan dari bahan kimia dan mestilah dibancuh air sebelum diminum.

    Terdapat juga hadis yang mengaitkan tentang amalan cuka. Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah;

    Ertinya: Bahawa Nabi Muhammad SAW bertanyakan ahli keluarganya tentang hidangan lauk, lalu mereka menjawab, “Kita tidak mempunyai apa-apa pun melainkan cuka. Baginda meminta cuka dibawa, memakannya sambil bersabda, ‘Sebaik-baik hidangan ialah cuka. Sebaik-baik hidangan ialah cuka”

    Antara khasiat cuka kepada kesihatan seperti yang diterangkan menerusi kitab Al – Quranfit Tibb (Ibnu Sina) & At-thib An Nabawi (ibnu qoiyyim) adalah:

    • Membantu masalah rahim
    • Membantu merendahkan kadar gula dalam darah
    • Membantu membuang darah kotor
    • Membantu menurunkan tahap kolestrol jahat (LDL)
    • Melancarkan pergerakan usus
    • Melancarkan pengaliran darah
    • Membantu masalah kerongkong,kahak & batuk yang berpanjangan
    • Memelihara & mencantikkan kulit
    • Mengimbang asid alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam
    • Membersihkan hempedu dari lemak
    • Melancarkan pengeluaran susu ibu
    • Mencegah keracunan dari ubat yang pelbagai

    Cuka dihasilkan melalui dua proses ringkas iaitu pembentukan alkohol (etanol) kemudian ditukar kepada asid asetik. Cuka semulajadi bermula daripada perapan buah manakala cuka buatan menggunakan bahan dari penyulingan bahan kimia.

    Cuka dikatakan mampu memberi kesan baik kepada kesihatan yang apabila digunakan degan betul kerana ia mengandungi pelbagai jenis polifenol, mikronutrien dan sebatian bioaktif lain yang menyumbang kepada kesan farmakologi.

    Sari Cuka Tin

    Berbanding cuka epal, sari cuka tin mempunyai kelebihannya tersendiri. Ianya diperbuat daripada buah tin yang segar, ditanam secara organik dan diperah kemudian dibiarkan matang di dalam tong kayu oak bagi bertujuan untuk menggalakkan kualiti peragian semulajadi.

    Apabila telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil “mother” dimana kelihatan jelas seperti hampas atau keladak di bawah botol. ‘Mother’ adalah jaringan protein, enzim dan bakteria baik yang menjadikan cuka kelihatan keruh.

    Sari cuka tin ini kaya dengan potassium, di mana ramai di antara kita kurang mineral serta menyebabkan gangguan pada hari tua. Jika mineral bernama kalsium menguatkan bahagian keras seperti tulang manakala potassium pula berfungsi untuk bahagian lembut seperti mengawal fungsi urat saraf dan otot. Buah tin yang segar dipilih untuk membuat sari cuka tin. Sudah tentu buah tin yang segar dan organik kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi yang diperlukan tubuh setiap hari.

    Selain mempunyai ciri cuka buah semulajadi dan mengandungi ‘mother’, sari cuka tin juga mempunyai bau dan rasa yang lebih lembut berbanding cuka epal. Khasiatnya dikatakan 4-6 kali ganda cuka epal dari segi kandungan mineralnya

    Bagi yang tidak boleh menerima cuka epal, mungkin boleh mencuba cuka tin ini. Mulakan dengan kuantiti sedikit atau bancuhan yang nipis sahaja selepas makan.

    Cara Pengamalan Sari Cuka Tin

    Terlebih dahulu harus diingat bahawa pengambilan cuka sebagai minuman mestilah dibancuh air. Sesetengah individu mempunyai daya toleransi yang tinggi untuk diambil sebelum makan. Bagi mereka yang mempunyai masalah perut sensitif seperti gastrik dan sebagainya boleh boleh campurkan sedikit madu asli dan pati delima, diamalkan selepas makan.

    Secara umumnya bancuhan yang disarankan adalah:

    Masukkan 1 sudu besar sari cuka tin ke dalam segelas air kosong (200ml) diminum selepas makan. Saranan pengambilan dalam sehari adalah 2 kali sahaja.

    Sekiranya seseorang itu mengamalkan pengambilan minyak zaitun, bancuhan ini boleh diminum sebaik selepas memakan minyak zaitun. Pengambilan minyak zaitun dan bersama cuka tin dikatakan gabungan yang baik untuk kesihatan. Ini juga bersempena dengan satu surah di dalam Al-Quran yang menyebut jelas akan dua buah hebat ini iaitu:

    وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ
    Demi buah Tiin dan Zaitun (Surah At-Tin, Ayat 1)

    Selain dari itu, boleh gantikan cuka buatan yang digunakan selama ini kepada cuka tin untuk dijadikan bahan dalam masakan. Hidangan paling ringkas adalah dijadikan bahan salad dressing bersama minyak zaitun dan perahan lemon.

    Antara perkara yang popular tentang cuka ialah ianya dikatakan dapat mengawal selera makan justeru membantu sesorang dalam proses pengurusan berat badan. Dengan khasiat yang ada pada minyak zaitun, sekiranya diambil bersama cuka tin ia boleh jadi sinergi terbaik dalam proses membakar lemak (fatburning).

    Selain dari itu, pengambilan cuka sebelum tidur juga dikaitkan dengan mampu membantu menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

    Jelas bahawa pengambilan cuka mampu memberi manfaat kepada kesihatan. Gunakan cuka dari sumber semulajadi seperti cuka tin yang tinggi khasiatnya serta mempunyai ‘mother’, bukan dari cuka buatan hasil dari bahan kimia. Pastikan pengambilan cuka dibancuh dengan air sebelum diminum.

  • Eczema Bernanah Sembuh Dengan Olivie Plus 30x

    Eczema Bernanah Sembuh Dengan Olivie Plus 30x

    BUNTU MELIHAT ANAK DERITA PEDIH DAN TIDAK SELESA AKIBAT ECZEMA?

    Bukan anda seorang sahaja yang alami. Dah bermacam ikhtiar dah tetapi semuanya tidak berhasil. Sis nak share sikit bab eczema ni.

    Apa sebenarnya eczema ni? Bahasa mudahnya adalah badan terlalu sensitif akan sesuatu bahan dan bertindak melawannya. Maka terhasillah reaksi dari tindakbalas ini yang salah satunya memberi tanda pada kulit.

    Jadi, adakah daya ketahanan badan kita lemah? Tidak. Sebenarnya sistem badan terlalu sensitif dan tindakannya jadi over. Tambah pula kulit kita selalu kering.

    So, macam mana nak bantu badan kita mengawalnya?

    Jom kita teliti 2 langkah utama ni:

    i- Meminimumkan atau hentikan bahan/faktor yang sebabkan alahan (allergens);

    Histamin adalah sejenis bahan yang berfungsi untuk menghantar mesej kepada otak, menjana pengeluaran asid perut untuk membantu penghadaman dan dikeluarkan selepas kecederaan sebagai tindakbalas alergi.

    Perlu anda ketahui bahawa badan kita mengeluarkan enzim DAO bersama-sama histamin. DAO ini berfungsi untuk menguraikan histamin yang kita ambil dari makanan. Sekiranya pengambilan makanan yang tinggi histamin secara berterusan, ini akan menyebabkan berlaku kekurangan DAO, maka terjadilah reaksi alergi.

    Oleh kerana ini makanan mengandungi histamin sebaiknya dielakkan bagi mengatasi keadaan yang dipanggil ‘histamine intolerance’ yang akan menyumbang kepada masalah eczema.

    Antara makanan yang mengandungi nilai histamin yang tinggi adalah:

    • Makanan yang diperam/ditapaikan; Kicap
    • Buah Kering
    • Avocado
    • Terung
    • Bayam
    • Makanan berproses
    • Makanan laut

    Selain daripada itu, makanan berikut juga perlu diperhatikan kerana ianya boleh menjana pengeluaran histamin oleh badan:

    • Pisang
    • Tomato
    • Kekacang
    • Betik
    • Coklat
    • Buah Oren
    • Makanan berperisa dan berpewarna

    Berikut adalah makanan yang boleh membantutkan pengeluaran DAO:

    • Teh Hijau
    • Minuman Bertenaga

    Apa yang disenaraikan di atas adalah rujukan di mana setiap individu perlu mengenalpasti makanan yang mana satukah menjadi faktor besar kepada alergi. Ada juga ujian makmal untuk anda kenalpasti secara detail boleh dilakukan di klinik dan hospital.

    Namun, berikut adalah pilihan makanan yang baik untuk dicuba sebagai pengganti kepada makanan yang sensitif di atas:

    • Daging/Ikan/Ayam Kampung Segar
    • Telur
    • Bijirin bebas gluten; quinoa, nasi
    • susu kelapa / susu almond
    • Sayuran segar kecuali tomato, avocado, terung
    • Minyak zaitun

    ii- Makananan yang bantu badan lawan allergens.

    Dalam minyak zaitun mengandungi banyak lemak tak tepu mono (mono un-saturated fats). Disamping itu juga ada vitamin A,D,E,K dan mineral semulajadi.

    Dengan sifat antioksidan yang tinggi sangat membantu sistem pertahanan badan. Kuranglah agresif bertindak melawan alergi yang mana banyak dibantu oleh minyak zaitun.

    Ianya juga mengandungi emollient yang mebantu memberi kelembapan kepada tubuh. Makan masalah kulit kering dapat diatasi dan mengelakkan kegatalan, menggaru sehingga berdarah. Vitamin yang terdapat di dalamnya juga membantu kepada kesihatan kulit.

    Awas! Jangan salah pilih minyak zaitun. Bukan simply pick from shelf dan terus guna. Pastikan cari jenis extra virgin. Pilih yang organik yang mana diiktiraf oleh USDA.

    Sangat dicadangkan untuk mencuba Olivie Plus 30x. Ini kerana antioksidan yang ada di dalamnya 30 kali lebih berbanding minyak zaitun biasa dalam pasaran. Ianya dibuktikan hasil ujian lab test dan apabila dibandingkan dengan 22 sample dari 4 buah negara, ternyata ianya paling tinggi. Ketulenan dan kualitinya terjamin.

    Ramai dah kes eczema kronik yang dah sembuh. Berapa lama akan ada kesan? Ini bukan soal magik. Tetapi 2 kaedah kat atas itu jika diikuti dengan baik mungkin dalam masa 3 bulan boleh nampak perbezaan yang ketara. Testimoni berikut mungkin boleh dijadikan rujukan.

    Yang penting kaedah ni bebas steroid malah membantu anak-anak untuk lebih sihat.

    Macam mana nak amalkan?

    Since ianya minyak, paling utama kena makan. Untuk 6 tahun ke bawah cukup 1 sudu teh pagi dan malam. Pada kawasan eczema tu boleh sapu nipis Olivie ni. Untuk 6 tahun 7 tahun ke atas boleb beri 1/2 hingga 1 sudu besar.

    Macam mana nak beli?

    Klik sahaja [di sini] untuk belian secara online.
    Atau hubungi Agen kami yang mengendalikan pelanggan seperti di dalam gambar:
    Hjh. Salina – 013-6203124.

  • 11 Khasiat Minyak Zaitun Extra Virgin dan Mengapa Perlu Kita Amalkannya

    11 Khasiat Minyak Zaitun Extra Virgin dan Mengapa Perlu Kita Amalkannya

    “Seringkali kita mendengar pepatah bahawa mencegah lebih baik dari mengubati. Namun pengertian bagi setiap individu pasti berbeza. Amat penting untuk kita ambil berat akan apa yang baik dan perlu dielakkan untuk kesihatan” – Hj Firdaus

    APAKAH ITU MINYAK ZAITUN?

    Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil dari perahan buah zaitun (Olea europaea) yang mana pohon zaitun ini merupakan tanaman tradisional di rantau Mediterranean. Oleh karana khasiat minyak zaitun yang tinggi,  ianya banyak digunakan dalam kosmetik, perubatan, memasak, sabun, dan juga digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu tradisional.

    APA FUNGSI MINYAK ZAITUN NI KEPADA TUBUH?

    Dari sudut nutrisi pemakanan, badan kita memerlukan lemak sihat setiap hari. Apa? biar betul? Kan selama ini kita diberitahu untuk kurangkan makanan berminyak. Haa, itulah Hj nak share kat sini. Sebenarnya, dah banyak kajian yang membuktikan bahawa khasiat minyak zaitun banyak memberi kesan positif kepada kesihatan.

    Harus kita fahami bahawa lemak yang dimaksudkan adalah bukan dari jenis “trans-fat“. Sebaliknya mestilah majoritinya dari jenis “unsaturated fats” (lemak tidak tepu). Lemak tidak tepu banyak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun.

    Istimewanya minyak zaitun adalah kerana mengandungi antioksidan (hidroxytyrosol, dll) yang mencegah dari oksidasi yang akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Ianya juga mampu menghalang dari sesuatu penyakit menjadi lebih teruk. Jadi sama ada orang sihat ataupun orang sakit, ianya menjadi satu makanan keperluan untuk diamalkan setiap hari. Maka tidak hairanlah bahawa oleh kerana menyedari akan kandungan khasiat miyak zaitun yang begitu tinggi, ianya menjadi makanan wajib dalam diet Mediteraranean.

    “Minyak zaitun adalah sejenis lemak sihat dengan kehadiran antioksidan yang membantu melindungi daripada oksidasi / penyakit dan membantu menghalang penyakit dari terus berlarutan”

    11 MANFAAT MINYAK ZAITUN KEPADA KESIHATAN

    Antara sebab utama minyak zaitun dianggap satu makanan super (superfoods) adalah kerana kandungan khasiat yang terdapat dalam minyak zaitun. Ianya mengandungi lemak tidak tepu dan juga vitamin semulajadi. Ianya membekalkan khasiat (omega-3, omega-6, vitamin A, D, E, K)  dan juga mengandungi sebatian polifeniols yang bersifat antioksidan, anti-keradangan dan anti-kanser yang memberi manfaat kepada tubuh seperti berikut:

    1. Meningkatkan kolestrol baik (HDL) dan mengawal menurunkan kolestrol jahat (LDL)
    2. Menurunkan gula dalam darah
    3. Membantu menstabilkan sistem hormon (senggugut, keputihan, period tidak teratur)
    4. Melembap dan melembutkan kulit awet muda
    5. Membantu masalah kulit kering (eczema, kegatalan, psoriasis)
    6. Melancarkan tekanan darah
    7. Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan (sembelit)
    8. Meningkatkan fungsi otak
    9. Menjaga kesihatan jantung
    10. Memberi tenaga dan rasa kenyang yang panjang
    11. Mengatasi gastrik

    APAKAH JENIS MINYAK ZAITUN & YANG MANA TERBAIK?

    Minyak zaitun terbahagi kepada 5 kelas iaitu;

    1. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
    2. Virgin Olive Oil (VOO)
    3. Light
    4. Extra Light
    5. Pomace

    Perbezaan ketara jenis minyak zaitun dia atas adalah bagaimana ianya diproses dan kandungan khasiatnya. Jenis mana yang hendak dipilih adalah bergantung kepada tujuan dan kegunaan setiap individu.

    Sekiranya untuk tujuan kesihatan sudah tentu khasiat maksimum yang kita inginkan. Jadi jenis extra virgin (EVOO) amatlah disarankan. Ianya adalah pati yang hanya diperah sekali secara “mechanically cold pressed” iaitu perahan tanpa melibatkan pemanasan.

    Bagi tujuan memaksimumkan penyerapan khasiat kepada tubuh, bentuk minyak adalah lebih baik kerana tindakbalas berlaku bermula dari mulut, melalui tekak kemudian penyerapan dalam usus.

    Bentuk kapsul atau softgel bukanlah tidak boleh, tetapi sarungnya perlu dihadam terlebih dahulu sebelum minyak dikeluarkan kemudian barulah usus menyerap khasiatnya. Kuantiti minyak dalam softgel tersebut tidaklah sebanyak sesudu minyak zaitun.

    Jika kita tengok amalan orang Eropah dan Mediterranean mereka makan begitu sahaja tanpa softgel ataupun kapsul.

    Bagi yang memilih beramal yang jenis softgel, pastikan betul-betul yakin keasliannya dan status halal softgel itu terjamin.

    BERAPA BANYAK NAK AMBIL? DAN BILA NAK MAKAN?

    Minyak zaitun adalah sejenis makanan. Ianya bukanlah ubat yang mana ambil bila perlu, tinggal bila lega. FDA juga menyarankan bahawa 2 sudu sehari boleh menjauhi diri dari penyakit. Secara umumnya untuk orang dewasa adalah 1 hingga 2 sudu semasa perut kosong pada waktu pagi dan malam. Boleh juga ambil selepas makan.

    Selain dari makan terus, boleh juga dimasukkan dalam makanan apabila sudah sejuk atau dijadikan “salad dressing“. Ianya juga boleh dijadikan sebagai masker sebelum tidur untuk petua kulit lembut dan awet muda.

    TIPS MEMILIH MINYAK ZAITUN TERBAIK

    Memang terdapat pelbagai jenis minyak zaitun dalam pasaran seperti yang kelihatan di pasaraya. Tak lupa juga pelbagai pendapat dan kenyataan yang digunakan oleh orang “marketing” dalam menonjolkan bahawa sesuatu minyak zaitun itu adalah terbaik. Jadilah pengguna yang bijak dalam membuat penilaian sebelum membeli.

    Berbalik kepada tujuan kita mengamalkan minyak zaitun iaitu untuk kesihatan, sudah tentulah kandungan khasiat dan kualitinya menjadi ukuran utama. Pembungkusan dan keasidan bukanlah satu-satunya sandaran kerana ianya boleh direka dan diubah.

    Tentang botol gelap ataupun botol cerah, ianya bukan penentu kualiti dan keaslian. Untuk pengetahuan semua, minyak zaitun extra virgin sensitif kepada pendedahan cahaya dan haba dalam jangka masa panjang. Jadi melalui botol gelap atau botol cerah yang disimpan dalam kotak, kedua-dua kaedah ini mampu menghalang pendedahan kepada cahaya dalam menjaga kualiti minyak zaitun.

    Yang harus kita utamakan adalah kandungan khasiatnya dan kesahihan sumber minyak dari pengusaha yang telus. Dalam minyak zaitun terdapat antioksidan yang bernama hidroxytyrosol. Ianya adalah satu-satunya antioksidan yang terdapat dalam zaitun dan tidak mampu dihasilkan oleh mana-mana formulasi kimia. Setakat ini belum ada teknologi berjaya menciplak komposisi hidroxytyrosol ini.

    OLIVIE PLUS 30X, PILIHAN LEBIH BIJAK!

    Ianya adalah minyak zaitun extra virgin yang dihasilkan oleh pengeluar berpengalaman lebih 125 tahun. Mereka mempunyai ladang, kilang dan mesin tuaian sendiri dalam menghasilkan minyak zaitun berkualiti tinggi  dan telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan antarabangsa seperti:

    • USDA Organik
    • MARIO SOLINAS organized by the International Olive Oil Council,
    • the GREAT TASTE AWARD of London,
    • The International Olive Oil Competition of Los Angeles in the USA,
    • OIL CHINA in Shanghai,
    • LEONE D’ORO de MAESTRI OLEARI in Milan.

    Pensijilan terbaru Olivie Plus 30x adalah mendapat Pensijilan Makanan Organik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

    30 KALI GANDA LEBIH ANTIOKSIDAN BERBANDING MINYAK ZAITUN BIASA

    Ujian makmal yang dijalankan terhadap Olivie Plus 30x mendapati ianya mengandungi 30 kali ganda lebih antioksidan (hidroxytyrosol) berbanding minyak zaitun extra virgin biasa. Perbandingan telah dijalankan melibatkan 22 sample dari 4 buah negara Mediterranian yang lain dan mendapati ianya adalah yang tertinggi dari segi khasiatnya.

    PERLUKAH SAYA MAKAN MINYAK ZAITUN?

    Pasti ramai yang bertanya tentang apakah khasiat minyak zaitun dan bagaimana kesannya terutama kepada mereka yang tidak pernah mengamalkan. Minyak zaitun ini bukanlah ubat tetapi ianya salah satu makanan terbaik mengikut kepada keperluan nutrisi harian iaitu sebagai sumber lemak paling sihat.

    Apabila tubuh mendapat makanan bernutrisi yang betul, barulah perkembangan sel akan lebih sihat dan kurangnya berlaku gangguan kepada sistem badan. Malah kandungan bahan semulajadi yang bersifat antioksidan, anti-keradangan, anti-kanser membantu melindungi tubuh serta memperbaiki kesihatan bagi yang sudah berpenyakit.

    Kesan setiap individu adalah berbeza mengkit faktor umur, jantina, tempoh mengidap sesuatu penyakit, kadar metabolisme dan beberapa faktor lain. Namun pengambilan secara konsisten sekurang-kurangnya 2 sudu sehari seperti saranan American Heart Association (AHA) semestinya menyumbang kepada kesihatan yang baik disamping amalan gaya hidup sihat dan seimbang.

    PESANAN PENTING TENTANG MINYAK ZAITUN

    Banyak kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa minyak zaitun sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia. Untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan kita disarankan untuk menjadikan amalan memakan minyak zaitun sebagai amalan harian. Pastikan memilih minyak zaitun yang betul dan menilai aspek khasiat (kandungan antioksidan) dan kualiti bagi mendapatkan manfaat yang terbaik.

    Sumber rujukan.

    BERKESAN KE? JOM BACA ANTARA PENGALAMAN PENGGUNA

    PenafianPenafian ini adalah bagi menyatakan bahawa hasil pengambilan makanan ini bagi setiap individu adalah berbeza. Amalkan secara konsisten dan pelihara aspek keseimbangan gaya hidup.
    Dapatkan Olivie Plus 30x Sekarang! Klik Untuk Pembelian
    DAPATKAN SEKARANG